Sunday, December 11, 2011

Pusara



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Terlihat status sahabat baik saya tentang dia melawat pusara ayahnda dia di Seremban. Terfikir saya sejenak...jauhnya, sedangkan dia dan bondanya berada di Terengganu.


Terkenang beberapa minggu lalu sahabat suami ada yang meninggal dunia di Qatar ni. Dikebumikan di sini dan isterinya masih di sini menguruskan segala hal sebelum dapat pulang semula ke tanah air. Bukan mudah nak membawa pulang jenazah, katanya memakan masa sehingga 5 hari untuk sampai. Kata saya pada hubby, jika takdir dia pergi dulu saya pasti akan usahakan dia dikebumikan di tanah air dan di kampung saya bukan di kampung suami. Agak mustahil untuk saya melawat pusara tiap jumaat jika suami dikebumikan di kampung mertua kan?



Jika takdir saya pergi dulu saya memohon agar usahakan saya dikebumikan di kampung saya. Kasihan anak saya nak melawat pusara terpaksa datang ke Qatar pula nanti.  Apa pun itu hanya permintaan saya dan harapan, jika berlaku terpulang pada insan yang tinggal untuk mengkebumikan saya di mana saja mengikut keperluan. Mana yang baik lakukanlah sebaiknya, doa anak yang soleh itu yang penting buat kita, bukan semestinya berdoa di depan pusara. Setuju kan?



Saya mempunyai 4 cahaya mata, mengharap mereka menjadi anak soleh yang sentiasa mendoakan saya apabila saya pergi kelak. Doa anak soleh amat di harap apabila kita pergi mengadap Illahi nanti. Moga kita berjaya mendidik anak menjadi anak soleh yang membahagiakan kita di hari kemudian.
www.tips-fb.com

13 comments:

Azwani said...Reply To This Comment

semoga anak-anak LM menjadi anak-anak yang soleh dan selehah spt yang LM harapan dan ianya merupakan harapan setiap ibubapa. Bila la masa saya plak nak menimang anak sendiri :)

H.J said...Reply To This Comment

mudah2han anak kak LM semunya jadi yang soleh2 dan solehah..

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

kak ni experience acik Nadh.
kalau nak bawa balik ke Malaysia, sangat rumit kak. bukan rumit apa, mayat tu akan diawet dlu. Macam acik Nadh cita dulu kan, ada seorang macik dia ni meninggal kat semenanjung tak silap, tapi nak dipulangkan ke Sarawak, kak tau apa depa wat, depa cucuk (bontot kot tak silap) untuk sedut isi tubuh tu, lepas tu depa cucuk dengan sejenis cecair kot. Acik Nadh cakap busuk sangat cecair tu kak, habis satu rumah tahan bau dia. Lepas tu baru la mayat tu disiapkan.

Nadh yang dengar pun da rasa ngeri. seksa mayat. T.T

kak, adik doakan anak2 akak akan jadi anak soleh n solehah yang mendoakan kak n abg sampai masa depa pula tiba nanti. Amin.

zulkbo said...Reply To This Comment

salam..
takdir Allah mengatasi segalanya
semoga anda tabah..

~SaL IjOu~ said...Reply To This Comment

anak yg soleh solehah pasti menjadi impian setiap ibu bapa..sy doakan ia menjadi kenyataan buat akak..~ =)

Muzel Zay said...Reply To This Comment

Rase sedih lak bace entri akak..sy slalu doakn arwah mak sttiap mase and akn trus brdoa utk arwah slagi ada nyawa sis..hanya itu je yg dpt sy bg pd nak..:-(

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

tetiba sedih plak saya baca entry LM nih..

semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah.. dan sentiasa obey to their parents..

iza said...Reply To This Comment

Assalam...
Kalau fikirkan tentang tempat pengkebumian, tak dapat nak tentukan di mana tempat yang terbaik....

rara pinkmafia said...Reply To This Comment

sedih pulak membaca nya.betul kata akk tu.kalau anak yg soleh,dimana2 saja dye akn mendoakan ibunya.bukan hanya di depan pusara.moga kita selalu dipermudahkan.

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

sedihnye bace kak

diana said...Reply To This Comment

betul la..doa tu yag penting..

laloque said...Reply To This Comment

lama xmelawat pusara arwah Alesya

ieda said...Reply To This Comment

yelah dik .. kita x nak lah membuatkan anak2 kita susah di kemudian hari kan ..

kalau boleh biarlah dekat , semoga mudah mereka nak menziarahi kita kelak .. insyaallahhh dan semoga allah memberikan kita umur yg panjang .. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...