Tuesday, January 10, 2012

Kata Maaf Tidak Dilayan


Ini kisah sahabat saya, sila baca hingga habis sebelum komen.Jika tidak, tak perlu komen.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni mengantuk dan lemau. Haish, teruk betul kan? entri pun lewat hari ni, blogwalking pun tak jauh. Cuma sempat sampai ke jengka je lawat azian. Hurm, baca kisah azian dengan cik T buat saya termenung. Sian azian, ada salah faham dengan cik T jiran dan juga pengasuh anaknya. Cuma minta maaf berkali-kali atas salah faham tu tapi tak dilayan malah bercakap sorang macam orang bodoh katanya.



Saya pernah sekali dalam  hidup ni hadapi perkara yang sama. Minta maaf berkali-kali tanpa orang peduli. Langsung tak berjawab. Takpelah, saya ikhlas memohon maaf, jika tak mau maafkan saya tak boleh buat apa-apa. Mungkin tindakan memutuskan ukhwah dan menghukum saya sebegitu adalah terbaik buat dia, saya pasrah. Saya tau dia lebih mulia dan warak berbanding saya.




Buat azian, saya tak tau nak kata apa, memang berat masalah dia sebenarnya kerana mereka berjiran. Jiran lain pun dah mula tarik muka dengan azian. Silap kecik tanya pasal anak makan atau tidak orang boleh anggap kes besar. Berkali mohon maaf pun tak diendah. Rendahnya maruah kita bila orang buat kita begitu kan? Moga saya, azian dan kita semua menjadi seorang yang pemaaf. Mungkin kita bangga sebab menghukum orang dengan tak memaafkan mereka kerana fikir kita lebih mulia, tapi muliakah kita di sisi Allah  nanti?
Sabar dan terus sabar buat azian. Akak doakan yan tabah hadapi ujian ni. Bagi pihak yan, akak rasa yan dah selesai, cuba menjernihkan keadaan, mohon maaf berkali-kali. Malah yan ajak ke majlis anak-anak dan cuba berdamai. Beri ruang dan peluang. Namun kalau dah tak tahan dengan jiran lain juga tarik muka mungkin keputusan yan nak pindah tu adalah terbaik akak rasa.


Ps: pemaaf ke kita?



 
www.tips-fb.com

14 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

buat saye memikir jauh...
pemaaf kah saye??

Peri PiA said...Reply To This Comment

faham perasaan itu

semoga dia dimaafkan

maafkan dan melupakan,sukar kan?

pia pon insaf,semoga diri ni jadi pemaaf

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

miza...
faham sangat apa yang diceritakan...memang orang kata senang je mintak maaf...tp maaf kita tidak diendahkan diam seribu bahasa memang agak mengecilkan hati kita yang memohon maaf kan...besar sangat ke salah yang kita buat sampaikan dia tak maafkan kita..siapa KITA...Nabi pun ampunkan umatNya...ini kan kita manusia biasa...

diana said...Reply To This Comment

AZIAN MANA YE??NAK BACA LA ENTRY DIA..

iza said...Reply To This Comment

Assalam..
Kalau tak maafkan orang, kita seperti terbeban satu benda berat dan begitu juga kalau tak minta maaf.

Kesian azian kalau dah sampai tahap dipulaukan jiran..Moga dia tabah hadapi semua tu..

~ yus ~ said...Reply To This Comment

sama macam diana. Azian mana ya? Nak juga baca cerita dia...

hmm...ada setengah perkara mungkin kita lambat memaafkan, tapi janganlah sampai membabitkan orang lain yang tiada kena mengena kan. kalau perselisihan faham itu antara kita dan dia, kenapa perlu jiran2 lain tahu masalah itu??? Siapa yang buka cerita? Memang tak patut macam tu, dan orang dah minta maaf berkali2 tapi kita berat memaafkan tu pun satu juga. Sedangkan Allah lagi maha pemaaf, kenapa bukan kita manusia hambanNya yang lemah kan Lydia...

Faiz said...Reply To This Comment

entahlah..
kadangkala bila kita yg bersalah atau mungkin bersalah dan masa tu mmg kata2 maaf yg sgt2 kita harapkan..kecil dan kerdil je rasa bila org taknak/belum maafkan kita..masa tu la tertanya2 'besar sangatkah salah aku?'..
tapi..
bila seseorg berbuat salah pada kita lagi2 yg mengguris hati, aduh..payahnya nak memaafkan..
lumrah manusia..harap kawan LM tak berputus asa..berdoa & sedekahkan alfatihah kepada jiran2nya..insyaallah..

Lina said...Reply To This Comment

yup baca jg kisah azian tu...bila ada perselisihan faham dgn jiran ni mmg buat kita serba salah...rs sedih jg bila dah minta maaf berkali2 tp tetap x dimaafkan...kak lina pun x taulah kak lina ni jenis pemaaf ke x tp yg pasti kak lina mmg cuba sehabis mungkin cuba elak dpd perselisihan faham

Lelord said...Reply To This Comment

hmmm mudah2an hubungan yan ngan cikT akan berakhir dengan baik

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

bila LM bertanya pemaaf ke kita?bg kakD dulu TIDAK...TAPI skg YA...

Cik Puan Bunga said...Reply To This Comment

Saya pernah mintak maaf tapi tak diendahkan. Orang itu bertudung labuh, saya sangka hatinya zuhud.

Lepas peristiwa tu saya jadi terpukul sangat. Saya tak lagi berdendam, memaafkan dengan seikhlasnya.

Tapi mmg rasa terhina, bila minta maaf, dilayan sampah.

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

Org yg memohon maaf akan kata 'besar sangat ke kesilapan aku nie?'...
Tp bg pihak lg satu akan kata 'sanggup dia buat mcm nie'..
Manusia bnyk peelnya...ada jenis tak kisah..ada jenis cepat terasa...pemaaf atau sebaliknya...cuma kita yg dpt menilai diri...

Wansteddy Tales said...Reply To This Comment

utk kes2 slh fhm gini, bg masa utk dorg bertenang dulu. org kalau dah marah, kita sogok emas sedulang pn pndg enteng je walaupun hati tu teringin benar nak amik :) yg pntg pihak kita, sabar bnyk2, doa moga2 hatinya dilembutkn utk maafkn kita semula :)

deno said...Reply To This Comment

pemaaf itu sifat yang mulia... tapi ada seetengah org sukar memaafkan... emm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...