Tuesday, December 6, 2011

Tak Pandai Masak Pun Takpe



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Sihat ke? Tengok tajuk tu, mesti wanita dah sediakan parang nak serang LM..hahaha. Itu ayat buah hati korang masa baru bercinta kan? Takpe, dah kawen tak masak pun i tak kisah. Kita makan kat kedai jek...wahaha. Okey tak ayat buah hati camtu? Mesti korang yang tak pandai siang ikan, ayam dan tak pandai kupas bawang rasa lega yang amat sangat. Dalam hati....alhamdulillah, dia terima aku seadanya. Kan...kan kan..angguk je lah.haha.


Tak kisah la pandai masak ke tak, tapi kalau pandai masak simlpe-simple untuk orang tersayang lebih baik kan? Tak pandai tu sebab takmo belajar. Tak kan bertahun kawen masak sambal bilis yang mudah pun korang tak tau kan? kalau malas cakap je malas, masak ayam masak kicap yang mudah mustahil tak tau, betul tak?



Kalau orang yang suka makan pasti mereka suka masak. Kalau mereka yang pentingkan kesihatan pasti suka masak. Korang kan nak masak guna minyak sayur atau jagung, nak guna garam yang berkualiti, nak pakai beras yang bagus...kalau makan di luar mana boleh pilih, nanti banyak makan makanan pakai minyak kampit hubby dan korang-korang sekali bam bam kan? Nak ke camtu? 


So, pesanan buat rain clowdly yang nak sangat kawen sampai mimpi sis tu dan adik-adik lain yang baru kawen, nak kawen, baru bertunang dan apa saja lah, jom main masak-masak. Telur mata, sup sayur dan sambal bilis pun boleh buat orang tersayang makan bertambah-tambah tau. Betul tak? 



Psst: kalau tak pandai masak langsung macam mana bila kawan suami korang datang rumah nanti?nak hidang air teh o dan biskut kering je ke? 


www.tips-fb.com

12 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

yezzaaa...suka gler entry LM kali ni.. sebab apa yg saya perasan..org2 pompuan skang mmg tak suka masak.. katanya tak reti.. kalau malas ckp je malam.. senang citer..

yup.. at least masak simple2 jek.. tak yah beria2.. suami pun tgk effort kita.. terharukan??

kalau dh ada anak2 tak kan nak makan luar jgk??

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

hahaha ehhh nape entry ni,mas baca tersipu2 malu.hahaha

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

kak LM, kalau pakai blackberry memang mudah nak update blog sebab boleh update guna email sahaja. dan yang pasti ianya sangat laju. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrinekeh3...betul kan cikgu?bawalah anak berderet2 tu makan kedai siang mlm

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@MaYa MustWanymas..senyum2 sudah..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@KAMIHIDUPtq info ni kami~

bujal X said...Reply To This Comment

alhamdulillah kami laki bini pandai masak~he~~

Izan Ishak said...Reply To This Comment

masak2 ni walaupun simple tapi tetap sedap di tekak anak2 n suami kan. yg penting masak kena ikhlas...

Peri PiA said...Reply To This Comment

btl2,masak ni seronok

cume bab mengemas lps msk je problem,hihi

cik panadol said...Reply To This Comment

erk! ok....nk p blaja masak sekarang jugak!

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak x pandai masak....huhuhuh... Stakat tekak kami 3 beranak ni lepas la... :D

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

blogger hebat LM ni...n3 nya bederet dalm sehari, byk idea, dan karyanya dari hati,, nice n3 nih ....betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...