Wednesday, December 7, 2011

Tak Semua Benda Yang Kita Lihat Seperti Apa Yang Kita Sangka




Assalamualaikum...


Sihat ke? kadang kala bila selalu je kita menghukum sesuatu perkara atau kejadian dari apa yang kita lihat tanpa kita selidiki terlebih dahulu kan?contoh:


1. kalau kita nampak seorang budak perempuan botak, kita akan sangka itu adalah ibu tirinya dan pasti anak kecil itu di dera.Pastu kita akan memandang penuh benci pada ibu tersebut kan?
kita lupa untuk berfikir, mungkin itu ibu kandungnya, anak kecil itu botak mungkin kerana  berkutu tau mungkin kulit kepalanya berkudis dan rambutnya gugur...


2. kita hadir ke rumah sahabat, isterinya langsung tak keluar menghidang air dari awal sampai hingga kita pulang. Tunjuk batang hidung pun tidak.



Pasti kita fikir sombongnya dia, tak suka kita hadir ke rumahnya sampai tak kelaur salam dan hidang air pun, mungkin dia dah tido dan suaminya tak mau mengganggu atau mereka baru lepas bertengkar kot?ehehe. Jangan buat perangai macam tu ye, muliakan tetamu sangat dituntut. Nanti sambung bertengkar kemudian..ehehe.



3. Kenalan kita tak menegur saat berselisih kita fikir dia sombong, mungkin dia rabun atau pemalu tiba-tiba..ehehe. Tegur lah dia dulu kalau kamu peramah. Boleh je kot? 



4. Di malam hari isteri jiran kita keluar dari kereta lelaki lain yang bukan suaminya. Kita mengandaikan dia isteri yang jahat, tapi kita fikir tak mungkin itu abang, adik lelaki atau bapa saudaranya yang menghantar dia pulang dari klinik apabila suaminya tiada.


Banyak lagi contoh yang ingin saya beri tetapi ada sedikit persamaan dengan persekitaran saya, saya tak mau ada pula yang marah nanti sebab kebetulan tersebut...



Moga contoh yang sedikit ini buat kita semua membuka mata lebih luas, jangan selalu berburuk sangka. Tak semua benda yang kita lihat itu adalah seperti yang kita sangka. Tak bermakna seorang wanita seksi di luar rumah itu adalah kupu-kupu malam. Tak bermakna semua yang kita fikir itu betul semuanya. Tak elok berburuk sangka, jika ada apa-apa  baik bertanya dari membuat andaian yang bukan-bukan.





www.tips-fb.com

11 comments:

Emy Sharmimi Nadia said...Reply To This Comment

betul tu.. tak semua apa yang kita lihat tu betull..namun, semua org ada tanggapan pertama terhadap other people sbb kite tak kenal diorg.. tanggapan pertama tu tak kiralah jht atau baik tp mesti ada tanggapan pertama kalau jmp dgn sesiapa yg kite blom kenal.. wah, hopefully jd yg first like ur entry n first komen .. haha.. nty singgah le blog emy..

laskar pelangi said...Reply To This Comment

kita xleh nilai orang dari segi kaca mata kita jer kan...=)

Jo Qusary said...Reply To This Comment

Jgn mengadili buku dr kulitnya... hehehe

Ieja said...Reply To This Comment

fikir sebelum cakap..jangan main terjah je kan..hehe

eiela said...Reply To This Comment

betul-betul, kadang-kadang apa yang kita tengok tak sama dengan apa yang kita sangka.

diana said...Reply To This Comment

bersangka baik lebih elok dan tak payah pening2 kepala ..kan??

Izan Ishak said...Reply To This Comment

setuju sangat LM... dlm apa juga perkara...BERBAIK SANGKA adalah yang terbaik.

iza said...Reply To This Comment

Assalam...
Kesimpulannya...(eh..pandai2 je nak buat kesimpulan..)
Senyum..tak perlu kata apa2...

Nini Hartini said...Reply To This Comment

betul semua tu sis LM....tp tini sendiri x dpt nk elak utk berandaian mcm tu. kadang2 terkeluar gak fikiran yg mcm tu cuma fikir dgn diri sendiri je lah. xde lah sampai nk ckp kt org lain kan.. bila terdetik, cepat2 istighfar dan think +ve..

saffiya_aleesya @ echa said...Reply To This Comment

betul tu..apa yg kita lihat tak sama apa yg kita sangka..tp manusia ni suka buruk sangka sebelum tau kebenaran sesuatu perkara

najihah sahami said...Reply To This Comment

lagi satu contoh..bila mish kuar ngn lelaki lain..ad org cakap mish player..padahal dia tak tau..mungkin tu kawan, sepupu atau mungkin mish dh single. hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...