Thursday, January 12, 2012

Cincin Berbatu



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya suka pakai cincin berbatu. Dari sebelum kawen pun saya dah ada cincin berbatu. Tapi rupanya cincin berbatu ni tak boleh pakai lama dan banyak keburukannya. Bila dah ada baby saya kena simpan cincin tu sebab risau baby tercalar kena batu tu. Kalau pakai baju lembut sikit macam sutera mudah tercarik batu cincin tu...huhu


Saya ni lasak. Risau terkena mata anak batu cincin saya. Pernah kawan saya nak pukul manja anak dia terkena batu cincin pada tepi mata si anak. Aduh, merbahaya kan? 



Sejak beranak satu saya dah berhenti beli cincin berbatu yang timbul. Tapi teringin juga nak yang berbatu yang tak timbul. Belum mampu beli pun. Suami lebih suka belikan rantai sebab rantai, saya pun suka pakai rantai sebab rantai terselindung dalam tudung takda orang nampak. Itu lebih baik kan?


Pakai cincin ni susahnya bila nak berwuduk perlu buka, kalau di tandas awam perlu jaga jangan sampai tercicir masuk tandas ke, atau tergolek hilang kan susah. Saya cuma pakai cincin risik belah rotan saja sekarang. Korang suka pakai cincin? cincin bagaimana pilihan korang? Saya suka tengok cincin mak arab. Besar sungguh cincin mereka. Cantik pula tu. Tengok sajalah kot, nak beli tak mampu nak pakai, takut banyak buruk dari baiknya. Harap jika syurga adalah tempatku dapatlah saya memakai cincin cantik di sana nanti..amin.


www.tips-fb.com

13 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

tak pakai jugak cincin LM..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak pon rimas, kalau dok umah x pakai pon, kalau jln pakai cincin kawin je...hehehehe

Woofer Storm said...Reply To This Comment

baik lagi kot pakai rantai,orang pun tak nampak..

#bahaya ummi,takut kena ragut..hati2 ye..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

dah lama tak pakai cincin. cincin masa kawen tersimpan aje. dah tua2 ni rasa rimas ada benda2 kat jari.

Peri PiA said...Reply To This Comment

btl tu,ganas mcm pia x sesuai pakai cincin batu hihi

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

selamt pakai rantai kan LM..jom beli rantai mas, dah naik harga sket...

diana said...Reply To This Comment

saya tak suka pakai apa2...
cincin,rantai,rantai tangan,gelang..
sebab saya orang yang cuai..
barang kemas yang suami beli masa nak kawen semuanya masih berkilat
di dalam laci..ehehe..
tapi kalau nak ke majlis saya pakai la.pakai cincin dan rantai tangan saja.yang lain tak pakai.terutamanya rantai..geli.heheh..

Psstt!!tapi saya cukup suka beli barang emas..ekekek.perempuan.!

~ yus ~ said...Reply To This Comment

betul-betul, pakai cincin kena beringat selalu, takut terlupa lebih2 lagi kalau solat di masjid atau surau di mana2. Ambil air sembahyang ada masa terlupa kan..

Saya dari dulu ada satu je cincin berbatu, satu lagi belah rotan, dan saya mmg tak suka sangat pakai cincin,pakai pun satu je.

intan_blur said...Reply To This Comment

morning..samala ngan intan
smenjak ade ank ni dah jarang pakai cincin..so kosong jela dijari tuhh..
klu dah kosong..hari2 kene ngorat..auwwwwww..ahhahahahahahhahah ;)

Jo Qusary said...Reply To This Comment

suka pakai cincin yg org lain tak berani pakai... hehe

najihah sahami said...Reply To This Comment

mish suka pakai cincin. tp satu je la. kalau emas tu mish xsuka. so, kalau hilang tu xde la merana sangat.

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm..tunggu la cik abang beli cincin bertatah berlian sebijik tu..
t bru la decide suka pakai ke tak..haha..berangan tul..

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

suke cincin belah rotn

tp lau kawen nk le berbatu skit..cm ladies je kn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...