Monday, January 30, 2012

Aqilah-Minat Purple Pula?



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Anak dara saya Aqilah dah 3 tahun lebih pun. Dah makin besar dan mula suka melaram. Dulu saya bawa datang qatar baru 6 bulan, kecik je..hehe. Tak sangka dah bijak dan keletah dah sekarang. Sangat suka berceloteh macam umminya. Tapi dia tak peramah dengan orang tak biasa. Memang susah dia nak berborak dengan orang yang dia tak kenal atau tak biasa.



Saya perasan sekarang ni dia dah mula suka purple. Sikit-sikit dia beli warna purple. Uik, ummi bagi pakai pink dari kecik dia hentam pilih purple sekarang ek? Kuasa memilih saya dah beri padanya. Kalau pilih warna kat buku atau kartun dia suka oren sekarang ni..hehe.





Sekarang dah pakai spek mata purple..keh keh keh. Layan kan saja apa dia suka, janji dia gembira. Kita kecik-kecik dulu nak juga kuasa memilih kan? Setakat warna ummi tak kisah. Lagi pun Qila baru mengenal warna. Tu yang dia seronok duk sebut purple, purple..



Dia pelat macam saya kecik-kecik dulu. Tapi saya suka sikap dia yang tak takut orang. Dia tak takut orang cuba borak-borak dengan dia masa kat masjidil haram tempoh hari. Kalau saya dulu, pasti saya nyorok belakang mak kalau ada orang asing cuba dekati saya..nak-nak arab kan besar.



Sebut pasal arab besar, terkenang saat nak mencium hajar aswad. Oleh kerana mereka besar saya ambil peluang berebut dengan mereka. Hubby pesan ikut je kelompok mereka, pasti kita akan tertolak ke depan bila mereka berpusu-pusu. Saya memang cuba mencelah dalam kelompok mereka dan saya cuma paras ketiak mereka je. Adoii, terasa kecik pula diri duduk dengan bonda arab dan kaka arab ni. Tapi mereka tak sakiti saya walau mereka berebut-rebut. Syukurlah..







www.tips-fb.com

14 comments:

najihah sahami said...Reply To This Comment

ecece..leh jadik geng la kita aqilah saymmm...comey~hhee

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

purple...menarik jugak utk budak2....nampak sweet...

eh eh ummi pun pelat ek..sama la kita...

ummi paras ke parah nie...kakakecik dah konpius...paras ketiak erk..

diana said...Reply To This Comment

purple dan pink..warna adik beradik tu...sama lembut dengan pink tapi purple itu lembut dan tegas..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

dah pandai ye memilih...alo suka tngk budak2 dok begaya mcm ni...

farah pun tak lama lg la tu...

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

@najihah sahami geng kak mish? hahaha :P

zai kecik2 igtkan purple tu samadengan pink =="

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Dah hilang penat ke ummi Kita ni... Hehehehe

zalin onceitalk said...Reply To This Comment

waa..dah pandai melaram..kirim salam kat adik qila ye kak..hehe..

Lelord said...Reply To This Comment

hehehhe najlaa masih setia dengan pink

Puan Besar Shag Yahaya said...Reply To This Comment

Yay. Boleh satu geng dengan Shag sekali. Kan Mish sayam, Aqilah Sayam :Pp

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

comel la aqilah!

ummi_khalish said...Reply To This Comment

alah cutenyer............

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

wah comei siaqilah.nampak muka pun dah tau dia berani.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

ehem...welcome to da club Qila..
meh duk rapat2 ngn akak..
ummi club lain..hikhik

intan_blur said...Reply To This Comment

adoiii adik manis..cantik nye kamu bkaca mata..aunt pinjam blh..aunt suke pepel ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...