Tuesday, December 27, 2011

Nama Awal




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca blog pink phanter hari ni? Alhamdulillah saya sangat sihat dan amat tenang sekali hari ini. Hari ni saya nak cerita tentang nama awal. Di Qatar ni apabila berurusan di klinik atau di pejabat-pejabat biasanya mereka akan menggunakan nama awal kita.


Jika saya 'lydia miza' tentunya nama lydia mereka akan gunakan. Tak kisah la sebab itu nama saya, walau  terlalu ramai yang bertanya adakah nama 'lydia' tu nama sebenar saya....huhu. Jika encik suami muhamad zairi nama yang dipanggil atau ditulis mereka muhamad. Begitu juga anak-anak puteri saya hanya ditulis nama 'nur'.


Itu nama kami, memang tak jadi masalah besar pun. Tapi menjadi masalah besar bila kami ke klinik dan semuanya sakit. Bila pulang ke rumah saya jadi pening mana satu ubat nur afiqah, nur aqilah, muhamad zairi, muhamad azhad atau muhamad adlan punya?


Nama yang ditulis hanya 'nur' dan 'muhamad'....hahaha. Bila dah terkena beberapa kali memang tiap kali ambil ubat kami akan sama-sama tulis nama di kotak ubat supaya kami tak perlu belajar nama ubat untuk kenal pasti ini ubat batuk..untuk si besar, ubat selsema untuk si kecik...hehe. Nampak remeh tapi amat menyusahkan bila terpinga-pinga tak tau mana satu ubat si adik dan kakak.





Psst: Azhad ada tanya ayah dia, zairi tu nama ayah juga ke? hahaha...selalu orang panggil ayahnya muhamad, maka  dia tak tau nama ayah dia zairi.
Azhad berumur 6 tahun.


www.tips-fb.com

10 comments:

Izan Ishak said...Reply To This Comment

betul juga tu LM... sbb nama pertama semuanya sama kan... kena terus tandakanlah ubat tu siap2...

azwa amani said...Reply To This Comment

kawn amani namanya syed haidel.. panggil syed jela.. tapi bila datg rasa rumah dia, kalau sebut 'syed, nak tumpang smayg, semua pandang"..huhu..so dia cakap, kalu dtg umah dia kena sebut haidel, kalu sebut syed, semua adik beradik termasuk ayah dia toleh.. huhuhu.. rasa lucu plak.. :)

diana said...Reply To This Comment

oo..gitu eik..mujur nama saya dengan adik beradik cuma seketoi je..
(macam la saya ni nak sampai ke sana..)
ekekkek

Liza Abu Bakar said...Reply To This Comment

yang terpuji tu.. girl pulak cahaya. ada hikmah dia, belajar pandai kenal ubat masing2 le tu..he..he..

ieda said...Reply To This Comment

kadang tu LM ..
nama anaka2 panjang berjela tapi panggil pendekk je
ekekek lucu lak
skrg nie terkana ngan anak2 akak
nama panjang tapi panggil sabriena
dan amanina je .. putri2 x der dah :)

JIJI YU said...Reply To This Comment

eheh..kat ubat tulis jji je

adele said...Reply To This Comment

boleh pulak gitu ye? selalu org panggil nama kedua..hehe

najihah sahami said...Reply To This Comment

waa..kalau kat malaysia ni macam tu kan best. hahhaa..xpayah la penat2 org farmasi nak tulis nama yg unik2 tu. haha. kalau kt sini kena tulis nama belakang kak..

eRza farEeha said...Reply To This Comment

mcm erza..membe2 sume pgl erza..kene kat sedara mara sume pgl fareeha..heee

ctpayong said...Reply To This Comment

sebab tu ada sebab kenapa DO-RE-MI ada nama pendek dan nama panjang.

ada kena mengena ke???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...