Tuesday, December 13, 2011

Kenyang Tidur



Assalamualaikum....


Bila anak cuti sekolah ni rasa lega sangat, boleh sambung berenang tidur lepas suami pergi kantor kerja. Encik suami pergi kerja jam 5.30 pagi tadi, degar bas dia berlepas je terus saya tarik semula selimut dan anggap dunia ini ana yang punya...wahaha.


Kebetulan aqilah dan maisarah memang dah bangun, saya suruh mereka tidur semula dan tutup pintu. Saya on heater dan tidur macam baby nyenyak la kononnya padahal baby berkali-kali je bangun minta susu. Tidur yang panjang buat saya rasa sungguh segar hari ni. Tengok jam pukul sembilan baru rasa nak bangun.



Rasa dah lama saya tak tidur dengan puas. 4 bulan lah kot, nampaknya malam saya menjadi semakin panjang sekarang kerana setengah jam sekali pasti adik syafiq menangis nak susu. Menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya amat mencabar sebenarnya buat diri saya. Dulu pernah campurkan dengan susu formula, tapi sejak dia dah pandai mengenal jauhari dan manikam mana susu ibu dan dia tau susu ibu lebih baik dan sedap terus dia tak mahu susu formula.




Di samping tak lena tidur malamku, pasti sukar untuk saya keluar beriadah lepas ni, takkan nak menyusukan anak di khalayak ramai? terkeluar biji mata pak arab nanti..huhu.


Okey, ini entri tulus mulus fresh dari ladang, kami bekpes dulu..babai~~~ jumpa lagi di entri akan datang.


Psst:Jangan amalkan tidur selepas subuh, di samping menyakitkan badan dan melemahkan minda, ia tidak digalakkan dalam islam. take note okey! 



www.tips-fb.com

13 comments:

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Apa2pun, adik kena jga diri tau ..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

baguslah bby syafik taknak minum susu formula. sbb dia tau susu umminya lah yg paling sedap di dunia!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

susu ibukan terbeak gitu LM

saya kalau period baru bangun lambat sikit.. hahaha..kdg2 terbabas sampai 7pg...kalau tak harus bangun awal sebab setelkan kain baju dulu.. then bru buat sarap..

H.J said...Reply To This Comment

tido lepas subuh paling nikmat utk orang bujang ni kak..

5.30..?awal pegi kerja..ehe

diana said...Reply To This Comment

dulu lepas subuh saya pi jogging..
sekarang dah tak jogging pagi..
saya jogging malam...
jadi lepas subuh saya tidur..
jam 9 pagi baru bangun...
ekekekek...

tak elok eik??
nak berubah la lepas ni..

fiezah91 said...Reply To This Comment

wah wah. hehe. best la dapat sambung tido semula. hehe

~~zAnAfAhMi~~ said...Reply To This Comment

saya pulak, kalau dah terbuntang mata ni, memang susah nak pejam semula apalagi bila dah nampak cahaya kat luar.....mmg tak ah!

psst...sekali sekala takpe contohnya tak sihat, boleh la di maafkan tidur lepas subuh.

Peri PiA said...Reply To This Comment

t.care

pia pon penah buat huhu

Rain said...Reply To This Comment

khasiat susu ibu mana mungkin dipertikaikan, kurniaan Allah Lebih baik. tak pernah sia sia.

tidur di musim hujan dan sejuk2 paling syiok.

terjaga pun rasa hari xsecerah biasa.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

lepas subuh mesti nak tido balik..
klu kat umah mesti mak dh bsing...
tp duk umah sewa ni..hurm paham2 jela.. :p

kiz said...Reply To This Comment

saya tak suka tidur Kak..kalau tidur otak jadi lembab..huhu..kalau tidur malam tu memang wajib laa

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak ada nmpk org guna nursing baju ngan kain *kain tu mcm carrier gak,so 2in1* utk kaver bb utk menyusu.... Try gn tu, nescaya buleh jenjalan ngan senang hati :)

Lelord said...Reply To This Comment

hehehhe lela mmg kalau dh bangun kul 4.15am tu mmg x tido2 smpai le jumpa mlm balik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...