Wednesday, December 28, 2011

Siapa Kawan Kita?




Assalamualaikum....


Siapa kawan baik kita? cuba lihat dan renung sekejap. Dalam islam ada mengatakan kita dinilai dari siapa kawan-kawan kita. Betul kan? kalau kita tak baik sangat ni berkawan dengan orang baik tak mustahil kita akan jadi sebaik mereka. Setaat mereka menjadi hamba Allah yang bertakwa. Kalau kawan kita kaki kelab malam, kaki menyumpat, menyamun tak mustahil kita akan mengikut atau terpengaruh kan?



Nak cerita pasal kawan ni bukan apa, saja terkenangkan diri saya dulu dan sekarang. Sejak dah setahun lebih berblogging ni memang amat berbeza dulu dan sekarang. Kalau sekarang rakan rapat saya adalah orang yang sangat rajin memasak. Main cabar-cabar melapis, meroti. Saya yang tak pandai terus tiba-tiba jadi semangat nak cuba buat kek lapis. Dulu saya termenung tengok adik sunah buat kek lapis sarawak, dalam hati..ala, dia orang sarawak memanglah pandai. Tapi bila adish shida dah mula gila melapis dan mula mencabar....wahh saya makin tercabar.





Sekarang ni rumah saya penuh tepung kek, tepung roti sampai  2 jenis, tepung gandum memang lah banyak. Tapi tepung hong kong memang saya tak jumpa dan tak tau apa nama dia di qatar ni. Hari tu buat kek lapis saya ayak tepung gandum saya sampai 5 kali sebab nak dia ringan dan halus. Alhamdulillah kek lapis saya sedap sekali walau tak sesedap guna tepung hong kong. Malam tadi gatal nak melapis, butter dah keluar tapi ada beberapa masalah buat projek melapis tak dapat di buat. Tunda malam ni kot.



Puteri katek asik mengapam, wahh saya pun jeles. Dah la kawan baik saya nana memang tokey apam polkadot. Saya nak mengapam juga bila dicabar dan tercabar. Menalam, mengapam, melapis, meroti...aishhh itu semua akibat dari pengaruh rakan-rakan sekeliling saya. 



Pokoknya sekarang malas atau rajin saja. Kalau rajin bervariasilah makanan untuk hidangan keluarga saya. Itu pokoknya kalau rajin, kalau malas makan je buah limau atau epal sudah...hehe.



Alhamdulillah hari ni rezeki keluarga saya, menu hari ini laksam. Tak mustahil orang johor boleh buat laksam kan? meh la cabar saya, suka kalau korang cabar, baru semangat saya nak buat kuih itu dan ini. 


www.tips-fb.com

12 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

cik ina tak pernah lagi buat kek lapis, rasa cam susah je. kalau dah minat, tk kisah walau susah mana pun : )

EnciK AxixOu said...Reply To This Comment

kawang dgn org yg ske buat mknan kenyang la kite...hee

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Setuju LM..tp.kwn2 sekeliling saya xkaki.masak..hmm..camno..saya pulak suka jgkla masak..cma.nk bt kek mekek blm.rezki nk beli oven..kata husband dah dok.umh sndiri nnti baru beli..huhu..ohh..kejam.je saya rasa..sbb actually saya suka sgt bt kek..so far klu tingin sgt saya bt kek kukus je..huhu..sadis

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

wahh teror..mas kalau cabar bab masakan ni,sure kelam kabut cari resipi tanya pak cik google.hahhaa

bersama kak Es said...Reply To This Comment

dah terasa nak makan masakan LM la pulak :)

azwa amani said...Reply To This Comment

sis...boleh dah bukak rstrn kalau pandi masak mcm2.. jeles eh :)

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

the best friends pastinya cabaan ke arah positif..

syukur, kak kenal kamu juga

Kak Aya said...Reply To This Comment

bagusnya LM..kak aya ni selalu kalah dalam apa pun cabaran tp kalau cabaran makan mungkin boleh menang kot hi hi

Woofer Storm said...Reply To This Comment

bkwn la dgn mereka yang menghargai kita ummi..jgn sedih2..

#sy tak reti masak,reti makan je..hehee

mysara said...Reply To This Comment

kalau salah pilih kwn. kte pn hbs la..

simply nana said...Reply To This Comment

Alamak tokey apam kea? Hik3

Peri PiA said...Reply To This Comment

waaa LM rajin

btl2,tgk masakan dari blogger2 lain memberi inspirasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...