Wednesday, January 11, 2012

Harta Saya



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tempoh hari bila dah petang saya baru dapat tahu suami sahabat saya masuk icu dah seminggu. Bila call bertanya khabar terus kami buat keputusan nak melawat malam tu juga ke hospital. Memang terlupa nak masuk ICU mana boleh bawa anak. Maka, anak-anak ni menunggu saja di luar.




Anak-anak saya ni bagi menunggu sejam pun takpe kot? mereka ni asik main, gelak, borak, snap gambar, gaduh kejap...main lagi,  ketawa dan ketawa. Saya pun tak boring menanti. Lama sungguh tak upload gambar budak dua orang ni kat blog pink phanter ni. 



Inilah antara 2 harta saya dari 4 yang ada. Harta yang akan kekal hingga nyawa saya terpisah dari badan. Moga mereka menjadi anak soleh dan solehah yang mampu mendoakan saya apabila saya mati kelak. Mati itu pasti, semuanya akan mati. Hidup hanya satu persinggahan. Semuanya pinjaman sementara, maka hargailah setiap apa yang Allah pinjamkan sebentar buat kita sebelum Dia mengambilnya kembali.


Maisarah 8 tahun 4 bulan
Azhad 6 tahun 5 bulan




www.tips-fb.com

20 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Selagi boleh dik tambah lagi zuriat. Untung lagi ramai anak yg dididik (moga jadi soleh/solehaha) kelak mereka inilah yg mendoakan kita....

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

antara bekal yang akan kita bawak...
doa dari anak2 yang soleh...
moga azhad dan maisara menjadi anak yang soleh dan solehah..amin...

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

semoga anak anak akak menjadi anak yang soleh dan solehah. amin ya rab. :)

gedek! said...Reply To This Comment

harta tyang tiada nilai ni...

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Salam LM....

Ni Ada article pasal eczema... http://melatiqistyna.blogspot.com/2011/12/ekzema-sukar-dikesan-puncanya-panduan.html

Anak akak lepas Dia xnak susu badan, akak bg susu lembu, baru start eczema tu, akak p cek doc, doc suh bagi soya base, akak bg Isomil, tp sejak tu, eczema Dia on Dan off, akak Ada penah buat blood test nak tgk Dia allergic kat apa, doc kata sume seafood Dia leh mkn, tp akak control la mkanan Dia, seafood akak jrg2 bagi, telor pon akak kurangkan, Ada org kata kalau eczema, jgn makan daging, xtau la.... Skang ni akak mmg dok ulang jumpa pakar kulit setiap 6 bulan skali... Mandi plak akak guna sabun oilatum yg khas tuk kulit sensitif, baju Dia basuh gn sabun yg yg jenis lembut, bkn sabun basuh yg biasa Kita gn, lepas tiap Kali mandi, mmg Dia akn pakai segala krim yg doc bagi... Kalau x mmg kulit Dia cepat kering, menggaru la jawabnya... Nak kena sentiasa lap peluh Dia, jgn bagi kering camtu je, baju plak yg selesa, longgar2 skit, kalau boleh cotton.... Akak rs tu je la yg akak ingat setakat ni, nanti kalau akak Ada g, akak gtau LM ye.... :)

* pjg plak...hheehehe

najihah sahami said...Reply To This Comment

waa..first time kot Mish tengok dua beradik ni. hee

diana said...Reply To This Comment

anak2 lm semua pipi bulat2..heheh

Peri PiA said...Reply To This Comment

sememangnya harta pinjaman Allah yg tak ternilai nikmatnya ;)

azian said...Reply To This Comment

akak...
harta sy ade 2 aje...mmg sikit tp biarlah yg sikit ni dr tak ade...diorang laa racun diorang laa penawar...tp sekarang ni dah rasa mcm jiran sy tu laa racun, jiran sy tu jugak laa penawar...adoyaiiiiii

jeles tgok maisarah dah besar...huhuhu

Leysa JL said...Reply To This Comment

bestnya ada anak..hopefully ur wish will come true..amin :)

deno said...Reply To This Comment

alhamdulillah... gembira betul lihat akak bahagia di samping anak2 dan suami akak... seronok kan ada anak...deno nak ada anak x boleh sbb pesakit sle biasanya peluang dpt ank tipis... itu apa yg doc beritahu, lebih2 lagi deno sakit sejak kecil...kenapa ya akak kadang2 deno rasa deno tak sempat... perasaan tu dtg dgn sendiri... deno pun hairan...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

erm takde harta lg

Lea Isnawi said...Reply To This Comment

saya masih belum berharta lagi

Izan Ishak said...Reply To This Comment

kakak maisarah sebaya abg muhaimin rupanya... dah besar anak2 kita kan miza...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

kalau citer pasal anak2 punya karenah tak habis2 kan LM??

~ yus ~ said...Reply To This Comment

baru nampak wajah anak2 LM...

kalau pembantu yang ini, mmg boleh di harap di dapur, tak mcm anak bongsu saya tu, tukang sepah aje..hehe

betul2, moga anak2 kita semua boleh menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Kitalah yang perlu membentuknya ke arah itu kan...

Rain said...Reply To This Comment

mereka yang menjadi ibu selalu berkata penat lelah, perit dengan dugaan hidup seperti tidak apa apa dibandingkan dengan anak-anak sebagai penyeri dan harta dalam kehidupan mereka..

jika terasa ketih, lelah ; lihat wajah mereka terus terasa hilang bebanan yang ada

Ujang9897 said...Reply To This Comment

bulan 2 ni bakal mendapat harta..=)

Woofer Storm said...Reply To This Comment

semoga anak ummi menjadi anak soleh,patuh pada mak ayah dia..tak lupa asal usulnya,kenal agama,kenal ilmu..semoga menjadikan islam sebagai landasan kehidupan..sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..semoga panjang umur hendaknya.amin..

#semoga sahabat itu cepat sembuh..

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

mana nak dapat reta ni? ahahahah :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...