Sunday, January 15, 2012

Kisah 20 Sen




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ingin saya kongsikan kisah 20 sen yang amat memberi kesan pada hidup saya hingga kini. Kisah ini bukan untuk membuka pekung di dada tapi sekadar mengimbas kembali kenangan lalu dan menjadi pegangan buat saya seumur hidup.


Kisah ini berlaku sewaktu saya berumur 10-11 tahun. Saya agak lupa umur saya waktu itu. Kehidupan waktu tu bukan mewah, cukup untuk kami makan dan pakai saja. Sesekali saja dapat makan sedap dan merasa makan di luar. Biasanya ayah bekalkan saya dalam 40 sen atau 60 sen sehari untuk belanja sekolah. Jika saya berbelanja lebih waktu sekolah sebelah pagi maka sebelah petang waktu sekolah agama saya takda bekalan wang saku lah jawabnya.



Biasanya mee 20 sen dan saya beli air 10 sen. Ada lebih 10 kalau jimat. Kadang-kadang dapat 60 sen maka boleh berbelanja di sekolah agama petangnya. Tak pernah pula merengek minta lagi pada bonda duit tambahan walau poket kosong waktu tu. Mungkin faham dengan kehidupan kami.


Suatu hari tekak sangat kering, dah beli makanan ringa  20 sen wang saku saya habis. Saya bertanya pada seorang kawan untuk meminjam duitnya 20 untuk saya beli air. Saya katakan esok saya bayar..dia cuma senyum dan menganguk. Malangnya esoknya saya demam dan tak bersekolah. Bila saya datang esoknya ke sekolah rakan lain sibuk berbisik-bisik. Saya kehairanan, rupanya mereka bercakap belakang kononnya saya tak mau bayar 20 sen hutang saya tu sebab tu semalam saya tak datang ke sekolah.




Sedih dan pilu terasa di hati. Saya pulangkan wang yang saya pinjam dan jelaskan semalam saya demam. Walau waktu tu saya baru berumur 10 tahun tapi saya serik meminjam. Biar teguk air paip di tandas saya rela dari meminjam. Serik dan sungguh serik. Sampai tua saya ingat peristiwa tu. Kerana 20 nama saya di jaja, kerana 20 saya dihina. Kecil-kecil mereka dah pandai buat cerita kan? bagusnya peristiwa tu berlaku pada saya. Sekurang-kurangnya saya jaga diri saya agar tak berhutang walau dalam jumlah yang kecil.




Alhamdulillah saya tak miskin dan melarat pun sekarang walau dihina begitu, dan mereka juga tak kaya raya dan mewah pun walau buat saya malu dulu. Kisah budak kecik 10 tahun, apalah sangat kan? tapi ia memberi kesan sangat mendalam pada diri saya hingga kini. 




Dulu masa baru kawen saya selalu pesan pada hubby, kalau tersepit ke...jangan pinjam dengan kawan, susah senang kita bersama. Selagi saya mampu bantu saya bantu. Saya tak rela hubby minta bantuan rakan, ibu bapa dan juga adik beradik. Susah senang kita bersama. Saya tak suka orang mengungkit apabila mereka merasa dengki. susah senang biarlah sendiri, mulut manusia memang begitu. Jika kita susah ada ke orang yang suka? tak kan?



Hanya kerana 20 sen....


www.tips-fb.com

24 comments:

Kalamhati said...Reply To This Comment

Pengalaman mengajar kita..
kagum dgn prinsip adik..=)

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...Reply To This Comment

menjadi teladan..:)
saya baru pinjam sedikit duit dari sahabat atas sebab kehilangan..
story ni sangat menjadi teladan.. janganlah suka berhutang...:))

tp hutang ptptn pula? haha..:D

||aLeaSaRa|| said...Reply To This Comment

perkongsian yg bagus ni sis!semua ada memori ttg duit.memori 20 sen saya pulak?

masa tu darjah 5,sebagai pengawas sudah tentulah keluar rehat awal sebelum pelajar lain.siap je makan loceng pun berdering dan hari itu tugas saya untuk jaga kantin.

ntah macam mana saya terlanggar seorang pelajar perempuan rasanya baru darjah 2!keropok lekor yang baru dibeli & tak sempat dijamah...berterabur dgn sosnya melimpah ke lantai.

terkelu melihat matanya mulai merah,saya terus keluarkan syiling "arghhh cuma tggl 20 sen pulak dalam poket".saya hulurkan juga kepadanya utk beli keropok yg baru.dia tersenyum...dan mengucapkan terima kasih padahal saya bertalu2 minta maaf :)

nur said...Reply To This Comment

LM dear.. Sedihnya baca.. Kecik2 derang da pandai mengata kan..

simply nana said...Reply To This Comment

betul awk...zaman sekarang lagi la, benda yg remeh pun akan jd besar disebabkan mulut orang dan kawan boleh jadi gaduh disebabkan duit...sentiasa mengingatkan diri sendiri...

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Sedih baca cerita ni. Hanya kerana 20 sen.

Papa Mifz said...Reply To This Comment

setuju...susah senang biar bersamo...:)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

akak dl jah satu bwk duit doposen je... :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kalamhatitakmo org mengungkit kak!tu je

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjadkalau terpaksa tu takpe lah..kan kita berhutang beli rumah, kereta dan sebagainya.alhamdulillah sis dah langsaikan 2 tahun PTPTN

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@nurmulut orang dik..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@simply nanabetul tu..kalau tida hasad dengki dan iri hati akan kekal selamanya cam persahabat kita berdua kan?berbelas tahun bersahabat tanpa masalah.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@AMMAR YASIRye..20 sen..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Papa Mifzbetul kan?huhu

g0m0k9enDek said...Reply To This Comment

kalo terkesan dengan sesuatu perkara, mesti kita akan ingat sampai bila2.. even kita x bape nak k=ingat masa tu umo bape kan? heh.. sedeh plak bace citer akak.. hihi

ieda said...Reply To This Comment

setuju dik
sekurang2nya biarlah kita yg merasa sendiri pahit dan susahnya kita ..
adakalanya sedarah ini tidak memahami dan adakalanya mereka akan mengecewakan kita .. huhuh

Belalang hijau Perisik said...Reply To This Comment

tapi, perkara itu menjadi pengajaran bergunakan... :)

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

msih amalkn mnabung

20sen ley beli kueh dedulu

Muslimah Optimis said...Reply To This Comment

mulut manusia kita tak tahu, hati manusia kita tak tahu.. jadi kita memang sentiasa kena berjaga2 kan

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

pengalaman jadi pengajaran membentuk peribadi

kiz said...Reply To This Comment

20 yang memberi erti..

Woofer Storm said...Reply To This Comment

kerana 20 sen maruah kita dijajah..

#mungkin 20 sen kini tidak berharga,namun dizaman dulu 20 sen ada nilainya...teringat dulu harga nasi goreng baru 40 sen kat zmn sklh rendah..hehee

Dr Hafiz said...Reply To This Comment

walaupun kisah ni terjadi pada saat kecil namun ianya satu pengalaman yg berharga buat LM dan thanks for sharing this story. Memang sebaiknya kita elakkan untuk meminjam dari org lain...

Lina said...Reply To This Comment

emmm kecik2 lg dah pandai bergossip ek tp sesunggunya itu pengalaman yg sgt berharga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...