Monday, January 2, 2012

Ibu Selalu Membakar Diri



Assalamualaikum....

Entri ini berbaur emosi, malah mungkin tiada terselit sedikit info atau manfaat pun buat pembaca. Sebenarnya saya memang dah sakit sangat kepala, banyak malam tak tidur lena, dengan baby asik menyusu dan batuk tak henti-henti dah cukup buat kepala saya sangat sakit. Bila bangun pagi nak urus semua yang bersepah hasil kreativiti anak-anak lagi, dengan pensel warna, kertas dan pensel...huhu. Nak buang kesian pula kertas umpama kad yang tertulis: SELAMAT HARI JADI AYAH , SAYA SAYANG AYAH dan macam pelbagai ayat hasil kerja maisarah dan azhad.


Saya onchat di facebook dan berbual dengan adik, dia mengadu kesiankan bonda. Aduhh terus kepala saya rasa nak pecah. Adik yang kemalangan cuma mahukan bonda saja yang teman tiap malam. Siang bonda teman, malam pun dia nak bonda teman. Kalau boleh kami nak bonda dan ayah bergilir. Takla bonda kepenatan. Adik yang ke tiga ni dah bising , dia kata kesian kat bonda. 




Saya tersepit, kalau saya sms adik yang sedang sakit tentu saja dia merajuk, orang sakit emosinya tak keruan kan? saya tak tau nak buat apa. Pasti bonda akan jatuh sakit jika siang terkejar-kejar ke sana dari rumah dan malam berjaga pula di sana tiap malam. Saya? pasti risaukan bonda. Saya tak mampu nak call bonda hari ni. Emosi saya juga kurang baik hari ni, risau ayat apa yang keluar tak rational dari pendengaran bonda nanti. Kata hati saya cuma mahu adik diteman ayah malam ni..sian lah bonda, saya takut bonda sakit nanti. Tapi tak terluah kata-kata itu.Saya doakan adik cepat sembuh. Moga bonda juga kuat hadapi semua ini. Farah dan nurul juga good luck untuk eam kamu minggu depan.




Buat awie, semua sayang kamu, moga cepat sembuh ye. Kaklong harap sangat kamu nak ayah yang teman malam ni kat wad. Sian bonda, nanti dia jatuh sakit lagi susah. Dah seminggu bonda mengadu sakit kepala dan sakit tengkok, ditambah pula dengan masalah ini, harap bonda cekal dan kuat. Kaklong tak terluah kesedihan ini. Dari jauh je kaklong berdoa agar semuanya cepat berlalu. Kaklong hanya boleh menagis dari jauh....jaga diri kalian semua..huhu
Love-kaklong ^__^

www.tips-fb.com

8 comments:

~ yus ~ said...Reply To This Comment

Sebagai kaklong Lydia pun kena kuat tau!

Seorang ibu pasti ingin buat yang terbaik untuk anaknya....mungkin ayah boleh slow talk dengan adik, tak kan dia mahu bonda pula yang sakit kan, lagi susah nanti. Pasti dia faham...

H.J said...Reply To This Comment

teruk sangat ke awie eksiden kak LM?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@~ yus ~tq yus..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@H.Jdia teruk kat bahagian tapak kaki.segala isi daging semua terlekuar katanya.operation hr tu utk masukkan semua daging yg terkeluar tu, dan masukkan besi

diana said...Reply To This Comment

entry ni buat saya nak menangis la lm..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hope adik akk cepat sembuh...
besarnye pengorbanan seorang ibu..

Woofer Storm said...Reply To This Comment

semoga keluarga ummi sihat2 hendaknya..

#hrp2 adik ummi cpt smbuh..amin3

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

akk sabar eh.akk jgn tension2 sgt oke.moga adik akk cepat sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...