Saturday, December 3, 2011

Mulut Terkunci Kerana Sayangkan Anak



Assalamualaikum....

Maisarah dah 8 tahun, sedaya upaya saya cuba mengasuh dia menutup aurat bila keluar berjalan sedikit demi sedikit. Dah anak dara anak ummi. Bila cerita bab aurat ni memang mencabar juga dalam mendidik anak. Tak boleh terus berkeras kena perlahan lahan. Tapi bila degil perlu tegas macam warden penjara pun takpe...kalah krole .



Pernah satu malam encik suami nak pergi beli barang di kedai, mereka bertiga dah ready nak ikut. Saya hulurkan tudung untuk maisarah pakai tapi dengan spontan dia kata, "akak tak jadi ikut la." Terus muncung. Uik..peliknyer..dalam hati. Dia kata dah malam, dia malas nak pakai tudung pergi kedai. LM jawab balik, "awak tau tak kalau awak tak pakai tudung nanti ayah dan ummi masuk neraka?" Dia terus ambik tudung dan lari menuju ke pintu nak ikut ayah...haha, padan muka dia!




Tadi borak lagi dengan encik suami tentang aurat, dia kata lemahnya kita sebagai orang tua ni dalam mendidik anak. Ramai yang tak mau tegur anak agar bertudung. Mereka lupa dosa tu mereka yang sama tanggung. Akibat tak pandai mendidik anak, kita sama pun rasa dosanya selagi anak tak berkahwin. Lalaikah kita dalam mendidik dan mengasuh? 



Ada orang bangga punyai anak cantik dan bijak, tapi bukan ramai zaman kini bangga punya anak yang mampu memimpin kita menuju ke syurga...wallahualam. Sekadar coretan santai insan bergelar ummi....



Psst: Sekadar mengingatkan diri sendiri saja...

 
www.tips-fb.com

8 comments:

diana said...Reply To This Comment

anak saya nanti pun start 7 tahun nak suruh pakai tudung.lagipun dah sekolah kan..tak pakai tudung tak boleh la sebab sekolah pun sekarang ni kena pakai tudung.

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

kalau zai dah kawen nnti, zai nk didik anak zai jadi orang yg soleh/solehah :)
insyaAllah

Norfa said...Reply To This Comment

betul.. bila kita makin tua, kita mula teringat akan anak anak kita.. adakah mereka dilandasan yang betul.. sampai kita terasa tak didik anak dengan betul.. takotnya nak ada anak..takot tak mampu nak mendidik mereka...=(


Contest Pandrvie 8GB .. anda bakal memiliknya.!!

http://norfanil.com/galaxy-tab-7-7-plus-vs-ombak-rindu/

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

moring dari bumi malaysia sayangku

thanks semalam dok belek2 time kak tidur.. hahhaha.. tak sedar langsung, kak lena sampai ke subuh dik..

memang berkesan entry ini..
moga sama2 kita berdoa agar buah hati kita menjadi anak yang soleh dan solehah..
dik, kadangkala umai pun mcm tu.. mulutnya.. aduhhhhhhhhhh

PCL said...Reply To This Comment

ahhh...sampai ke Doha pcl pg ni..hehe,
sbg suami, ayah, ketua keluarga. ..memang berat tggungannya, jgn beratkan lagi dgn dosa yg terkumpul untuk kami....
tak susah pon, selagi ada kemahuan untuk memahami dan memanfaatkan apa yg diperintahkan oleh Allah swt. Insya Allah, keluarga akan dapat limpahan berkat dan rahmat olehNya.

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Betul tu LM. Dari rebungnya la kalau nak membentuk anak. Tersilap langkah mendidik, kita yang akan tanggung akibatnya...

Yatie said...Reply To This Comment

tq..peringatan utk diri akak juga..mendidik anak2 zaman skrng mmng mencabar..perlukan kesabaran dan ketabahan yg lebih...

Tapak Kaki said...Reply To This Comment

bab mendidik ni la yang paling mencabar..titik tolaknya semua dari didikan.. susah jugak nak jadi parents ni..saya nak kena banyak belajar ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...