Tuesday, December 20, 2011

Pakaian



Assalamualaikum....

Ada orang kata tak penting pakai smart-smart. Pakai simple je sudah la, baru nampak zuhud. Tapi pada saya kalau nak berpakaian kena ikut kesesuaian tempat. Itu cuma pendapat saya...pendapat korang mungkin lain.


Pada saya kalau nak ke pasar borong takkan nak beriya sangat kan? mustahil nak pakai macam nak ke kenduri kahwin. Tapi bagi orang lelaki mereka hentam je kata pakai sempoi sudah....




Perasan tak, kalau pakai smart sikit, kemas dan nampak bergaya kalau nak berurusan di pejabat-pejabat rasmi pasti layanan berbeza berbanding kalau kita pakai sempoi-sempoi. Orang layan kita macam kita ni bos-bos gitu...hahaha.


Pernah berbalah pendapat ngan bonda, dia nak gi ke sekolah adik untuk mesyuarat PIBG. Saya suruh pakai sutera, dia kata malas nak gosok, dia nak pakai baju 30 ringgit je..hahaha. Saya paksa juga dan cakap..."kalau mak selekeh, cikgu tu tak pandang mak pun"...terus melekat kat minda dia sampai sekarang. Nak pergi sekolah ke, nak ke majlis - majlis perlu kemas sikit. Pergi beli bawang pakai baju renyuk seribu pun takpe. 




Bukan mau menunjuk tapi memang lumrah manusia suka pandang rendah pada orang lain. Sebab tu pada saya tak salah memilih pakaian ikut sesesuaian tempat, ke pasar malam, kedai runcit, majlis kahwin, kenduri...semuanya perlu berbeza. Lain orang lain pendapat, lain orang lain pandangan....hehe.
www.tips-fb.com

7 comments:

Adinda Amy Sensei said...Reply To This Comment

betul2...

Fyqa said...Reply To This Comment

nak b'pkaian biar b'pada pada keadaan.. kan.. hee

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Eh betullah! Hari tu masa emak nak pergi sekolah ambikkan hadiah kecemerlangan STPM Embun, cakap dengan emak,

"Mak, pakai baju sutera batik tau! Taknak gosok meh saya gosokkan!"

Huhuhuh. Biar emak nampak gah bergaya dimata orang lain. Baru emak tak dipandang enteng! ^___^

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

saya punya pendapat sama dengan LM.. kalau setakat gi pasar t-shirt hudoh2 jek.. kalau nak pergi mall ke apa.. lawa sikit2 je la.. hehehe..

azwa amani said...Reply To This Comment

yang penting kemas, bersih dan x langgar syariat.. Islam tak melarang berfesyen

diana said...Reply To This Comment

setuju dengan pendapat LM..
berpakaian la ikut kessesuaian masa dan tempat..
orang sekarang ni suka pandang rendah pada orang lain..

Peri PiA said...Reply To This Comment

btl juga ckp LM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...