Saturday, January 14, 2012

Resepi Keria Kentang



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Saya nak kongsikan resipe kuih keria kentang yang saya cuba buat pagi semalam. Saya dah 3 hari ni asik bergayut di blog noorsha je. Terliur tengok blognya yang menghidangkan makanan menarik dan gambar yang cantik. 



Sebelum tidur memang buka blog noorsha dengan pen dan kertas..hehehe. Jom tengok kuih keria kentang saya. Saya sira dengan sikit saja gula sebab anak saya kan dah debab, mereka tak akan makan 2-3 keping punya. Mesti hentam makan banyak punya. Sebab tu saya buat tak manis untuk mereka. Saya buat dua adunan semalam. 



gula belum kering masa snap gambar...huhu


Resipe: sumber dari blog noorsha ye.

300 gram kentang(kupas dulu kulit baru timbang)
1st garam
air untuk merebus
50-70 gram tepung gandum-
1/4cawan gula 
2sb air
saya buat untuk dua adunan semalam...

cara:

1.potong dadu kentang dan rebus bersama garam.
2.toskan, lecek dan campurkan dengan tepung gandum.
3.jika kuih melekat jangan tambah tepung, minyakkan tanagn untk memudahkan membentuk kuih.
4.goreng dengan minyak terendam, dan buat air gula pula.
5.cairkan gula dengan air 2sb air tadi. Biar cair dan nampak likat bertali. Masukkan kuih dan kacau rata. Sedia dihidangkan.


Maaf malas sangat nak taip resipe...hahaha. Nak copy dari blog noorsha pun tak baik pula kan? so harap paham step yang LM taipkan tu ye. Terima kasih buat noorsha kerana sudi berkongsi resipe mudah dan sedap ni.




www.tips-fb.com

19 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tak rajin nak tulis resepi tak apa dik... tapi rajin mengolah resepi menjadi makanan untuk dimakan itu lagi baik. Anak-anak mesti suka...

Dr Hafiz said...Reply To This Comment

Lepas terbaca entri ni perut terus jadi lapar dan saya pergi sarapan sekejap. :)

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

wahh kene try ni kak

lain dr y lain kan

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak suka bc step yg pendek2.... Hehehe. Nanti nak try buat lah... :)

Muttallif said...Reply To This Comment

Gambar donat tu dan buat peruk berkeroncong dah. Time2 tenghari pulak ni. :P

diana said...Reply To This Comment

o..kaler dia tak gelap macam keria keledek ye??

azwa amani said...Reply To This Comment

amani ska sngt kuih keria.. sebab manis.. hehe, tapi donut kureng skit.. :) nanti leh buat kat umah :)

Yatie said...Reply To This Comment

Assalamualaikum adik manis,
alahai buat akak terliur je tngk keria kentang ni..ada lagi ke utk akak..he3...kalau dah abes watkan special utk akak ya..leh kan..ngee...

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

nape kecik bebenor gambor nye

Daddylicious said...Reply To This Comment

boleh makan ke ni...:)

Rain said...Reply To This Comment

xbiasa manis sgt. keledek tu dah manis. bila buat keria, goreng garing2, panas2.. mmg 2 3 minit je habis .. hihi

Muslimah Optimis said...Reply To This Comment

tengok kentag semalam dah naik anak dia.. memang lan nak buat cuq keria kentang tengok2 ada resipi.. hehehe.. kak, xda penimbang la.. main agak je lah.. huhu. 300 g kentang tu agak2 dalam berapa biji kak??

MULAN said...Reply To This Comment

wohhooo... sangat suka.. mesti sedap ni tapi saya tak rajin gentel2 la..

Puan Besar Shag Yahaya said...Reply To This Comment

Dulu mama rajin goreng kuih keria petang petang. Skrg nak harap anak dia ni memang tak lah. Goreng kuih bukan kerja yang Shag suka. kalau masak lunch ke okay lah kot. HAHA :D

nOOrsha said...Reply To This Comment

salam/..waah dah menjadi keria kentang dia..Alhamdulillah anak2 suka...terima kasih ye sudi cuba resepi simpel saya ni :)...x kisah kalau nak copy resepi, saya memang izinkan kawan2 untuk copy mane2 resepi yg diowang berkenan...



untuk Muslimah Optimis, 300gm kentang tu lebih kurang 3 - 4 biji kentang saiz sederhana .... 70 gm tepung dalam 1/2 cawan tp jgn curah semua ya.. curah sket2 dulu sampai dapat adunan yg sesuai dibentuk..kuih melekit2 sket masa bentukkan tu, takpe jgn add tepung ye nnti keras.. :)

iza said...Reply To This Comment

Assalam...
lebih kurang macam cek mek molek la kan...cuma ubi je jenis lain..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

teringinnye nak rase ummi masak~~

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

boleh pernah rasa lg ni LM biasa keledek..
bagus juga pelbagaikan resepi..

eiela said...Reply To This Comment

ooo,,namanya kuih keria. saya panggil kuih gelang. guna kentang tak pernah makan lagi selalu guna keledek je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...