Monday, January 16, 2012

Bawah Lengan


Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua.


Dah makan?angkat tangan saper belum makan. Ops, hati-hati, risau ternampak sesuatu di bawah lengan korang. Isu bawah lengan ni ramai blogger lelaki dah buat. Blogger wanita malu-malu kucing nak buat kot? saya baca pun malu, nak komen pun malu..huhu



Cuba jenguk bawah lengan tu, bersih tak? ada juraian tak? adehh maaf bagi yang sedang menyuap nasi, menyudu megi atau meneguk kopi. Saya sejak zaman sekolah lagi dah peka bab ni. Teringat dulu zaman sekolah seorang sahabat datang ke sekolah hari sabtu berlengan pendek dan bila terselak kami nampak juraian kerinting di bawah lengannya. Nak tegur? owh tidak, jangan buat pasal. Tak pasal-pasal dia tarik muka masam. Maka saya diamkan saja.



Mungkin ada yang jenis 'seksi' dengan menyimpan khazanah di bawah lengan. Tidak buat saya, huhu. Tapi agak memalukan bila kawan lelaki juga nampak dan bergurau dengan kami siap sebut perkara tu. Rasa nak tepuk je mulut celupar sibudak sorangf ni.



Harap-harap sekarang ni ramai ambil peduli bab bawah lengan tu. Kalau encik suami memang suka bawah lengan korang berjurai tu terpulanglah kot? Tapi punca badan berbau kadang kala bersangkut paut dengan 'juraian' itu. Pakai seksi lepas tu bawah lengan berjurai, out terus...huhu.



Demi kebersihan diri pastikan bawah lengan tu bersih dari sebarang bulu dan pastikan amalkan petua untuk mencerahkan bawah lengan. Ketiak cantik bukan untuk ditayang, tapi untuk diri sendiri juga kan?



Maaf entri ni agak keterlaluan, tiba-tiba terkenang zaman sekolah, terus nak buat entri ni.hehehe. Nak putihkan bawah lengan jangan lupa lumurkan limau nipis bercampur kapur makan, gosok semasa mandi. Hasilnya bawah lengan putih dan bulu ketiak pun lambat nak tumbuh. 



Bila dah bersih dan rapi, rajinlah kawan-kawan dan anak-anak duduk bawah ketiak kamu!hehehe.



www.tips-fb.com

12 comments:

anamizu kaito said...Reply To This Comment

"bulu tiak" ea umi???? hehe
eeee tak sukewwwww =P






luv,
ana

Woofer Storm said...Reply To This Comment

tergelak baca entry ni ummi..

#malu nak komen kot..haha

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

errrr, ni entry utk laki ka pompuan? -,- bulu tiak~ kah3 :P

sarah mohamad said...Reply To This Comment

HEHEHE Sape yg ada juruaian bulu ketiak tu, sah sah memang tak jaga kebersihan diri. HEHEHE

missSenget said...Reply To This Comment

baca tgh2, smgt nak tau cmne nk cerahkan..

rupanya ada sis bagtau kt hujung..


hew..hew..hew..


*segan*

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

erkk?? malu nak komen...
tapi xsume orang amik berat pasal ni kan kak...hurmm...

Lina said...Reply To This Comment

tp camne yer sesetengah org tu (esp wanita) dah tau bawah lengannya ada juraian tp still pakai baju xde lengan ouwwwww!!!

[n a j e e b] said...Reply To This Comment

..pernah nampak ada amoi salesgirl jual asam kat JJ pakai lengan sendat, tiba2 ada 'something2' berjurai2an di celah2 keti itu... hahahahaha! terus fobia nak makan asam2..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

aduh... izan paling tak suka bila tertengok juraian tu. terus rasa geli tekak!

ada pulak yg simpan bulu tiak tu sampai boleh ditocang... tak rimas eh?

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak pon geli la tgk, apa tah perasaan org yg simpan pjg2 tu ye...heheheh

Shopping Online Barang dari Germany said...Reply To This Comment

kalu dah berjurai memg la bau..skrg mudah..untuk yg malas nak cabut satu2 bulu ketiak boleh guna epilator..kesan penggunaan epilator secara konsisten, bau ketiak hilang dan bulu pon segan dah nk tumbuh lbat2..Hidup indah dgn ketiak licin..kih3

Shopping Online Barang dari Germany said...Reply To This Comment

kalu dah berjurai memg la bau..skrg mudah..untuk yg malas nak cabut satu2 bulu ketiak boleh guna epilator..kesan penggunaan epilator secara konsisten, bau ketiak hilang dan bulu pon segan dah nk tumbuh lbat2..Hidup indah dgn ketiak licin..kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...