Thursday, December 15, 2011

Kuih Lopes Saya....Resepi Pun Ada

Assalamualaikum...
Sihat ke? malam tadi saya tidur tersenyum kerana kepuasan lepas menikmati kuih lopes idaman saya. Tapi lopes saya bukan macam lopes buatan mak KC yang dibalut daun pisang, itu cara tradisional....saya punya macam yang dijual di pasar malam tu saja.


Memandangkan ramai yang angkat tangan termasuk uncle hamzah, LM bagi lah rasa sekeping kuih lopes LM. Ramai juga yang tak kenal kuih lopes, kalau negeri pantai timur tak tau apa nama kuih lopes, sebab 2 tahun tinggal di sana memang LM tak pernah jumpa kuih lopes di pasar malam....siyes merana. Kadang kala terfikir, bagus juga saya ni tinggal di johor, semua kuih kami panggil dengan nama 'buku' taip saja terus keluar di ruangan google...ehehe.





saya tak suka air gula banyak, kelapa pun tak suka banyak..ehehe
LM ambil resipe di My Resipe 
Bahan :
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair yang telah diletak garam
1/2 cawan air pandan
1 sudu teh air kapur
pewarna hijau
cara:
Beras pulut direndam 3-4 jam dan dikukus bersama air kapur , air pandan dan pewarna hijau.  . Lepas kukus 20 minit , gaulkan  dengan santan cair tadi dan kukus 30 minit lagi atau sehingga pulut lembut dan masak .
Air gula
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula pasir 
3 cawan air 
LM tambahkan sehelai daun pandan yang disimpul..biar wangi (resipe  asal takda )
Untuk membentuk LM gulung dengan aluminium foil ketat2 dan kemudian potong bulat-bulat. Kalau malas boleh la ditekan menggunakan acuan penutup nescafe ke atau apa saja...janji bulat dan boleh di makan. Selamat mencuba!



Raya tahun lepas dapat menikmati kuih lopes dari air tangan ibu angkat saya di melaka....sedapnye lopes tradisional ibu....bau daun pisang sangat wangi.
www.tips-fb.com

19 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

pandai akk buat kuih..
pasni berguru dengan akk plak :)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kuih lopes ubi ke pulut ke dua-dua kakak suka...

lieynanilaz said...Reply To This Comment

saya pun suka makan kuih lopes...tak penah buat lagi...:)

Peri PiA said...Reply To This Comment

yums,kuih kegemaran hubby

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

ni feveret kuih saya dan anak2 la LM.. tak sangka banyak persamaan kita erk LM.. kat sini senang cari LM.. tak yah buat.. kahkah.. nampak sangat malas..

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

erm da sht t nk cubela

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@.: iEyLa :.akak tgk resepi je dik...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kakzakiesedap kan kakzakie..mmg suka.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@lieynanilazsaya nak beli tak da jual kat sini..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Peri PiAwahh hubby pia pun suka ye ling?

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Lopes ni kegemaran hb, akak... Ok..ok je... Hehehe... Tp kalau terlebih kapur, pahit plak rsnya..... *errr, akak x pandai buat pong, beli je..muahahaha*

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrinekan saya dah kata..kita byk persamaan..hehehe

Myra Jay said...Reply To This Comment

Suka gak kuih lapis-tp bila teringin tu HARUS cari :)

najihah sahami said...Reply To This Comment

serius akak pandai masak....teruja tengok masakan akak.

Rain said...Reply To This Comment

ok, ni idea menu rain bakal berbuka petang nanti :)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan suka makan lopes. tapi tak pernah nak buat sendiri.

bila LM dah tepek resepi ni haruslah buat. stok pulut ada kat tu...

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

mak rara suke buat kueh ni.hehe

Muzel Zay said...Reply To This Comment

Kak..buat arr kuih lapis..feveret sy!hihihi

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Lopis kegemaran hubby..
Iza buat cara mudah je..

1. Didihkan air dan masukkan pati pandan/pewarna hijau. Masukkan pulut dan masak seperti nasi tapi jangan lembik sangat.

2. Bila dah siap, bungkus dalam daun pisang/ bentukkan agar bulat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...