Tuesday, December 6, 2011

Pisang Ke?




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Teringat zaman dulu, masa baru-baru kawin. Memandangkan saya ni memang kurang memasak zaman anak dara so memang tak pernah ambik tau pasal cara memasak ni. Tapi bila mengenangkan kisah ni memang buat diriku berazam nak belajar masak dan mahir memasak.



Ayahnda tak suka makan terung, maka bonda memang dikatakan tak pernah langsung masak sayur terung. Tapi encik suami sangat suka makan terung..hehe. Paling kelakar bila ada kawannya nak bertandang ke rumah LM cubalah nak buat kuah lodeh. Tengok mertua ada campur terung, so saya pun nak la campur terung juga. Tapi tersilap pula, saya terbuang kulit terung tu sampai 'botak' terung tu.



Bila isteri kawan tu datang dan makan, dia tanya.."eh letak pisang ke ni? "perghh memang menyengat soalan tu sampai ke tangkai hati..hahaha. Hubby je yang jawab, "terung". Cehhh muka dah merah masa tu. Memang malu tahap gaban. Dalam hati, padan muka. Punyalah tak pandai masak...habis botak terung tu saya kerjakan. Pasti isteri kawan hubby tu gelak dalam hati kan?



Apa pun kenangan  tu menjadikan saya seorang yang lebih matang dan berhati-hati bila nak memasak benda yang saya tak pernah masak. Eh, apa yang saya tak pernah masak ek?owh,  udang kara saya tak pernah masak lagi..memang tak pandai nak bersihkan udang kara pun.



www.tips-fb.com

21 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...Reply To This Comment

hehehe lawak laa akak ni..tp skrg dh pandai masak kan..:-)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

hehehe...ada2 jelah LM ni. lama2 dah jadi ibu kita akan pandai masak dgn sendirinya... practice makes perfect gitu..

kotak bulat said...Reply To This Comment

hehehe..kelakar nii

ejulz said...Reply To This Comment

akak jawab je tu resepi baru.. heHe..

shark said...Reply To This Comment

naseb baek hubby tu pandai menjawab:)

makdara TERdiva said...Reply To This Comment

rasanya semua isteri pun ada pengalaman seram macamtu..hehe :D

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

hihihi. cam comei ja pengalaman akak ni. tapi tak apalah kak, pengalaman kan. tak salah camne nak buat selepas tu jadi betul kan? :)

Cho Zila said...Reply To This Comment

biasalertu... samaler kita akakpun dulu gitu .. tak berani nak gelak sebab samajer kita .. tapi sekarang dah okler kot ... lama2 semakin berani ler sikit... dulu kalau orang nak datang rumah punyaler tensen... tak tau nak masak perkan...

Muzel Zay said...Reply To This Comment

ahaha...mmg lawak kak..

Cik Bambam said...Reply To This Comment

bes lar kak.. pengalaman tuh kan cikgu paling berkesan! kih2..

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Hihihi. KC pun tak makan terung, dik.

Peri PiA said...Reply To This Comment

pengalaman mendewasakan

hihi,sorry LM tergelak sikit

exora said...Reply To This Comment

saya pun tergelak jgk ni...sori LM

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

takpe.. memang malu masa tu tp bila igt sekarang mesti kelakar kan?? sy pn jenis x pandai sgt masak cuma blh masak masakan simple2 & masakkan yg hubby makan jer.. bila dh kawen ni even x penah buat tp kalau ada request dr hubby bertenet sakan cr resepi sbb time ada request la time belajar masak

JIJI YU said...Reply To This Comment

wahah terung botak..tak menahan

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

hahah takpe. pengalamn

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

sy xpandai masak kak! hehe

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

saya senyum sorang2 baca entri akak ni..hahaha..

Lea Isnawi said...Reply To This Comment

bila dh kawen, skill masak pasti akan meningkat kan kan

simply nana said...Reply To This Comment

Hik3, memang anak dara dlu pun sama je kita tk mahir memasak.bila dh start kawin br terkedek2 nk blajo msk.huuuu

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

hehehehe takpe.belajar dr kesilapan kan kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...