Thursday, December 1, 2011

Penuh Tisu



Salam buat semua. Sekotak tisu habis di hall hari ni dek kerana selesema teruk. Agak hairan bila aqilah selalu sangat menjenguk ke buaian adiknya syafiq. Apa  yang dia buat ye? Hati tertanya-tanya....tapi kerana syafiq tak menangis LM biarkan saja....mungkin dia main dengan adiknya kot?



Bila jenguk syafiq...tengok banyak gumpalan tisu atas badan syafiq dalam buaian. La...tau lah qila dan ummi selesema, rupanya qila bagi tisu untuk syafiq lap air hidung juga ke? Kerja qila hari ni ambil tisu untuk ummi, tapi dia tambah satu kerja lagi untuk syafiq juga walau babay tu tak selesema...
Banyak rajin ini kakak...bagus. Sian si adik tido dalam gumpalan tisu. Takpe lah...tisu bersih, bukan kotor pun. Tapi memang nak tergelak tengok penuh dalam buaian dengan gumpalan tisu.Qila...qila. 



Psst: indahnya saat bersama permata hati, rugi jika terlepas peluang menatapi saat bermakna sebegini kan?
www.tips-fb.com

20 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Mkn ubat ye LM...get well soon..

Jo Qusary said...Reply To This Comment

Qila sayangkan adiknya tu... itulah kasih seorg kakak, hehe...

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

hahah tapi hati2 ye qila,leh bahaya kalau tertutup kat muka masa tengah tidur dalam buaian,kan kak LM?

aah la.anak buah mas mai sini pagi semalam,coz demam panas.tapi sejam lepas duk sini,terus ok.rasa demam rindu.hahah..mas pun hari ni banyak tenung muka dia.suka tengok muka budak,hilang masalah sekejap.

diana said...Reply To This Comment

oh...
pandai..
sayang adik dia..:)

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

kakak sayang adik..
mujur jugak baby tak selsema..kalau tak susah jugak tu..umminya tak sihat..susah jugak nak melayan..

~~zAnAfAhMi~~ said...Reply To This Comment

Cepat sembuh ye, nanti Qila tak main tisu lagi..

simply nana said...Reply To This Comment

Hik3 baiknya kakak qila jg adik yea.misti prihatin ni

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

alolo...baiknye kakak die...
prihatin sungguh..hihi..

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

alahai sweeetttt je kak.mkn ubt selsema taw sis.

JIJI YU said...Reply To This Comment

shoot gambar kak

saffiya_aleesya @ echa said...Reply To This Comment

kakak yg prihatin..kecik2 lagi dah pandai tunjuk kasih sayang kan..

deno said...Reply To This Comment

rajinnya qila tolong umi dan adik kesayangan die... bleh jadi kakak dan anak mitahli nie... heee :)

najihah sahami said...Reply To This Comment

kecik2 dh ikut sifat penyayang akak...bagus2...heheh...

akak, jaga diri!

Rain said...Reply To This Comment

selalu datang baca kisah anak2 sis , rain teruja sangat nak berkahwin....

harap2 cepat lega dari selsema :)

kakchik@ella said...Reply To This Comment

alahai .. kiutnya qila. Ummi makan ubat rajin-rajin eh. cepat baik tau.

blog-tips-kurus said...Reply To This Comment

saye pon beli sto tisu tadi, baru kena flu..

Rashid said...Reply To This Comment

hehe .. dia rasa semua orang perlukan tisu kot..

kotak bulat said...Reply To This Comment

hehee,..tak nak adik dy berjangkit la tu agknya..

LadyBird said...Reply To This Comment

akak.. mesti comel kan?

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

hahahha....lawak2... kakak yg prihatin... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...