Thursday, December 8, 2011

Keguguran




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah mengalami keguguran? Sakit tak? pedih tak hati jangan perlekeh perasaan rakan kita yang pernah keguguran kerana sakit keguguran bukan hanya pada sakit fizikal saja tetapi sakit jiwanya juga.


Hampir setiap hari saya melihat adik qiqi merintih supaya kandungannya bertahan. Dia risau kerana kandungannya agak lemah, pinky momma pun dulu kesedihan bila dia keguguran, ukhti syikin dan saya sendiri pernah rasa kesedihan keguguran. Sangat mendalam kesedihan tu bila kita mengharap ia membesar di dalam rahim kita.



Bagi orang yang tak kena boleh je cakap, ala...bukan sakit sangat pun, bukan apa sangat pun gugur. Tapi kekecewaan itu amat mendalam bagi mereka yang pernah merasainya. Sedih dan perit. Bagi sahabat, kakak, ibu, atau siapa saja kita sokonglah dan berilah kata perangsang apabila berlakunya keguguran kerana amat pedih bila keguguran, kecewa dan hampa. Bukan kecewa kerana Allah tak memberikan peluang kita menjadi ibu, tapi rasa pedih kerana harapan musnah...kita hanya manusia biasa, redha dengan apa yang berlaku pasti Allah gandakan kegembiraan di masa akan datang buat kita.



Pernah keguguran dan rasa sedih tu masih ada lagi. Kalau tak gugur dah 5 anak saya agaknya..huhu
www.tips-fb.com

7 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Sedihkan.klu kehilangan ank dlm kndgn..saya blm pnh mengalaminya..hope sgt Allah xuji saya sebegitu..

diana said...Reply To This Comment

rasa rendah diri..
mood hilang..
rasa nak asingkan diri dari orang ramai sebab malas nak bercerita..
macam tu la saya rasa..

mujur tak berlarutan ..
cuma hampir seminggu jugak la saya menyepi dari blog dan orang sekeliling.

bagi saya tu kenangan paling pahit dan tak nak ingat langsung.

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

sy pernah alami keguguran rambut je skrg ni kak..hehe..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrineberdoalah agar tak mengalami nya cikgu..sangat perit pengalaman itu.terkesan hingga kini

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianasaya fhm..krn saya juga kemurungan.rasa down dan air mata pasti bergenang.bukan tak redha tp kita sgt mengharap ia lahir.

huhu..skrg pun masih menitis air mata bila terkenang saat tu.sedihnyer.

iza said...Reply To This Comment

Assalam...
Sapa yg tak sedih kan? walaupun tak pernah mengalaminya, dapat rasakan kesedihan itu...kehadiran zuriat yang diharapkan tiba2 lenyap begitu sahaja..

Zaujah Encik Mamat said...Reply To This Comment

subhanAllah.. punya sahabat seperti akak juga satu kekuatan pada masa itu =)...

apabila kita di uji... maksudnya Allah tahu kita mampu lalui kan...insyaAllah Allah akan menghantar mereka yang memahami agar cepat "pulih" dari kesakitan itu


kesakitan itu akan hilang ...

tetapi memori bersama "baby" takkan hilang ...

Alhamdulillah... mereka menunggu ummi2 mereka di pintu syurga insyaAllah..


*** kak terlupa nak publish haritu.. connection lost.. ni baru teringat sbb harini ada kelapangan sedikit.. jenuh gak selak2 ke belakang =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...