Tuesday, January 31, 2012

Bila Si Kecil Bangun Awal



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pagi ni saya terlewat bangun, aduh...bukan saya seorang tapi suami juga. Pukul 5.30 baru sedar dari tidur, 10 minit sebelum bas dia bergerak pergi. Macam lipas kudung pagi tadi. Mujur pakaian dia saya dah gantung seluar kecik dan singlet dia sekali. Maka mudah dia sarung terus tanpa perlu mencari-cari.


Bila kelam kabut saya lebih panik bila adik syafiq bangun juga. Anak yang dua tu seorang mandi di atas dan seorang mandi bilik air bawah. Saya menggigil goreng donut untuk bekalan mereka. Maisarah terkedek-kedek macam itik pulang petang.



Adik syafiq saya dukung sambil menggoreng donut. Bila mood dia baik baru saya letak dia di bawah. Huhu..sangat bahaya bermain minyak bersama baby. Goreng 10 keping saja sebab nak cepat. Maisarah tak sarapan, leka bersiap macam siput sedut akhirnya saya terlupa nak suruh dia ngap donut dia. Sungguh kesal hati saya bila driver dah jalan baru saya nampak bahagian dia tu dia tak makan.



Pelik betul...dia pun tak ingat nak bersarapan ke? adoii budak sorang ni suka bagi mood ummi kurang enak. Harap dia tak lapar sampai dia buka bekalan dia nanti pukul 9 pagi. Bila syafiq sedar awal, saya akan kelam kabut. Nak siapkan bekalan budak berdua tu, nak itu dan ini. Syafiq memang akan merengek minta dukung bila dia sedar 5.30 pagi tu...radsa nak gigit je hidung bulat dia tu...hihihi.


Paling 'membulatkan mata' LM, hari ni rupanya ada majlis perpisahan jiran saya. Huwaaaaa...hari ni baru berita di sampaikan. Mujur kak fara teringat nak bagi tau saya. Sedih kan? saya tak tau nak bawa juadah apa. Dengan syafiq lagi, dengan nak pikir kuih apa nak buat last minute. Langsung takda idea. Gi beli? hahah...malas nak gi kedai dengan 2 anak ni. 


www.tips-fb.com

16 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tak terbayang kakak dik busynya pagi tadi. Baby Syafiq mungkin tersedar bila semuanya kecoh sebab lewat bangun...

Tapi kalau dah tak sempat beli ajelah dik utk gathering tu...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmmm..xsedap plak g tngan kosong kan kak...
try la cri menu yg simple & cepat..
bwk bihun goreng ke..xpon donut yg tak abis goreng lg tu.. :)

Hanis Azla said...Reply To This Comment

klu dah lambat mmg serba serbi kalut jadinya kan lydzar.. klau sempat buat, buatlah juadah.. klu rajin keluar pergilah beli.. klu tidak datang saja pun tak apa.. org lain tentunya faham..

Ujie said...Reply To This Comment

kecoh la pg tadi ya LM.
tapi sempat jugak menggoreng donut kan..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

memang kalutkan kalau sikecik ni pun nak kedapur....

Izan Ishak said...Reply To This Comment

last minit nak pegi majlis mesti pening nak bawa apa kan miza.

intan_blur said...Reply To This Comment

intan pun..tiap2 pagi kelam kabut..
dpt pulak ank yg liat bangun..

missSenget said...Reply To This Comment

aduh...

terbayang suasana kelam kabut tu..hihihi..

bujal X said...Reply To This Comment

kemain bizi~~he~~saya belum sampai masa lagi nak sibuk camtu~~anak kecik lagi~~

siMpLY nana said...Reply To This Comment

Kira supermom la awk nie.kita br 2 pun dh terkial2.mcmana nk 3,4..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Alahaiiiii... Gewam nye tgk budak molatss tu, berliur2.... Heheheeh

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

sepet nya mata syafiq.comels je.hehehe.akk jgn cemas2.mst ok/

Belalang hijau Perisik said...Reply To This Comment

besar2 tu mmg penin kepala sket nak layan kan... huhuhu

Halimatun Sa'adiah said...Reply To This Comment

hahahaa..gelagat kekalutan di pg hari..huhuuu...geram tgk adek syafiq!

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

comelnya kak.

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

LM berlakon jadi lipas kudong kejap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...