Wednesday, January 18, 2012

Ditinggal Isteri



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Saya ingin kongsi kisah yang saya dengar di radio tempoh hari. Menarik dan tertarik kisahnya untuk saya dengar. Seorang suami kata isterinya meninggalkannya akibat tak memahami dirinya dan situasi. Kesian kan? Itu luahan hatinya, dari sisi dirinya. Mereka dah perpisah dan bercerai.



Tapi, bila ditanya, adakah dia dah ada pengganti, dia kata sudah. Mudahnya terubat luka. Tempoh perpisahan yang amat baru, kalau wanita bersalin pun belum 100 hai berpantang. Apa yang saya terfikir-fikir sampai sekarang adalah...


1.kalau wanita ada pakwe baru lepas bercerai tak sampai 100 hari pasti orang tuduh janda gatal kan?


2. kalau wanita macam tu pasti orang kata, owh...patutlah bercerai, itulah pakwe baru dia rupanya. kekasih gelapnya kot?


3. Kalau wanita nak kawen lain pun takut sebab nanti dicerca. Semua tak boleh kan?



Jodoh pertemuan tu pada Allah, walau seminggu, sehari atau sejam lepas berpisah lelaki boleh saja kawen lagi. Wanita kena tunggu abis edah la kan. Tapi pandangan masyarakat kenapa selalu menghukum wanita? Adil ke kita? Cuma...kadang-kala wanita berstatus ibu tunggal perlulah kuat dan tabah menjaga maruah diri. Aurat kena jaga, pakaian kena jaga. Batas pergaulan perlu jaga. Ramai para isteri termasuk saya risau kalau suami baik dengan janda kan? hahaha. 




p/s:ini entri pandangan saya ye..tak setuju jangan bom saya. saya cerita apa yang saya dengar..kalau dia tipu, maka tipulah saya dalam entri ni.tak setuju pergi tulis kat entri korang pula. masing2 punya pendapat dan pandangan berbeza.



www.tips-fb.com

13 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

mungkin sebab senangnye fitnah tu jatuh atas perempuan kan kak..
sebab tu jugakla perempuan ni paling senang nak masuk syurga tapi paling ramai dalam neraka..

lieynanilaz said...Reply To This Comment

lelaki mudah mencari pengganti....

intan_blur said...Reply To This Comment

setuju..;)
ibu tunggal nih..dia kene hati cekal..kuat semangt..lagi2 yg ade anak.. ;)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

setju LM.. sebab kalau lelaki kawen cepat selepas bercerai takpe plak.. kalau kita semuanya tak elokkan..

susah sebenarnya menjadi seorang wanita yg solehah...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

Btol tu
msykt pmpuan trutmenye y suke pndg serong kt kaum sdri

kcewa kn? Bkn nk skong

diana said...Reply To This Comment

lelaki apa gitu ye?/dah la bila bercerita dia memburukkan bekas isteri,pendengar kena bijak..kan??

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

perempuan fikir bnyk perkara..takut dicerca,takut dikatakan penyebab bercerai..fikir anak-anak..tapi lelaki? cepat je dorang cari pengganti..

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

nasib wanita kadang bagaikan

sudah jatuh ditimpa tangga
sudah bercerai dicerca pula
jika kawen semula dicemuh dihina
senyum sket dituduh menggoda

banyaknya dugaan untuk wanita
kesabaran jua menjadi benteng

JIJI YU said...Reply To This Comment

erm..smua ada hikmah dia kan

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hmmm, lumrah... Mmg kena cekal kaum wanita yg berstatus ibu tunggal, yg x tunggal pon dikata2, apatah lg yg tunggal....

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

Itu la kak.. selalunya yg buruk org lbh nampak pd perempuan.

Woofer Storm said...Reply To This Comment

salam ummi..

normal kehidupan..kadang2 hidup ini tidak adil bila manusia sudah mula menghukum..asal perempuan je mesti laju dicop buruk..cian ,sabar je la hati..hehee

Peri PiA said...Reply To This Comment

memang selalu dilabel sebegitu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...