Wednesday, December 14, 2011

Gulai Lemak Udang Galah




Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Menu apa hari ni? LM ni suka masak menu orang kampung. Menu kampung ni seminggu sekali pasti LM sediakan. Masak lemak-lemak ni jangan selalu, tapi bila masak memang saya akan duduk bersila tak bangun-bangun dah. Makan berulam jering atau pucuk ubi rebus dengan sambal belacan terus tak sedar mertua lalu belakang....



Gulai Udang Galah LM...

Akibat teringin nak makan maka terpaksa lah mencari udang galah frozen saja, mana nak cekau udang galah fresh kat Qatar ni kan? Dah mengidam tak kira masa maka terpaksa lah ikutkan arahan anak tekak ni.




Ini yang dah siap cuci



Kalau masak udang jangan lupa bersihkan dulu sebelum masak ye bagi adik yang baru pertama kali memasak dan turun ke dapur. Ekor dan misainya trim molek-molek. Najisnya sila lah buang jangan main tuang dalam periuk dengan najisnya pula....


 


Tengok la sepit dia..besar dan macam jari alien..LM buang je ni.Kalau mertua LM dia suka ambik ni nak sedut - sedut . Hubby cari juga sepit ni , LM kata dah buang sebab gerun macam jari alien ....hahaha


Resipe gulai udang galah 


sekilo udang galah
sedikit cili api(ikut citarasa)LM cuma guna 8 biji saja.
kunyit hidup -seinci
serai 2 batang-dititik
kelapa parut sebiji , ambil santan pekat saja .
Asam keping sekeping-sekeping kecil..siap masak LM terus buang...risau termasam pula.



1.Tumbuk semua bahan , titik kan serai.
2.Masukkan udang dan bahan yang telah ditumbuk tadi . Masukkan serai dan 3.tuang santan sehingga udang tenggelam . Masukkan asam keping dan garam secukup rasa .


Cara memasak ni LM belajar dengan mertua.Mertua kalau masak gulai tak letak segala bawang. Tapi kalau bonda di letak...terserah pada citarasa korang lah ye, bukan LM yang nak makan...so masaklah ikut citarasa sendiri.


www.tips-fb.com

25 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

ok.. boleh geng la LM.. saya masak benda yang sama cma bezanya saya punya udang tak beso cam udang LM.. anak2 mmg suka dan suruh buat lagi.. huhu..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...Reply To This Comment

perghh..lama xdtg blog akak nie.. tetiba je nampak gulai lemak udang galah.. yummyyy~

lieynanilaz said...Reply To This Comment

mertua org nogori ke..sellau belah sana yg masak lemak tak bubuh bawang...:)

Azwani said...Reply To This Comment

besarnya udang,. saya tak pandai nak bersihkan seafood2 yang besar2 ni mcm udang dan ketam ni...sbb tak minat sekali tu yang tak kisah sangat nak belajar..

Miss_Yanfie (,")(",) said...Reply To This Comment

Wahhhhhhh....sedapnya udang galah! Dah lama x makan masak lemak!
(^^,) Terliurrrr~

Phat said...Reply To This Comment

masak lomak tu..minggu lepas baru mak masak lemak ikan parang + rebung..huhu

diana said...Reply To This Comment

saya pun masak gulai lemak hari ni..
tapi ikan la..
udang tak de..:p

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak kalau bersihkan, akak buang kepalanya...muahahaha

Org kata nanti x sedap, ilang manisnya.... :)

kakchik@ella said...Reply To This Comment

walaupun jauh, selera tetap "Malaysia", kan dik.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

eh sama lak, tghari td sy pun masak gulai lemak, tp letak telur itik je...

efa said...Reply To This Comment

sedapnya kak lapaq terus tgk lama tak mkn udg galah ni huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrinekita kan sama2 november..mmg lah leh geng..ehehe.sama jek kegemaran kita kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@C.M.A @ CikMoonAdnanmenu mudah dan ringkas..sedap kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@lieynanilazye..org neg 9..mereka kan tak guna bawang ek?hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Azwanihehe..saya pun tak suka nak belajar klu saya tak suka mkn benda tu..

Mohd Sukur Ibrahim said...Reply To This Comment

sedapnya LM.....sukur dah lama tak makan, hujung minggu ni blik melaka nak minta mak masakkan lah...hehehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Miss_Yanfie (,")(",)sesekali ikut kata tekak blh la kan?hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Phataduh dgr ikan parang buat saya terliur phat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianasedapnyer...lama tak menggulai ikan.saya suka, tambah pula klu ada sambal belacan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummycam encik suami..ehehe..habis dia pancung

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@kakchik@ellaye kak..lidah melayu..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Aisy Nasihawahh sedap tu.telur itik balik malaysia mmg saya cari.sini takda jual

Rain said...Reply To This Comment

masak lomok pon sodap!

wajib dah garu2 pas mkn udang ni haha .. sian saya yang cumil2 ini keh3

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

err sedut??lor mcm xde fungsi pun sedut tuh..takut

Bali Tour said...Reply To This Comment

Nampaknya sedap tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...