Sunday, December 11, 2011

Selamat Hari Lahir Juga Buat Abby Abadi



Assalamualaikum dan salam sejahtera...baru saja habis berbual dengan bonda. Curi masa kejap call bonda mengucapkan selamat hari lahir buatnya. Moga bonda gembira dan sihat selalu.



Belek facebook tadi ternampak gambar-gambar sambutan hari lahir abby abadi . Cantik dan meriah nampaknya sambutan hari lahir abby. Ingin LM mengucapkan selamat hari lahir buat abby dan mendoakan abby mencapai kegembiraan dan kebahagiaan yang diimpikan.


Tak pernah nak wish besday sebarang artis di blog ini tapi memandangkan sejak dari dulu lagi abby memang menjadi perhatian saya sehingga saya sangat prihatin apa saja kisah yang berlaku pada abby. Membaca kisah kehidupan abby kadang kala saya juga menitiskan air mata. 



Moga kegembiraan hakiki akan muncul suatu hari nanti buat abby. Sebagai saudara sesama islam saya mendoakan yang terbaik buat abby dan anak-anak nya. Anaknya sebaya dengan 3 cahaya mata saya malah sama bulan kelahiran pula tu.....moga keperitan membesarkan 3 permata hati seorang diri menjadi satu pembakar semangat buat abby berjuang di bumi Allah ini. Amin.
www.tips-fb.com

6 comments:

Izan Ishak said...Reply To This Comment

selamat hari lahir buat bonda LM...Moga terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki....

juga selamat hari lahir buat abby abadi..moga terus tabah dlm membesarkan 3 org permata hatinya...

Rain said...Reply To This Comment

sini je peluang yang ada untuk ucap selamat hari lahir buat ibu LM.. semoga diberi kesihatan yang baik dan bahagia dunia dan akhirat...

semoga terus dan sentiasa ada sinar bahagia buat abby dan anak-anak.

untuk sis LM, semoga dirahmati Allah tak kira mana bumi pun dijejak

qasehraihan said...Reply To This Comment

saat ari lahir buat bonda LM..

hazanis said...Reply To This Comment

selamat hari lahir buat bonda awak..

jom join contest..tag...=)

http://hazanis.blogspot.com/2011/12/cik-suzlins-first-giveaway.html

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

selamat hari lahir bonda!!!
moga bonda dilimpahkan dengan kebahagiaan.. :)

ctpayong said...Reply To This Comment

selamat hari lahir juga dari kakCT & family serta meow-meow sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...