Wednesday, December 28, 2011

Tidur Malam




Assalamualaikum....


Cuti sekolah semakin sampai ke garisan penamat. Lepas ni tiada istilah nak sambung tidur lepas hubby pergi kerja kerana perlu siapkan mereka berdua tu untuk ke sekolah pula. Perlu fikir bekalan makanan dan sarapan anak-anak juga.



Saya rasa saya amat menikmati keindahan cuti sekolah kerana dapat mencuri masa merehatkan diri di awal pagi. Bukan selalu dapat peluang sebegini. Memandangkan sepanjang malam adik syafiq memang asik menyusu, saya tidur-tidur ayam dan mata pun dah cengkung, muka cengkuk...semua cengkung. Encik suami kata saya makin kurus.Ye, merana tak tidur malam...huhu.




Teringat zaman aqilah kecil dulu, masa tu dia 6 bulan masa kami sampai ke Qatar ni. Sepanjang malam dia menyusu mungkin sebab kesejukan macam syafiq. Akibatnya dalam masa 3 bulan berat badan saya menyusut 11 kg kerana kurang tidur malam. Betapa saya menderita akibat tak dapat tidur malam kan?




Bonda selalu kata, saya ni biar perut lapar jangan tidur kurang. Kalau kurang tidur saya akan bertukar menjadi zombi. Rambut dah macam pontianak pun ada kadang kala....Bila adik syafiq takmo tidur biasanya saya akan berbual, bergurau senda dan kadang kala menyanyi untuk syafiq. Mendodoikan dengan zikirullah, asma ulhusna dan apa saja yang mampu saya buat untuk melayan mata bulat si kecik sorang ni. Mata saya? pastilah sepet macam nyonya jual sayur tu....huhu.




Indahnya menjadi ibu, walau letih dan mengantuk hati tetap berbunga bahagia. ALhamdulillah Allah mendengar rintihan doa saya. Saya masih mampu bangun menyediakan bekalan suami walau kadang kala ada juga tak tersedia kalau terlewat. Saya juga masih mampu turun menghantar suami ke muka pintu sebelum dia keluar bekerja walau tidak menyarungkan stokinnya. Moga saya sentiasa sihat bagi menguruskan kehidupan keluarga saya di sini, amin

www.tips-fb.com

11 comments:

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

Ya Allah, kak berikanlah kesejahteraan y baik2 buat adikku lydia miza..

dik, kalau adik syafiq dah tidur, waktu siang, ambil waktu uruskan diri kamu..
spa dibilik air sendiri atau kamu amalkan minum susu..
mana tahu, kamu mampu cergaskan diri dan mana tahu, waktu tengahari selepas memasak lauk kamu boleh tertidur lena..

cuba ya dik,
kak doakan y baik2 buat kamu.
muahhhhhh

Tina Othman said...Reply To This Comment

amin, insyaallah, mulia nya kan tugas seorang ibu ni, moga ALLAH bagi kekuatan & tenaga untuk menguruskan anak2 & rumahtangga ye =)

azwa amani said...Reply To This Comment

tapi mesti seronokkan kak.. itulah namanya pengorbanan, moga2 bila anak2 dah besar, dorg boleh hargai apa yg ibu dah buat masa kecil2.. :) itu semua saham akhrat tu kak...semoga akak diberikan kekuatan fizikal dan rohani dalam kehidupan.. semoga thabat di jalanNya.. aminnn.....

:)

YNA HERMOSA said...Reply To This Comment

kasih syg ibu mmg tiada tolok bandingannya :)

bersama kak Es said...Reply To This Comment

memang mencabar masa anak masih kecil. tak hairan la syurga tu bawah telapak kaki si ibu...
sabar banyak2 ye dik..pasni turn akak lak huhuhu..
tp semua tu ada ganjaran... moga dirimu tenang sokmo walau dalam seribu kepayahan :)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

indahnye hidup seorang ibu ni... :)

Ujie said...Reply To This Comment

begitulah kasihnya ibu..
sanggup berkorban diri.

smoga LM diberi kesihatan sntiasa.

Peri PiA said...Reply To This Comment

Alhamdulillah,LM mampu lakukan ;)

PENGORBANAN yg indah

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

owh kurang tidur akk boleh susut 11kg?wahhh bahaya tu.akk tido jugak.jgn bg baby tido siang.maybe mlm dye boleh tido.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

apa2 pun LM dah lakukan terbaik buat anak2 n suami.. moga Allah sentiasa mendengar rintihan hatimu dan dipelihara kesihatanmu...

~ yus ~ said...Reply To This Comment

aminnn....

moga kita sama2 sihat untuk menguruskan rumahtangga kita ya lydia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...