Wednesday, January 11, 2012

Rawatan Gigi




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?


Saya ingin ceritakan kisah gigi. Seperti disarankan pemeriksaan gigi perlu dilakukan 6 bulan sekali bagi setiap orang kan? Saya cuma pergi setahun sekali atau kadang-kadang hampir 2 tahun baru nak pergi lagi.



Alhamdulillah kesihatan gigi saya amat baik. Walau saya dikurniakan gigi yang susunannya amat teruk, pendek kata saya tak boleh senyum lebar atas keburukan susunan gigi saya tapi gigi saya sangat sihat. Saya hairan bila orang yang jiji comey asik jumpa dentist sakit gigi, cabut gigi...


Gigi saya susunannya amat hodoh kerana sampai darjah 6 pun gigi susu saya tak habis tercabut lagi. Akhirnya dia tumbuh berlapis pula. Tapi saya syukur gigi saya sihat. Sebelum hamil dulu saya ada buat pemeriksaan gigi di doha ni, tapi dentist tu kata gigi saya takda masalah, dia tanya kenapa datang. (Ish, nak cuci je dan buat pemeriksaan saja la ...geram pula dalam hati.)



Bila dah hamil dan baby dah besar saya tak pergi lagi, sampai dia tanya pada suami kenapa isteri tak datang check gigi. Akhirnya saya pergi juga. Letih mengenga cuci gigi yang takda masalah tu dontist tu bagi tau saya. Gigi geraham kedua akhir saya bahagian atas kedudukannya tak betul. Maka dia nak cabut dan minta saya buat temu janji lain. Saya tanya rosak ke gigi saya? dia kata gigi tu sihat tapi dia memerangkap makanan. Saya tanya cara lain takda? dia kata saya perlu berus gigi dengan baik agar semua kotoran boleh hilang.



Boleh bayangkan perasaan saya? tampal gigi pun tak pernah, inikan pula gigi tak sakit dan tak rosak dia nak cabut? Selamat tinggal lah buat dentist tersebut. Jangan harap saya nak datang jumpa anda lagi. Baik punya nasihat dia suruh saya cabut gigi saya yang tak sakit tu? Maaf, saya memang penakut dan tak sanggup kehilangan gigi yang sihat tu.



Ada pengalaman jumpa dentist?

www.tips-fb.com

14 comments:

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm..kat skolah dulu bab2 dentist datang ni la saye suke..
tetibe teringin nak rase kne tampal gigi bile tgk abg kne tmpal gigi.hihi

diana said...Reply To This Comment

saya kan sejak kecil lagi saya rela cabut gigi dari tambal..
gigi saya terssusun je tapi sebab sensetif ada sebatang yang rosak.\bulan lepas doktor buat temujanji bulan ni untuk tampal gigi sensetif tu..SEBAB DIA DAh terhakis sikit.apa dia ingat saya nak datang ke bulan ni semata2 nak tampal?saya rela pi cabut gigi tu..heheh

Peri PiA said...Reply To This Comment

pernah tampal gigi

azwa amani said...Reply To This Comment

huhuhu... amani takut sgt jmpe dktr gigi

Puan Besar Shag Yahaya said...Reply To This Comment

Shag tak suka jumpa dentist sebab muka dorang lagi menakutkan dari doktor perubatan. HAHA :DD

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

Tak ingat bila last junpa doktir gigi... Sbb..yaya paling takut doktor gigi..hehe

najihah sahami said...Reply To This Comment

akak ni kan...macam mish jugak...mish pun xsuka cabut gigi. smpai sanggup tipu doktor, cakap nk buat kat private atau kat klinik lain...padahal xpun.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@.: iEyLa :.akak tak pernah tampal gigi, hrp2 tak rosak smpi kena tampal

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianasaya takut bab2 tampal ni, ada org kata ngilu.saya tak rela

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Peri PiAsakit ke pia?huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@azwa amanihehehe..takut eiii

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@najihah sahamimcm2 helah mish buat ye?

[n a j e e b] said...Reply To This Comment

..AHAHAHAHA! same here;

http://katanajeeb.blogspot.com/2011/10/orthodontic.html

deno said...Reply To This Comment

deno takut jumpa dentist! hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...