Sunday, December 11, 2011

Saya Kembali Mengetuk Papan Kekunci-Lemahnya Hatiku!



Assalamualaikum, lemahnya hatiku kan? Maafkan saya wahai sahabat semua, saya tak mampu melawan kerapuhan hati dalam meniti perjalanan hidup. Saya lemah dalam mengawal perasaan dalam perjuangan hidup ini. Akhirnya saya mengorbankan blog pink phanter yang menghubungkan saya dengan ramai sahabat setia di sini. Maafkan saya sekali lagi.



Maafkanlah bila hati ini tak sempurna bergelar sahabat di sini. Maaf sekali lagi bila buat kalian kecewa dalam menanti entri saya yang tak muncul-muncul. Saya tercari-cari tajuk untuk kita kongsi, hatiku rapuh dalam mengawal perasaan yang bercampur baur. Berkocak dan akhirnya berderai.....akhirnya saya rasa lega dan bangun semula. Terima kasih atas kata semangat yang sahabat semua hulurkan. Tapi maaf saya tak mampu menjawab mengapa hati saya tiba-tiba rapuh sedemikian rupa. Lemahnya saya sebagai hamba Allah hanya dengan sedikit kesedihan saya dah melatah dan akhirnya ingin meninggalkan blog yang saya berjanji nak jadikan ia satu perkongsian kita mengupas sesuatu demi kebaikan kita bersama, kebaikan saya dan semua yang singgah membaca ke sini.



Saya bangun semula, walau hati tersisa pedih dengan ujian yang datang saya harap saya mampu menaip di sini. Sejuk qatar tak mampu menyejukkan hati, tak mampu merawat pedih hati. Hanya nampak bonda saja bila memejam mata...rindu sangat pada bonda. Kebetulan hari ini ulang tahun kelahiran bonda, ingin ku rakamkan ucapan selamat hari lahir buat bonda tersayang moga Allah memberi kesihatan yang baik dan  moga Allah memayungi bonda dengan rahmatNya ...amin.



Orang yang tak faham berblogging pasti bersorak bila saya lemah dan ingin berhenti menaip, tapi saya tersedar yang saya tak perlu lemah. Itu bukan saya, saya teringat kata-kata kalian semua. Ya, yang lemah dan mudah terduduk itu bukan saya. Kan saya dah bernekad untuk berhijrah selangkah lagi menuju ke jalan Allah. Saya mahu berjirah selangkah lagi lebih dekat dengan Allah dan saya perlu mempertahan kan blog ini kerana ia adalah salah satu landasan saya untuk menyebar segala berita, pendapat dan perkembangan diri saya buat keluarga tersayang, saudara mara, sahabat baik saya nana, dan buat semua yang setia ke sini.



Saya bangun setelah jatuh tersungkur, biar sakit saya akan cuma merangkak kembali. Muharram baru bermula, mulakan belajar bertatih menuju jalan yang indah. Jalan yang kita harap ia diredhai...amin.



Saya mahu berhijrah menjadi hamba Allah sebaik mungkin walau semalam saya insan yang sejahat-jahatnya....moga hijrah kita menjadi satu azam yang indah apabila ia tercapai dan berjaya tiba ke penghujung jalan nanti...Insya Allah.





www.tips-fb.com

7 comments:

Azwani said...Reply To This Comment

Biasa la tu kak..kadang2 malas tu ada nak mngetuk papan kekunci tapi anggaplah itu masa untuk diri sendiri :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

ila said...Reply To This Comment

smge terus b'ushe n jd hamba Allah yg baik =)

Nong Andy said...Reply To This Comment

Salam tuan rumah, juz drop by :)

tak pernah jatuh kita takan tau rasa sakit.. kerana dah tahu rasa sakit barulah kita lebih berhati-hati di masa depan :)

Lelord said...Reply To This Comment

kalau penat berhenti kejap...jgn paksa diri. dh ok nanti start semula, lela pun kadang2 terasa sgt malas utk itu

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Berehat la seketika...mungkin untuk kembali mengumpul semangat yang masih bersisa...agar terus melangkah dan berjaya...

~SaL IjOu~ said...Reply To This Comment

kita xkan jadi diri kita tanpa hari semalam..semua itu perjalanan kehidupan.moga akak tabah selalu~ =)

simply nana said...Reply To This Comment

semoga segala usaha dan semua perbuatan kita sentiasa dibawah rahmatnya dan manisnya di kemudian hari akan kita kecapi...insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...