Wednesday, December 21, 2011

Kuah Asam Tomato




Assalamualaikum....


Saja hari ni nak tepek gambar lama saya. Kuah asam tomato ni adalah kegemaran saya. Dulu masa pertama kali rasa suami sahabat saya sal buat terus saya rasa teringin nak belajar nak buat. Saya kan suka makan pedas-pedas...memang ngam dengan tekak saya sambal ni walau saya ni kurang suka makan tomato.
Buat muka tak tau malu minta sal ajar buat sambal ni, jalan ke rumahnya, dia masakkan nasi tomato bersama kuah ni. Wahh satu gandingan mantap. Sampai sekarang kalau buat nasi tomato, nasi carrot atau apa saja pasti saya akan siapkan kuah tomato ni. Walau tak sesedap cikgunya tapi menu ni jadi kegemaran mertua saya masa dia tinggal dengan saya selama sebulan dulu. Kalau hari-hari buat pun dia tak kisah, suka dia makan. Mungkin dia suka makan pedas-pedas kot.



Bahan:
Tomato didadu atau dihiris nipis
sedikit belacan bakar
sedikit cili sos
sedikit gula
sedikit air asam jawa
sedikit hirisan cili api
sedikit bawang dipotong dadu


Semua bahan di campur mesra. Makan dengan nasi panas, memang mengancam.

 
www.tips-fb.com

14 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

alahai, sedapnya, aritu pernah buat lawankan dgn nasi daging =)

Fyqa said...Reply To This Comment

sedapnye!

~ yus ~ said...Reply To This Comment

mil saya pernah buat ni, first time cuba dah terpikat...memang sedap.

Bila cuba buat sendiri, tak berapa menjadi..huhu, tq share resepi...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Tina Othmansedapnyer..lama saya tak mkn nasi dagang.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Fyqasedap mkn ngan nasi panas2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@~ yus ~sama2 yus..tp saya punya tak sesedap kwn saya tu..mungkin lain sukatan kot

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

macam kerabu tu ke kak??
yang boleh campur ngan sotong tu..ke x?? tapi bahan mcm same..

psstt: satu hari t nak gak rse yg akk wat k :)

diana said...Reply To This Comment

sama macam resepi yang saya selalu buat..
makan dengan nasi putih biasa pun sedap..:p

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Hujan2 macam ni makan lauk tu, fuh !memang mengancam.Tapi yg ni kat sini dipanggil sambal asam tomato.Kuah asam tomato, kita tumis bwg putih, bwg merah, ikan bilis, dahtu letak air asam , hirisan lada dan bunga kantan.Fuh!!!!Makan 2,3 hari, boleh kuruskan badan!

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

kuah asam ni cicah dgn daging bakar ke, daging rebus ke, ikan bakar ke, mmg PERGH! feveret ni kak.. hehe..

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

kak kalau kt kedah panggil air asam.. dia makan dgn daging rebus pun sedap.. tambah dgn nasi minyak or nasik daging

Hanis MY said...Reply To This Comment

terliur tgk...yum!

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

kat umah kalau wat ikan bakar, ayam or daging bakar sure wat air asam nie...tp kami x letak sos cili...kita tumbuk sambal belacan nyer..

eh eh kita baru je sudah makan air asam ni....masih ada bau kat tangan :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

LM mtk tisu,terliur hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...