Friday, January 13, 2012

Ayam Goreng Berempah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam saya dah tak tau nak masak menu apa untuk keluarga. Jemu dengan lauk biasa. Hari dah makin lewat hampir jam 1 tapi masih tak masak lagi. Akhirnya saya tanya BFF saya nak masak apa. Ala, best friend saya ni bagi tau je lauk apa dalam peti sejuk dia boleh jadi PA tak bertauliah cadangkan nak masak apa..hehe.



Dia suruh saya masak ayam masak kicap tapi ayam tu goreng berempah dulu. Saya tak tau nak masak ayam berempah kata saya. Maka dia sebut bahan nak letak dalam ayam goreng tu. Saya derhakakan sikit resipe beliau dan akhirnya tak jadi ayam kicap pun sebab anak dah layam meratah ayam goreng berempah saya tu.




Ayam goreng berempah versi LM...hahaha


Mudah saja resipenya sampai anak saya cari kuah, dia ingat tu ayam percik..hehehe. Jom semak resepi.


ayam secukupnya
ketumbar sesudu besar
jintan manis sesudu besar
jintan putih sesudu besar
sos tiram sesudu besar
garam secukup rasa-saya tak letak sebab sos tiram dah masin
kicap manis sesudu kecil
minyak untuk menggoreng
sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia dikisar bersama sesudu kecil lada hitam.

Cara:
Campur semua bahan ini, perap dan goreng. Goreng hingga garing. Rupanya memang sedikit hitam kerana kita masukkan sos tiram dan kicap manis. Saya tak sempat perap semalam sebab dah lewat sangat, perut pun dah lapar sangat masa tu. 



Saya hidangkan bersama kari ayam bercampur terung dan carrot saja. Maaf kari lupa nak snap gambar, hehehe. Kari mudah saja saya hidangkan semalam.



Resipe mudah dan ringkas, selamat mencuba....


www.tips-fb.com

18 comments:

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

wahhh nyum3 kak lm..terliur tengok ayam tuh..terbaik la

missSenget said...Reply To This Comment

suka ayam goreng mcm ni..

kaler hitam2..rasa seksi + mnyelerakan..

hehehe..

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

ok fine.sedap.walau versi sendiri nampak menyelerakan.

Kalamhati said...Reply To This Comment

cedapnyeee..=)

Blog Sensasi said...Reply To This Comment

wow ayam goreng...sedap kalau anak aku langsai semua tu

laskar pelangi said...Reply To This Comment

wuwuwuw...serius nak try buat blk rmah nanti:))

thanks akak~~

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Jintan2 tu yg serbuk ek dear? :)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Ni email akak private_assistant@no-x.org

Tks ye :)

ieda said...Reply To This Comment

ok ape dikk
jadi jugakkk !
janji sedap dikkk .. menarik je tgk nie

ps ; ngapeeee lameee LM x singgah umah .. sebukkk yeee ;)

EnciK AxixOu said...Reply To This Comment

lps tgk neh terase lapo plk

cik panadol said...Reply To This Comment

sonang yo buek eh hahaha...
boleh try weken ni... :)

Melor said...Reply To This Comment

emmmm nampak sedap

azwa amani said...Reply To This Comment

besok lunch nak cube resepi akak

miya said...Reply To This Comment

semalam pun buat resepi lebih kurang macam ni. hehe..

miya said...Reply To This Comment

semalam pun buat resepi lebih kurang macam ni. hehe..

eiela said...Reply To This Comment

saya pun suka jugak ayam berempah nih.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

nyum2..sedapnye kalau dpt mkn smbil tgk boboiboy ngan qila..hikhik

nora said...Reply To This Comment

kalau makan dengan nasi ayam atau nasi goreng pun sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...