Monday, December 12, 2011

Mee Kari



Assalamualaikum....


Lama sungguh mee kari tak menjadi menu di rumah ini. Semua bahan dah ada maka menggagahkan diri buat mee kuning bersama maisarah jap tadi. Mee dah siap, maka kuah mee on the way. Selalu nak buat tu ada je aralnya, mood takda taugeh tak, itu ini takda. Malam tadi dah minta suami cari sawi, maka tercapailah hasrat kami nak menikmati mee kari.
mee saya hari ni.


Buat mee pun tak banyak, dalam 4 cawan tepung saja. Kejap je dah siap. Kalau buat banyak nanti gemuk la saya tak habis la pula, rugi membazir. Mee saya memang kurang cantik bentuknya, tapi boleh la nak makan, masih kurang lulus bab gelek bagi memanjang dengan ayu lagi. Takpe, mee tu bila kunyah hancur juga kata encik suami. Betul tu, janji jimat sebab buat sendiri dan dapat makan mee kari hari ni. 



Apa yang peliknya, kalau encik suami bantu saya buat mee hasilnya sungguh ayu dan mempesona. Tapi bila saya buat memang kemetot mee saya. Haishh tak kisah la, harap mee kari saya sedap dan moga usaha saya dapat pahala menyediakan juadah buat suami dan anak-anak.



Mee kari ada kerang, ayam, fishball(home made) nanti saya cerita kisah saya dan fish ball serta ikan tenggiri saya...ekeke. Ada kisah ngeri juga tau. Ada taugeh sikit, sawi dan sikit daging. Bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah serta telur rebus? Lulus tak?ekeke...siapa nak buat calon menantu resepi boleh cari di my resipe atau blog CMG. Saya main taram je ikut citarasa saya.


 
 Nota kaki: Saya suka makan mee kari, tapi kalau saya makan di luar saya takkan order mee berkuah, habis comot mulut tudung saya nanti..hehe


www.tips-fb.com

15 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

samalah kita. sy pun jrg order makanan berkuah bila mkn kat luar, segan comot..
bestnya, mee pun bt sdiri, gigih tul

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Bestnye, sume home made.... Ni kalau anak dara yg buat, bersusun bakal Mak mertua...hehehehe

diana said...Reply To This Comment

Kalau cuti2 kat rumah saya ni yang laku mee kari dan laksa..
mee kari tu kalau buat dekat 5 bungkus..hehehe..
sebab bila siap masak je dan2 sms kawan bagitau jap lagi nak pi hantar mee kari kat rumah depa.ekekek

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

kat luar susah nak cari mee kari yang sedap LM.. kalau Mak yg buat..mmg terbeak dr ladang.. hehehe

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

Adk akak x comot tp x puas mkn sbb slluny mmg x sedap. T.T

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Aisy Nasihaye..sebab takut comot memang tak order kan?kelakar..owh kegigihan itu telah membuahkan hasil hari ini.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummysis..malangnya masa anak dara satu benda pun saya tak tau..ekeke

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianasampai 5 bungkus?wahh banyaknyer awak buat.syukurlah, byk pahala awak dpt dgn mengagih ke rumah kwn2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrinekat luar?mmg tak sedap pun.mak buat nak tunggu setengah tahun br merasa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@fRaMe LenSeSnadh-buat sendiri lbh sedap kan adik?

simply nana said...Reply To This Comment

makanan bertambah sedap coz semua homemade...pssttt, nk skit mee kari.sedapnya...

Watin Wardah said...Reply To This Comment

huish . pantang tgok makanan . hehehe .. meh le singgah sini jap . tips2 elakkan kesedihan

http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2011/12/jangan-bersedih-allah-bersama-kita.html

laskar pelangi said...Reply To This Comment

sedapnya mee kari..letak ayam banyak2.fuhhh! sedap;) tambah telor lebih lg..adui...tambah ni kalau makan panas panas...heee;)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

kat umah ni pun suka makan mee kari... mee kari daging special satu!

Peri PiA said...Reply To This Comment

hihi si comot yg cantik,same la kite hbs tudung ade corak baru hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...