Sunday, January 29, 2012

Perjalanan Umrah Dari Doha Ke Kota Mekah Berkenderaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Alhamdulillah berpeluang lagi saya mencoret sesuatu di laman pink phanter saya ni. Masih bernafas dan sihat sejahtera seperti biasa. Ingin saya kongsikan pengalaman saya sekeluarga  dalam merentasi benua arab menuju ke kota Mekah berkenderaan dari bumi Qatar yang memakan masa berbelas jam.

Plan asal kami nak bertolak jam 1-2 pagi pada hari khamis. Tapi akibat encik suami pulang lewat dari kerja dan operasi memunggah barang ke dalam kereta makan masa berjam juga maka lepas tidur lena baru kami bertolak memulakan perjalanan. Perjalanan kami bermula pada jam 4.20 pagi dari rumah.

Pagi yang dingin dan berkabus. Patutlah seronok je kami tidur walau tau nak jalan jauh...Jika kami gerak awal pun tak boleh jalan juga sebab memang tak nampak jalan langsung pagi tu. Kabus sangat tebal sampaikan kadang-kadang saya rasa seperti direntang kain putih dihadapan kenderaan kami. Dada berombak cemas dan tak putus berdoa agar kami selamat meneruskan perjalanan.



Banyak kenderaan mula berhenti di sisi jalanraya dan lori juga semua dah berhenti. Kami meneruskan perjalanan dengan penuh hati-hati.




Suhu pagi tu antara 7-8 degree. Perjalanan bergerak perlahan menanti kabus hilang agar dapat perjalanan menjadi lebih lancar dan selamat. Tak sampai sejam kami sampai ke border qatar. Mudah saja...tak ramai pun kenderaan kerana saudi baru saja buka visa umrah 2-3 hari. Berhenti solat subuh di border saudi dan meneruskan perjalanan menuju ke tempat miqat di Taif.


Kami pergi menunaikan umrah kali ni cuma sendirian. Ramai yang nak pergi bulan 2 nanti waktu anak cuti sekolah. Takpelah, walau sendirian doa ibu, keluarga dan sahabat handai sentiasa mengiringi kami. Insya Allah  mengharap semuanya lancar.



Berhenti makan di kawasan motel kecil saja. Kami cuma makan dalam kereta . Alhamdulillah semuanya makan dengan berselera, Licin nasi yang ummi bawa sikit tu. Semua kelaparan, berselera mereka makan rendang ayam dan sambal udang serta sayur campur yang saya masak simple-simple tu. Ada sikit lagi lauk tapi perlu di makan bersama nasi impitlah jawabnya sebab nasi dah habis.



Perjalanan diteruskan....akan saya ceritan di episod lain pula ye. Nanti panjang sangat pula entri ni.


 
www.tips-fb.com

16 comments:

Kalamhati said...Reply To This Comment

tak sabar nk baca tavelog umrah adik..=)

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

alhamdlah....semuanya telah selamat kan...

siMpLY nana said...Reply To This Comment

Alhamdullillah selamat semuanya...

Dinar said...Reply To This Comment

Alhamdulillah...diberi kesempatan itu...berapa jauh Qatar ke Mekah?

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Alhamdulillah dh selamat pulang.... Akak x sabo nak baca next n3 ... :)

Lelord said...Reply To This Comment

sabar menanti

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

bestnya LM gi umrah sendiri..

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

hope dipermudahkan sgala urusan n selamat n dilindungi.

putihnya..kalau mas,tak berani nak drive macam tuh..hati2

Noraim said...Reply To This Comment

Allah! untungnya berpeluang menjejakkan kaki ke sana :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Tak saba for the next entry..mesti truja baca!!

ieda said...Reply To This Comment

alhamdulillah .. suke lak baca kisah perjalanan LM nie .. semoga semuanya selamat dik ;)

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

cik ina rasa takjub ngan perjalanan lydia sekeluarga ke kota mekah. semoga perjalanan lydia dilindungi Allah SWT.Amin

KAMIHIDUP said...Reply To This Comment

semoga semuanya selamat kak. :)

Peri PiA said...Reply To This Comment

rindu,syukur Alhamdulillah semua dipermudahkan

xsabar nak bace pengalaman LM

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

alhamdulillah semua nye selamat kak..

onh plus said...Reply To This Comment

subhanallah, pengalaman yang menyenangkan, ingin rasanya aku merasakan juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...