Tuesday, December 13, 2011

Sedap Ke Lapar?



Assalamualaikum...


Bila hubby balik dari kerja biasanya dia akan terus ke dapur dan makan. LM akan tunggu hubby pulang dan makan bersama. LM tak makan siang-siang, so petang sebelum maghrib tu makan sekali dengan suami, kalau dia leka mulalah mengomel ajak cepat makan sebab perut sendiri dah berdangdut berkeroncong.








Encik suami jarang sangat makan nasi kat opis, biasanya dia borak dengan kawan dan makan buah saja, makanan dan masakan india yang entah apa-apa buat tekak dia yang tak cerewet pun menolak benda tu, maka saya yakin masakan di sana memang tak sedap..ekeke.
Bila suami makan dengan lahap berselera, saya suka bertanya, ni makan bertambah ni sebab sedap ke atau sebab lapar? sedap sangatlah, boleh berniaga...biasa itu saja lah jawab encik suami. Saja mengusik isteri cumil dia yang suka bertanya tak habis-habis.Orang lapar pun makan bertambah juga kan? sebab tu saya suka bertanya...ekeke.




Kadang-kadang saya naik pelik, 9 tahun saya masak untuk suami tak pernah dia kata tak sedap. Bahaya ni, lidah saya rasa tak sedap pun dia kata okey. Adakah dia saja nak ambil hati saya? owh, buang jauh-jauh perasaan curiga itu. Sedap atau tidak saya berharap ianya umpama magic bila kena lidah suami terus jadi sedap. Kalau bertambah pastilah sedap kot? ecece..takmo kalah lagi tu~~



Saya masak bukan ingin pujian, tapi saya suka bertanya untuk dengar pujian dari mulut dia, aneh kan saya? jangan tiru aksi isteri gedik macam saya, 100 kali masak masih tanya sedap ke tidak tak sudah-sudah. Ops, gedik ngan suami tak salah ye, malah dapat pahala,bermanja dan bermesra bersama.




Ada yang mual membaca entri saya? la..saper suruh gigih klik blog saya dan baca entri ni?keh keh keh.

 
www.tips-fb.com

12 comments:

biela bell said...Reply To This Comment

untongla kak..bertuah dpt suami mcm tu..:)

ummi_khalish said...Reply To This Comment

seronok kan,bila org tersayang makan masakan kita dengan penuh nikmat?dil pun camtu...hehehehe....

najihah sahami said...Reply To This Comment

Hahaha..memang magik kot masakan akak..masuk je mulut org lain trus rasa sedapppp..mish nak try lah..hehehe

Peri PiA said...Reply To This Comment

suami yg baik ;)

saniah said...Reply To This Comment

sama macam husband akak..kalau tanya mesti dia jawap boleh bukak kedai..amboii ingat senang ke nak bukak kedai ni? sapa nak jaga anak..kihkihkih

Cik Bambam said...Reply To This Comment

msk ngan hati ikhlas dan penuh kasih syg kak.. semua sedap taw! hehehehe

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...Reply To This Comment

bertuah dapat suami mcm tu.. kadang2 susah jugak kalau dapat suami yang amat berattt sangat mulutnya untuk melemparkan kata kata puji pada isteri heheh u r soo lucky

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

hehehehehe silap haribulan kalau dye kata tak sedap,majuk je.untung2 leh kena pujuk kan.hehehe

Rain said...Reply To This Comment

kasihnya encik suami..

tulus doa dari rain, semoga kasih sayang sis LM dan suami serta anak2 hingga ke syurga

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

syiok kalau suami asyik cakap sedap jek.. macam abah saya ler pangainya.. husband saya pantang benda manis LM..huhu.. so saya terpksa berhati2 boh gula.. hahaha

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ikhlas dari hati tu LM... syukurlah suami sukakan masakan kita kan.

mana tau nanti LM boleh bukak restoran plak...jgn lupa jemput izan dtg tau.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak pon cenggitu, 10kali masak benda yg sama pon masih lg nak nanyer, 'sedap ke x' muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...