Monday, December 26, 2011

Seronok Ke Benci Orang?



Assalamualaikum....


Saya berjalan-jalan menjelajah blog sahabat setia. Bukan followers tapi sahabat yang menyokong blog saya, yang sentiasa memberi kata semangat dan nasihat saat saya sakit, sedih dan gembira. Saya terpaku di kotak jeritnya...kata nista dari encik anon yang mengatakan membenci tuan punya blog.
Saya terfikir sejenak. Muliakah encik anon tu sampai merasa diri dia layak membenci empunya blog? Walau hina, teruk dan buruk mungkin perangai tuan blog tapi kita layakkah menghina dan membenci dia? Mungkin orang yang kita benci itu lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan orang yang membenci tu. Mungkin dulu dia teruk, tapi tak mustahil hari ni dia lebih mulia dari kita kan? enaknya sesuka hati membenci insan lain...muliakah diri sendiri?
Serangan dari anon bukan perkara baru bagi sesetengah blogger. Mereka hanya insan yang pengecut yang mampu menghina dan mengeji orang tanpa berani tunjuk muka. Walau tanpa url mereka masih boleh taip nama mereka tanpa berselindung siapa diri mereka. Tunjukkan diri jika benar-benar ikhlas. Adakah membenci tu indah? tepuk dada tanya iman. Bagi adikku...abaikan kata nista itu. Teruskan melangkah kerana perjuangan kita belum selesai. Niqabi masih boleh bernafas walau hidung tertutup...udara yang kita sedut milik Allah...anugerah Allah. Tak mati dek hinaan dan kejian tu dik. Teruskan melangkah menuju keredhaan Allah. 



Psst: Jangan terus hanyut dalam dunia fantasi, populariti, khayalan dan apa saja yang menghanyutkan kita dari landasan menuju ke jalan Allah. Sampaikan walau sepotong ayat....namun jangan sesekali mengajak rakan ke jalan yang melekakan.....

 
www.tips-fb.com

10 comments:

azwa amani said...Reply To This Comment

as-salam sis.. syukur Alhamdullilah masih ada yg menyayangi diri... semoga sama2 dapat istiqamah... love u :)

wachak said...Reply To This Comment

Kadang2 si anon ni org yg kita kenal / sembang selalu dekat shoutbox. Dalam sesuatu isu yg kita buat di entry, dia x puas hati, maka dorang ni gunakanlah anon. cuba tengok balik IP si anon ni ( melalui acc shoutbox tersebut ) dengan pengunjung yg meninggalkan pesanan yg telah lalu

sy selalu simpan senarai IP yg meninggalkan komen di shotbox melalui acc counter widget yg dipasang diblog. dgn cara itu sy tahu siapa yg singgah diblog sy walaupun mereka ini tidak meninggalkan komen / jejak.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

orang mental tak berapa sihat.. jangan dilayan.. huhu.. silap2 kita dok pk sangat nanti.. kita yg sakit..abaikan aje..

diana said...Reply To This Comment

saya rimas jugak dengan anon tapi saya tak tunjuk la kat depa ..sebab kalau saya tunjuk depa akan rasa seronok..jadi saya lebih suka buat2 tak tahu..:p
shoutbox siapa ye??

Woofer Storm said...Reply To This Comment

tak perlu dirunsingkan tentang anon ni,.mereka datang dan pergi begitu sahaja.kalau dilayan takut jadi tak tentu arah jadinya ummi.hhehe

#ummi,mksdkan sy bukan private group tu..tapi ada blogger buat group tapi dia privatekan wall..so ramai bloger tak blh nak ping entry..ramai yang kuar dari group tu,tapi dia dengan angkuhnya berkata "ada aku kisah"..

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

anon! haihh.. =_="

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

anon tu pengecut kak..kalau nk kutuk, tunjukkan la diri..akak pernah kena serang dgn anon?

najihah sahami said...Reply To This Comment

anon is haters. aa haters maknanya ada orang yang memberi perhatian kepada kita. hehe. think positive.

pape pun. jangan mudah give up. betul x kak? hehe

Peri PiA said...Reply To This Comment

semoga kita tak jadi orang2 mcm ni,sedey! dgn perangai2 org mcm ni

adele said...Reply To This Comment

sbb tu sy malas letak shoutbox..hehe. kalau sy dpt msj org yg benci2 ni..sy malas nak jd panjang..lebih baik takde lgsung kan? kalau dia komen kt entri, kena moderate dulu..jd kalau perlu, sy delete. kalau rsa nak publish, sy karang hujah bg habis trus :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...