Saturday, January 21, 2012

Botol Susu



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nak cerita sikit pasal botol susu anak. Ramai antara kita yang tak prihatin tentang botol susu anak. Ada yang pakai botol sampai bertahun. Sampai berkarah, berdaki dan tengok pun tak menyelerakan. Puting berdaki pun masih digunakan. Kalau pakai puting mahal pun takkan sampai jimat tak mau tukar puting susu anak, kesian kotor dan bakteria membiak pada puting tu. Bila anak sakit mula gelabah. Kadang kala pakai puting murah 2-3 ringgit je. Itu pun malas nak tukar. Jimat ke tak prihatin?
Anak ni bukan milik kita. Itu amanah dari Allah. Jagalah sebaiknya. Jangan abaikan kebersihan dan kepentingan anak. Saya tengok ramai yang tak prihatin. Pakaian mahal boleh beli untuk anak kenapa tau sudi nak jaga kebersihan botol anak? Kadang kala mana yang pakai jenis botol straw tu pun sampai berdaki hitam-hitam di bahagian straw tu. 




Ramai juga bawa botol susu anak ke hulu hilir tapi tak bertutup. Terdedah saja puting susu. Kadang kala habuk melekat pun kita tak sedar. Saya pun kadang-kadang cuai lupa penutup botol entah ke mana saya campak. Bila nak jalan mula gelabah. Saya mengingatkan untuk diri saya juga bila menaip entri.




Kesian si anak....wahai wanita, tak perlu doktor ajar untuk benda ni semua. Tak perlu cikgu ajar untuk jadi prihatin. Dengan kasih sayang kamu akan rasa terpanggil untuk beri yang terbaik buat anak-anak kita.
www.tips-fb.com

7 comments:

Mooniqueen said...Reply To This Comment

Hai..betul tu...saya bab botol n putting botol tu mmg jage betul...gelilah tgk kotor2 dekat puting tu... Cube kite yg minum n tgk keadn botol tu,kite lalu tak nak minum?budak bukan tau ape..

Lelord said...Reply To This Comment

yup tepat yangg..mama penah nampak ms kat klinik botol naby kemain berdaki..mmg nak termuntah. sambil mengomen ni terbayang lak botol susu tu....aduhhh bergelora perut tetiba

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

botol susu & puting lala cuma buat koleksi.. dia x nk menyusu dr botol. rasa je puting dia nk muntah. So, teruskan menyusu dr badan. cuma kdg2 kt luar tu nk menyusu tmpt ramai org segan la. mesti lari ke kereta kalau lala nk minum susu. Atau sblm jenjalan susukan siap2 dlm kereta.. tp set time btl2 la.. lebih2 lg kalau nk bershopping.tak blh lbh dr 3 jam..

Hashira Yusoff said...Reply To This Comment

Tips berguna. Puting botol susu knak2 getah yg jnis senang mlekap abu debu etc.. sbb tu la gunanya pnutup dia kn. :)

NEW!-->Lovely Tips For Wearing Eyeliner ;)

asidroofy said...Reply To This Comment

aah dik
kdg2 tuu x perasan kelemahan kalau botol susu nie terdedah
hurmm masa kecik memang jaga sangat .. bila anak dah berusia 4-6 tahun nie kurang lah kan ;)

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

ohooo... info yg berguna bila zai dah kawen ada anak nnti..hik3

Syukri Kamaruddin said...Reply To This Comment

kalau baby tu bley bckp, mesti dia komplain awal2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...