Sunday, January 15, 2012

Nasi Bukhara 3 Lawan 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Pagi tadi lewat keluar bekpes. Pukul 9 lebih baru nak keluar. Makan dossa aka tosei sekeping besar. Kari kambing lagi....haha, kenyang tak terhingga bila perut dah kosong sampai gigil-gigil, dapat kari kambing memang terbaek!


Lepas bekpes ajak hubby terapi minda. Shopping baju syafiq plan asalnya, tapi qila pun dapat juga. Budak-budak dapat spek mata baru dan saya dapat jeans baru dengan saiz baru..wahahaha. Syok giler dapat beli jeans dengan harga runtuh dan paling berbaloi dengan saiz baru. Nanti saya citer kemudian.



Lepas shopping, solat zohor kejap dan layan budak ni habiskan duit main permainan kat Fun City...huhu. Lepas tu hubby ajak makan kat restoran indonesia di central. Saya takmo sebenarnya sebab dalam hati nak pekena ayam penyet di restoran butami restoran indonesia yang lain. Tapi diam sajalah..mungkin hubby nak cari lauk apa-apa kot...sampai sana lauk dah habis, saya bungkus bakwan saja 3 keping. 




Lepas tu hubby ajak saya makan restoran thai sebab malam tadi saya merengek nak makan somtam. Tapi saya takmo, saja jual mahal. Perut kenyang lagi sebenarnya. Saya terus ajak hubby pergi makan di restoran arab kegemaran saya, kuah tomato kedai lain masam, kat sana pedas, tu yang buat saya suka. Ingatkan hubby minta sedulang je, hambek...2 dulang dia order, tambah lagi sekeping king fish saiz besar pula. Ada 2 mangkuk sup ayam apa ntah, tapi memang sedap.



Mereka makan bertiga, lagi sedulang tu saya yang mengadap. Qila makan sup yang putih tu saja. Sedulang saya makan sorang? separuh pun tak boleh habis. Ayam BBQ tu memang sedap. Kuah tomato tu biasanya masam je, tapi kedai tu ada cili, sedap ada pedas-pedas. Saya dah agih nasi kat dulang saya pada mereka still tak habis juga, haish...ayam sekor tu pun tak habis. Ikan sekeping besor tu pun tak habis. Saya bungkus ayam dan ikan tu bawa balik. Itulah kelebihan handbag besar..wahaha.



Teh seteko habis dikerjakan budak-budak ni. Air mineral sebotol. Siapa datang Doha saya bawa makan kat kedai ni. Sedap, walau kedai kecik  tapi siyes sedap. Servis cepat dan tepat. 



Ps: dulang kat umah saya dah lama tak guna untuk makan bersama. Malas nak cuci dulang....huhu. Insaf kejap!

www.tips-fb.com

12 comments:

azwa amani said...Reply To This Comment

nak lah datang qatar.. hehehe..

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

trs lapa tgk akk nye mknn ni

Kalamhati said...Reply To This Comment

Sedapnyeee..kalu akak makan abih kot sedulang tu..ekekeke yakin bebenor

zulkbo said...Reply To This Comment

salam..
singgah sini..moga sihat selalu
empunya blog :)

ieda said...Reply To This Comment

sedapnyaa LM ..
kalau akak punnn x cukup kuut ..
anak2 kalau makan sedulang nie , sure berselera kan ;)

missSenget said...Reply To This Comment

lapaq nye..

walau xpenah mkn..nnt bwk kite ke sini eh sis LM..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Wah...wah.... Beli jeans saiz baru.... :)

nana said...Reply To This Comment

Sedapnya mkn dlm dulang beramai2.tringat kt rumah nenek nasa.kalau kenduri misti guna dulang.meriah...wah2...dh dpt berat bdn ideal yg diinginkan kea...

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

Salam Miza..

bile lah agaknya boleh rase...miza poskan je lah..boleh?

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

rindu nak makan dalam dulang ramai2.huhu.best.hehe

Iza Teratak Usang said...Reply To This Comment

Assalam..
Kat kedai tu, makan sambil bersimpuh ke? Susah nak cari kat Malaysia ni, kebanyakkannya makan atas kerusi. Di rumah je boleh bersila/bersimpuh..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

ingatkan pic ni smlm akk masak kat umah..hikhik..
tggu adik datang sane ek akk bwk g kedai ni.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...