Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat tahun baru buat semua. Alhamdulillah kita masih bernafas dan dapat menghambakan diri buat Allah yang Esa pada hari ini lagi. Moga perjalanan pada tahun ini makin baik dan lancar mengikut perancangan kita. Moga rezeki kita diluaskan dan segalanya menjadi mudah hendaknya.


Tiada apa yang ingin saya luah sempena tahun baru ini cuma ingin merakamkan jutaan terima kasih buat kalian semua yang telah sudi mendoakan keselamatan adik saya awie. Alhamdulillah semalam dia telah selamat menjalani pembedahan kakinya. Apa yang sempat saya tanya pada bonda semasa saya call bonda tempoh hari kakinya mengalami kecederaan teruk dan perlu dilakukan pembedahan memasukkan besi 2 batang di luar dan dalam. Tapak kakinya juga mengalami kecederaan teruk. 




Saya cuma sempat bertanya apa yang teruk, tak sempat nak tanya apa lagi yang cedera. Lepas bonda bagi tau terus saya pitam dan mematikan perbualan. Lepas tu bila bonda sms kata nak buat pembedahan esok pagi saya terus pitam lagi terus tak boleh bangun. Saya memang tak boleh dengar benda ngeri, terus pitam, tak nampak dunia dah, tak boleh bangun, sesak nafas dan muntah juga. Sian encik suami kena uruskan saya yang pitam,huhu.



Pembedahan dah selesai dengan selamat semalam, tapi saya belum sempat nak call bonda bertanya khabar. Semalam bonda yang tidur di wad temankan adik. Moga adik cepat sembuh dan tabah melalui ujian ini. Di kejauhan ini saya hanya mampu berdoa dan berharap semuanya baik-baik saja. 




Selamat tahun baru buat semua saya ucapkan sekali lagi. Tambah ilmu, tambah sahabat, tambah pendapatan, tambah keceriaan dan tambah keimanan itu yang penting. 
www.tips-fb.com

11 comments:

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

sian adik akak

hope baik2 je

senasib la kite adik akk

~ yus ~ said...Reply To This Comment

selamat tahun baru lydia. Dan semoga adik Lydia segera sembuh ya...

ieda said...Reply To This Comment

selamat tahun baru buat LM
syukur selamat , semoga dia baik2 aje .. insyallahh

Syat0za Zai said...Reply To This Comment

banyak nye akak pitam eh... salam tahun baru kak! ;)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

selamat menempuh 2012 LM.. semoga lebih bahagia dan ceria lg di tahun ini.. dan semoga dapat memasak hidangan yg best2 lagi utk family LM.. hehehe

semoga adik LM cepat sembuh..:-)

Amyna said...Reply To This Comment

Moga awie cepat2 sembuh dan sentiasa dalam redha ilahi... InsyaAllah. LM selamat tahun baru ya... Smile =D

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

selamat tahun baru 2012 kak.
semoga adik akak jugak cpt smbuh.amin

Cik Yatt said...Reply To This Comment

selamat tahun baru :)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

selamat tahun baru kak!!
moga ukhuwah yang ada ni bertambah erat..hopefully...

caliph shuriken said...Reply To This Comment

sis, hepi new year ^^

*sori bru singgah sini, aritu outstation, online ikut sempat jaa, huh...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

selamat tahun baru kakak..
thank tuk persahabatan yang tak ternilai ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...