Wednesday, January 4, 2012

Main Sorok-Sorok



Assalamualaikum...

Rasanya kebanyakan korang dah masuk tidur, saya di qatar baru jam 8.30 malam. Mata dah berat, tapi kerja melambak lagi. Saya perlu masuk tidur awal kerana esok jam 4 lebih dah perlu bangun. Anak-anak dah mula sekolah tadi siang. 



Baju encik suami untuk seminggu ke dua minggu saya dah siap gosok. Malam tadi tengok encik suami leka meriba syafiq sambil layan ceramah ustaz azhar saya mula menjeles. Saya meroti dan jeling-jeling manja orang duk gelak-gelak. Nak join gelak tak dapat sebab dia pakai earphone. Syoknyer dia gelak-gelak...grrr




Saya dah tak tahan cemburu tengok hubby gelak sorang saya minta dia tolong gosok pakaian sekolah anak. Tak bangun-bangun pun nampaknya...saya dah susah hati. Saya tak mau dia lewat tidur kerana tolong buat kerja saya. Akhirnya saya naik atas dan gosok pakaian sekolah anak.




Bila saya naik bilik saya sorok pakaian yang saya dah siap gantung tadi. Sorok dalam almari dan tutup..senyeh-sengeh sorang...cam budak kecik je kan? Bila hubby mula baring saya cakap dengan lembut beralun. "Abang tak tolong gosok baju anak ke?" selamber je dia jawab.." dah gosok ". Saya kehairanan...bila abang gosok? Dia kata ...dia tau saya dah gosok....



Saya terkedu dengar dia jawab. Letih saya sorok baju yang dah bergantung dalam almari, ingat nak kenakan suami, last-last tak berjaya rupanya. Seronoknya nak main sorok-sorok macam budak tadika, akhirnya plan gagal...huhu.



psst: rupanya masa saya nak ambil roti dari oven hubby dah naik atas dan nampak baju dah bergantung..keh3.


nota pengarang: kadang-kadang lepas buat aksi gedik baru saya perasan umur saya dah 30 tahun dan punyai anak 4. macam budak lepas spm je perangai kebudak-budakan saya, huhu..



www.tips-fb.com

15 comments:

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

monink kak! ahahah :D

uiyoo, main sorok2... haha :D takpe kak, jiwa muda! ;D

missSenget said...Reply To This Comment

hahaha...


comel je sis LM..

tapi geram nye mintak tolong tak tertolong..

kehkehkeh

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

So sweet kak

hubby akak da paham sgt akk tu

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

sekali sekala gediks manja dengan husband apa salahnya.. hahaha

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hehehe, kantoi....

Xpe, gedik2 ngan asben menambah kemesraan.... :)

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

hehehe tp kadang2 benda tu membahagia kan kite.xsalah kan kak berperangai cm tu.heee

yaNa said...Reply To This Comment

saya dh 29 thn..sowg anak pon x lekat lg..hu3..
doakan saya yer.. ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Syat0za Zaimorning..keh3

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@missSengethehe...suka je main2 sorok barang.


ala nget, hubby mmg suka gosok baju.yg tak suka tu akak.hehe,mls nak berdiri lama

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Iffah Afeefahipah..dia gelak je dlm hati kot..keh3

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrineadeh cikgu...kali ni tak menjadi main sorok2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummysis...hehe.kantoi tu yg tak suka tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Cikpuan rarabetul tu rara..haha.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@yaNamoga yana cpt2 dikurniakan anak ye..sabarlah.doa byk2

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

xjadi plak nak main sorok2..
dah kne kuarkan baju tu blk.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...