Saturday, December 3, 2011

Takdir Fitrah Terindah- Hanis Azla



Assalamualaikum....


Sekarang ni musim membaca novel kot? Ramai rakan wanita saya semua sebut judul novel terbaru. Saya juga sedang mengumpul koleksi yang tak dapat saya perolehi masa pulang bercuti dulu. Sangat sedih bila usaha mendapatkan novel Takdir Fitrah Terindah dari blogger terkenal Hanis Azla tak menjadi milik saya apabila usaha mencari menemui jalan buntu.


Alhamdulillah, blogger terkenal ini memang peramah dan langsung tak sombong orangnya. Dia email saya dan bersedia membuat penghantaran buatku dan memberi harga istimewa dan lebih teruja kos pos dia  yang membayarnya dengan ikhlas. Mungkin esok lusa novelnya sampai ke rumah bonda dan dalam beberapa minggu ia akan berada dalam tangan saya.



Novel telah berada dipasaran, jangan berlengah lagi untuk mencari di kedai buku terdekat. Kak aya, siti suhaili..kak ayu..dan ramai lagi kalau nak disebutkan pasti tak akan menyesal apabila memiliki hasil sentuhan jari akak chantik Hanis Azla


Walaupun blogger hebat dan sekarang telah ada novel pula, tapi akak cantik ni sangat mesra dan baik budi. Jangan terkejut jika blog anda selalu menerima komen dari beliau, kerana dia sangat menghargai pengunjung blognya. Dia rajin berblog walking dari satu blog ke satu blog. Paling tersentuh bila beberapa kali dia mengucapkan maaf tak dapat singgah ke blog saya kerana ada masalah menggunakan internet di opis katanya.



Buat sis Hanis Azla....doaku moga terus berjaya. Novel terbaru dalam proses ke? hehe...jangan malu nak minta kami promosikan novel sis. Saya buat tanpa permintaan bermakna saya sangat menyokong usaha anda. Teruskan berkarya, kerana nama anda sentiasa menjadi sebutan di kalangan blogger hebat. Apabila blog maju novel pun pasti laris. 


Saya sentisa mengimpikan punyai entri seperti Hanis Azla...susunan ayat yang indah dan baik sekali. Entah bila lah saya nak punyai entri sebaik Hanis Azla? entri yang panjang, teratur, padat dan amat kemas.



www.tips-fb.com

6 comments:

qasehraihan said...Reply To This Comment

jommmm...serbu kedaiii..
cari novelll..hehe

ieda said...Reply To This Comment

aaah dia punn ada singgah kembali umah akak ..

memang peramah blogger nie :)

~Z.U.R.A~ said...Reply To This Comment

kak hanis memang baik sangat.....

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hehehe, mesti x sabo suh bonda poskan ke Doha ye... :D

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

kak fea @ haniz azla...sgt chanteks!

Hanis Azla said...Reply To This Comment

salam LM.. terharunya dengan entry ni.. terima kasih banyak yer.. akak hargai sangat sokongan yg Lm berikan.. aduhai.. pujian2 tu buat akak malu.. sebenarnya mempunyai teman2 yg baik budi mcm LM dan teman2 lain membuatkan akak terikut cara yg baik itu.. Alhamdulillah, kawan2 yg baik jd contoh yg baik utk menjadi ikutan akak pula.. million thanks utk LM.. terima kasih atas persahabatan ini.. semoga TFT kena dgn jiwa LM nnt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...