Monday, December 12, 2011

Macam Tau-Tau Je?-Hubby




Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Semalam malas nak fikir nak masak apa jadinya saya masak nasi tomato dan ayam masak merah untuk keluarga. Sup ayam sikit dan berulam salad. Bila suami  pulang dari kerja petang semalam dia terus terkejut tengok ada ayam masak merah.


suami: :"eh, macam tau-tau je?"
saya: "tau la abang ngidam nak makan ayam masak merah..hehe"


Saya  sebenarnya suka je kalau anak atau suami mengidam nak makan itu ini. Mudah untuk saya sebab tak perlu fikir nak masak menu apa. Kalau ayam masak merah saya buat nasi minyak atau nasi tomato. Hari tu qila nak mee, so bila ada mee kuning saya boleh buat mee sup dan akhirnya mee goreng mamak juga untuk esoknya.


Saya tengok hubby beli 2 ekor baby chicken hari tu dah tau dia teringin nak makan ayam masak merah. Cepat-cepat saya buat sebelum dia yang masak sendiri. Malu pula kalau dia yang beraksi di dapur...huhuhu.



Sekarang cuti sekolah, dapur memang tak boleh cuti....cuti sekolah+sejuk+lapar...ehehe.


Saya terfikir-fikir, kalau saya langsung tak tau pegang sudip macam manalah keluarga saya nak mengidam itu ini. Bagi adik-adik tu, rajin-rajin belek resipe ok...tak pandai masak boleh belajar...akak pun tak pandai sebab tu selalu belek blog CMG.


www.tips-fb.com

17 comments:

lieynanilaz said...Reply To This Comment

bila dah kawen mmg kena masuk dapurr...:)

H.J said...Reply To This Comment

ayam masak merah dengan nasi tomato sejuk2 gini memang A la kak LM...ni buat nak makan ayam merah jugak ni..haha

diana said...Reply To This Comment

kalau tak pandai jangan segan untuk belajar..
jangan jadikan tak pandai tu sebagai alasan tak turun ke dapur..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

betul tu LM.. anak2 Rine pun suka makan ayam masak merah.. hehehe

Cik Bambam said...Reply To This Comment

kita teringin nak makan fruit tartlet..akak tlg buatkan leh? ngehehehe

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sekarang nie kalau tak pandai masak pun boleh selalu mencuba tengok resepi mula-mula taste memang tak ok... lama-lama mesti ok kan dik...

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

kak post kat adik cket....

ctpayong said...Reply To This Comment

kalau kita gunakan kemudahan untuk kebaikan...maka kita akan dapat bnyk faedah drpnya...jgn salah guna udah ler.

tahniah pandai baca hati suami.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

SERONOK KAN KALAU KITA MASAK ADA YG NAK MAKAN...

najihah sahami said...Reply To This Comment

alaa..terliur la pulak ayam masak merahh....huhu

Izan Ishak said...Reply To This Comment

dapur kena sentiasa berasap kan LM.. kalau tak nanti anak2 asyiklah merengek....heheh...

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

naluri isteri. :)

efa said...Reply To This Comment

ya kena rerajin masuk dpur :)bila dh kawin lg la

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Fav hb ayam masak merah Johor.... :)

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Iza pun bermula dari 0. Dari mak mertua, buku resepi dan internet juga jadi sumber rujukan..
Kalau tau menu apa yang nak makan, senang nak masak kan...

Peri PiA said...Reply To This Comment

ehehe,ikatan jiwa tu ;)
so sweet

Cik Jari said...Reply To This Comment

ummi...Cj tak taw masak jugak tapi suke cube2...tapi kan, bab baking-membaking nih salu je tak menjadi.. maybe sebab kurang teliti...(suke masak sebab men campak2 je:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...