Monday, January 30, 2012

Sambal Sardin



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Dah makan ke? Saya baru bangun daru berguling. Plan nak tidur lepas budak ke sekolah tadi. Tapi tak boleh lelap mata pula. Pukul 7 lebih bangun semula bila baby dah bulat mata ajak tengok tv..hehe.


Suka makan sambal sardin? sesekali boleh la makan sardin tapi jangan kerap sangat sebab makanan awet dalam tin ni semua tau tak bagus kan. Saya ni tekak orang malaysia. Makan sardin mesti nak cap ayam juga..keh keh keh. Kalau beli jenama kat sini sos dia memang lari jauh rasa dia. Tak boleh telan dek tekak saya. Jangan harap nak rasa sama bacam botan, marina atau cap ayam yang kita biasa makan di tanah air. Saya angkut sardin ke qatar bertin-tin demi tekak kecil saya ni...tamak kan?haha



Cerita sambal sardin ni, semua orang boleh masak. Orang kata lauk orang malas. Lauk bujang, lauk kecemasan kalau orang datang mengejut nak tambah lauk. Sedap makan bersama telur dadar. Makan dengan nasi panas memang bertambah-tambah la jawabnya.
Sambal sardin ni kalau masak laju la anak saya yang bertiga tu makan. Tapi tak boleh masak pedas sangat. Kadang-kadang saya cuma hiris cili api saja buat untuk mereka. Mereka kata wanita tak elok amalkan makan sardin kerana penyebab penyakit fibroid, itu saya tak pasti la pula.



2 minggu sekali pasti ada menu sardin. Lebihannya boleh saya cicah bersama cekodok bilis atau lempeng kosong, perghh, terangkat! Gi umrah saya bawa juga sardin 3 tin sedang. Kalau boring makan bukhara,briyani atau roti saya akan masak nasi dan masak lauk sardin saja. Siap bawa rice cooker lagi...hehe. Okey la kan dari takda, haha. Jangan hairan, itu memang cara saya. Bawa cili sikit, minyak sikit, garam sikit,bawang sikit...maka kalau rasa nak amsak saya boleh masak lauk sardin atau nasi goreng juga...hehehe.


www.tips-fb.com

15 comments:

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

dikkkkk
serius,, kak sangat suka sambal sardin, layan mcm kamu dengan nasi atau lempeng..
samalah............
tapi,.. bila kesihatan suami tersayang terjejas, dia tak boleh makan mknn dlm tin.. terus k.ayu dah tak makan lagi dahhhhh

ala......
teringin, masakkan sayang!

Eyeme said...Reply To This Comment

simple itu sedap :D

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

hidup LM.. hehehe

anak2 saya juga suka sambal sardin.. menu simple.. but mabeles!!

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hurmm..menu wajib kalau duk hostel..
tetibe rindu nk mkn sardin kt umah..
mesti mak cmpur ngn pucuk ubi..nyum2..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

sardin..makan dengan nasi panas+telur dadar taruk kicap skit..sedaaaaaaaaaap nyer..

sedap jugak makan dengan jmput bilis, bawang....dengan roti canai lagi sedaaaaaaaaaaaap...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Walau di Qatar sardin cap ayam juga yg sedap ye dik. Anak-anak kakak pun suka sardin tau... kalau tak habis hancurkan lepas tu tepek kat roti letak timun jadi sandwich pulak. Memang tak membazir...

Peri PiA said...Reply To This Comment

pia baru msk semlm hihi

bgs la bawak bekalan sendiri ;)

Lea Isnawi said...Reply To This Comment

sardin wat snadwich sedap!

diana said...Reply To This Comment

saya suka sardinjugak..tapi jarang2 makan.sebulan sekali ada la kot..
suami saya ni cerewet siit bab makan2 ni..yang tak sihat tu jangan harap dia nak beli selalu .kalau saya paksa2 beli dan cakap teringin baru la dia beli...

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan pun suka! abg muhaimin suka kalau sardin ni buat sandwich... yelah... makanan dlm tin mmg tak boleh mkn selalu kan...

intan_blur said...Reply To This Comment

alhamdulillah..baru2 nih blk ijok..dpt jg intan makan sardin..setelah skian lama xmakan..huhuhuhu..
klu harap nak masak sardin..jgn harapla..sbb apong x mkn

ieda said...Reply To This Comment

wah sardin dah sampai ke Qatar ye dik .. hurmm mana2 org malaysia memang x leh tinggal lauk sardin nie ;)

kakchik@ella said...Reply To This Comment

Feveret akak ni dik

deno said...Reply To This Comment

sardin! deno suka jugak sardin nie, tapi tak boleh makan selalu coz doctor nutrisi deno cakap, sardin ni tinggi kandungan garam, tak baik utk kesihatan... kalau makan sekali sekala boleh la... biasanya deno minta mak buat sambal sardin nie dalam sebulan sekali..

kalau buat sandwich pun sedap kan akak? biasanya abah la yg buat sandwich sardin... sardin+perahan limau nipis+bawang+cili api... memang sedap! pedasSS.... heheh... :)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak suka campurkan ngan kacang botor atau petai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...