Monday, January 30, 2012

Orang Kita Bangsa Kita



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya ingin sekali mencoret sesuatu yang menjadi sedikit terbuku di hati. Ini bukan penghinaan buat bangsa atau nak mengutuk atau menghina tapi adalah sebagai pertanyaan pada diri yang tak berkesudahan hingga kini.

Sebenarnya saya jadi hairan mengapa sering saya bertemu dengan orang melayu yang sebangsa dan seagama serta senegara dengan saya walau di mana saja samada di bumi qatar, mekah, di madinah atau di mana saja negara yang saya pergi mereka tak suka nak bertegur sapa atau paling tidak memaniskan muka jika malas nak senyum tunjuk gigi colgate.



Kita boleh tau wajah melayu. Sekali imbas memang boleh cam wajah melayu walau wajah kita miripi ndonesia, atau filipina. Nak kata sebab wajah saya nampak sombong orang tak berani senyum? arab, indonesia, turki dan lain-lain tu boleh je memaniskan muka bila duduk sebelah atau berselisih jalan kenapa orang kita buat-buat busy takmo senyum ye?



Suami kata anggap baik je la. Ye, saya anggap baik, sangka baik. Cuma tertanya-tanya. Biasanya jika ada orang indonesia mereka dari jauh dah senyum, tak kira kat qatar ni atau di mekah atau madinah. Ibu-ibu arab pun peramah juga rajin senyum dan main dengan baby. Tapi orang kita....sanggup memalingkan wajah dari tertembung mata dengan kita. Tiba-tiba saya kepelikan...
Senyum tu sedekah, penghubung silaturrahim. Owh ye, saya ada mendapat salam dari seorang wanita melayu di madinah masa sama-sama nak beli makanan. Saya cuma senyum padanya dan dia lalu memberi salam sambil tersenyum manis. Sejuk hati saya memandangkan saya amat hairan seorang makcik yang sama-sama beli abaya di kedai yang sama bertemu beberapa kali dan tinggal di hotel sama buat muka masam bertembung dengan saya. Sebab  dia tua...maka perlu kita yang dulukan agaknya. Tapi wajah masam buat saya terbantut nak menegur makcik tu...huhu



Orang kita kurang peramah. Kurang peka mungkin pada bab-bab ni. Kita ni kalau merantau memang suka nak cari kenalan senegara, sebangsa..boleh cerita itu ini. Kalau di mekah atau madinah busy dan penat macam mana pun beribadah tak salah senyum dan memaniskan muka. Ramai orang kita ni time beribadah asik nak marah dan mengamuk je. Adoii sia-sia amalan di buat dan akhirnya dapat dosa sebab marah-marah. 

Maaf jika ada yang tersinggung. Ini berdasarkan pengalaman saya. Bukan semua pun begitu. Cuma bila kerap berdepan dengan orang lokek senyuman saya jadi hairan. Muka saya ganas tapi hati saya penyayang tau.....sekali saya sayang orang sampai bila-bila saya sayang tak kira pangkat ibu, adik, kakak, sahabat, makcik. Tapi bila orang benci kita....takkan saya nak terhegeh-hegeh sayang orang tu lagi kan? perlu ada sorong tarik la. 



Di Mekah, ada restoran Malaysia, memang kami lepak makan kat sana. Orang malaysia pun ada di sana. Tapi...haha, paham-paham saja ye. Masing-masing busy dengan urusan ibadah sampai lupa ada orang sekeliling. Bila tak mau bertegur sapa pastilah mereka  akan melarikan mata mengelak dari bertembung. Lebihkan senyuman takpe, awet muda kan? Jom cuba asuh diri jadi peramah. Peramah takpe, jangan kecoh. Itu perkara berbeza.
www.tips-fb.com

13 comments:

Jo Qusary said...Reply To This Comment

Tak pernah pula berlaku mcm tu di UK... bila kat sana semua org Melayu yg aku jumpa selalu bertegur sapa walaupun tak kenal... pelik jugak bila baca entri nie...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Jo Qusarydi qatar ni melayu dah terlalu ramai jo,klu dikira malaysia dah 3k lbh. berselisih dah tak heran dgn negara qatar yg sgt kecik ni. tahun pertama kat sini dulu mmg nmpk melayu je terus pakat2 tegur. skrg mereka dah tak heran. kecuali klu sama2 company br lah bak tegur dan borak.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

LM..nti rine email caranya ye..hehe..

diana said...Reply To This Comment

mungkin depa ingat ibdah tu cuma sembahyang dan berzikir ja kot...eeekekke

ummi_khalish said...Reply To This Comment

LM:dil penah rasa macam tu,kt mesir ni...kadang2 terpikir napelah susah sangat nak senyum?sampai hubby dil cakap,diorang rasa klo senyum jatuh standard kot...huhuhuhu

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Senyum itu sedekah, diorang tu tak suka sedekah lah tu. Huhuhuhu

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

Kebanyakan org melayu cam tu berlagak tak kena pada tempat.susah sangat nak senyum , kat negara sendiri pun kadang-kadang cam tu : (

Syukri Kamaruddin said...Reply To This Comment

eheh.. yg penting kita yg senyum. dia tak balas tak pe, Allah yg balas senyuman kita nnt.
(^_^)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

:) susah sngat ke??..hurmmm

pena rozie said...Reply To This Comment

Mungkin mereka tengah di uji...

Cikpuan rara said...Reply To This Comment

hmmbiasa lah tu kak.dorg megah sgt bila dh kesana kot.hmm tp mcm hubby akk kata,bersangka baik jelah.xpelah,myb dorg penat,tak larat nk senyum.

Подтверждаю (fadzli) said...Reply To This Comment

as salam..
hm.. cerita saya ni kak, boleh menggambarkan kenapa..pengalaman..


masa beli kurma, datang seorang lelaki ni. saya eling dia lama-lama. dia perasan.

diA sedar saya tengok dia. waktu tu pun dia tengah beli kurma. cuma dia beli kat kedai sebelah. dia cuma bagi salam. sampai situ. senyum pun tak berbalas.

hm..memang bangsa melayu. pasal masa beli kurma tu, tuan kedai tu cakap melayu dengan dia. dan dia pun cakap melayu. mungkin dia rasa saya bukan melayu..?

wallahua'lam.bersangka baik je kan..

masa kat dataran luar masjidil haram tu, bertembung lagi. masa tu, datang rasa nak tegur kembali. lepas dah lama berbual bertanya hal diri, memang saat tu saya tanya dia kenapa tak senyum.

jawapan dia ringkas.

"senyum, kadang-kadang tak perlu digambarkan dengan senyuman.
senyuman beserta doa dalam hati sudah memadai..

kerana Dia melihat hati-hati kita walaupun kita tak sertakan dengan perbuatan.."

"memberi salam lebih baik dari berkata-kata dan kemudian disertakan dengan perkataan yang sia-sia. "

terngiang-ngiang lagi kata-kata dia yang terakhir tu. alhamdulillah..


hm..jadi, bersangka baik ;)

Huda Ahsin said...Reply To This Comment

Kita pun kat Doha, suka nak senyum kat awak kalau terjumpa. Salam perkenalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...