Saturday, December 3, 2011

Panas Ke Sejuk?



Assalamualaikum dan salam sejahtera  buat semua. 


Tak tau nak coret apa di sini, batuk pun tak henti-henti. Semalaman tak dapat melenakan diri akibat kong kong kong...aduhh. Sakit dada di buatnya. Hari ni mentari muncul dengan jayanya, mungkin tak la sejuk sangat di luar sana kot? LM tak keluar lagi hari ni, duduk saja di rumah mungkin petang baru keluar.
Maisarah dah ke kelas KAFA sebentar tadi, LM dan baby menung saja di rumah. Bila kesejukan nak buat apa pun tak suka. Korang suka mana...sejuk ke panas? LM lebih rela panas, boleh on penghawa dingin, tapi bila sejuk takkan nak duduk depan heater tu 24 jam? 



LM memang tak tahan sejuk, masa gempal 3 tahun lepas tak la gigil macam ni time winter. Ye la...lemak tepu berkilo-kilo...boleh la tahan sejuk dengan berat 63 kg masa tu. Cubby dan steady je masa tu. Sekarang ni memang terasa mencucuk sampai ke tulang kesejukan tu, walau tak kurus kering tapi memang rasa tak cukup lemak nak tahan sejuk ni.

Encik suami selalu pelik kalau LM kata sejuk, dia lain la...lemak banyak kot? ke kulit kami tak sama jenis? huhu...sejuk!!! siyes rasa tak selesa dengan air hidung asik duk meleleh, batuk dan pening kepala. Siapa suka sejuk marilah datang bercuti ke rumah LM...hik hik hik.

www.tips-fb.com

11 comments:

Izan Ishak said...Reply To This Comment

blm pernah alami sendiri musim sejuk. tp rasanya lebih rela panas sbb boleh on kipas/aircon...

nmpaknya LM kena tambah lemak sikit nih. biar sejuk x sampai ke tulang...

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh daripada batuk tuh

qasehraihan said...Reply To This Comment

sini panas xpanas sgt..sejuk xsejuk sgt..so ok ok aje la..hehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

sama kot..saya pun xtahan sejuk esp ekon..nsb malaysia x musim erk..huhu

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

akak suka sejuk, kalau panas, nak kuor umah pon malas...heheheh

Lelord said...Reply To This Comment

hehehheh sejuk kan memalam...lela ngan najlaa masih lagi batuk dan selsema

Tapak Kaki said...Reply To This Comment

kalau saya pilih cuaca sejok.. sebab leh pakai tebal-tebal.hehe... kalau panas berpeluh tak best..pasang sebijik dua kipas pun tak hilang haba ni..

deno said...Reply To This Comment

Deno tak boleh terlalu sejuk dan terlalu panas... sebab mesti jadi sakit... pesakit sle tak boleh kena panas matahari lama2, masti jadi sakit... sbnrnya doc tak bagi langsung kena panas tapi kena jugak sbb hari2 pegi kelas..emm.. kalau cuaca sejuk sangat pun jadi sakit.. nasib baik cuaca kat malaysia tak mcm kat sana, kalau tak setiap hari deno sakit... akak, sebenarnya deno suka panas sikit dari terlalu sejuk... heeee :)

Dalila Hamid said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

yaya pun jenis tak tahan sejuk..
sejuk aircond pun boleh menggigil..
winter lagi2 la..

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

kat umah,orang lain panas..cuaca panas.mas dah sejuk mintak selimut.kalau hujan,orang sejuk..mas lagi2 sejuk.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...