Sunday, January 15, 2012

Nugget Bersalut Cornflakes



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anak- anak saya sangat sukakan nugget. Kat qatar ni harga memanglah sangat mahal. Sekotak nugget mana cukup untuk mereka bertiga. Ada dalam 10-12 ketul saja yang berharga 13-17 riyal. Aduhh, memang botak kepala dah la rasanya sangat masin. Ngeri nak telan dengan tahap kemasinannya....huhu
Saya suka beli sendiri dada ayam dan buat nugget untuk mereka bawa bekalan ke sekolah. Kadang-kadang serbuk roti habis saya akan gantikan dengan cornflakes atau oat kisar. Rasanya pastilah lebih rangup dan lebih lazat. 




Bisanya saya buat sekilo daging ayam. Buat banyak-banyak sebab malas nak kisar dan kisar lagi. Malas nak gentel..hehehe. 


Semak resepi jom

isi ayam-saya guna bahagian dada
cornflakes yang dikisar halus-boleh ganti dengan serbuk roti atau oat kisar
serbuk pati ayam -jika suka
sayur cincang-jika suka, saya kadang-kadang letak bayam atau carrot.
telur-dipukul.
lada sulah atau lada hitam secubit.
garam secukup rasa
 

caranya: kisar isi ayam hingga halus dengan blender kering. isi ayam tak perlu direbus terlebih dahulu ye.Gaul daging ayam yang sudah dikisar bersama garam, sayur dan lada hitam. Bulatkan atau bentukkan seperti drummet. Salut bersama serbuk cornflakes. Salut pula dengan telur dan salut sekali lagi dengan cornflakes kisar. Sedia digoreng atau boleh simpan beku sebelum digoreng esoknya.


Selamat mencuba.... 


Makanan berkhasiat lahir dari rumah, elakkan makan makanan masin buat anak-anak.


www.tips-fb.com

12 comments:

ieda said...Reply To This Comment

rajin nyeee LM ..
akak suke nie
leh mencuba .. ;)

Fafa Shinobii said...Reply To This Comment

sdap nye :D tringin nk buat sndri . xD

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

rajinnya.... akak menkagum ngan lm neh....hehehehe

Kalamhati said...Reply To This Comment

sedapnye adik..btul la baik buat sendiri.konfirm dh kebersihan dan kandungan mknan tu utk anak2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@iedalebih mudah dr wat cekodok..tu yg rajin tu kak..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Fafa Shinobiiselamat mencuba fara

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummytak yah kagum kak..ni masakan org malas..hahahah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Kalamhatibetul tu kak, wat sendiri lbh sedap dan bkn susah pun

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

wah, kreatif jugak.mahalnya nugget kat sana.kat sini murah je.dah lah byk

shera haifa said...Reply To This Comment

ehh senang je.. lagipun buat sendiri sah ke'halal'lannya..

simply nana said...Reply To This Comment

lagi berkhasiat jika kita membuatnya sendiri. semua boleh control dan tambahkan dengan makanan yg lebih berkhasiat kan awak...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

nyum2...ape ummi masak sume nampak sedap~~weeee....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...