Sunday, January 1, 2012

Shoutbox, kotak komen,takda link,loading slow...



Assalamualaikum...

Tengok tajuk panjang berjela..ekeke. Tadi saya cerita pasal saya akan kehilangan kotak jerit saya sebab kedaifan saya tentang ilmu berblogging, ramai beri pendapat..hehe, ramai juga yang sedia hulur bantuan, terima kasih....

Diana kata dia wajib ada kotak jerit sebab dia tak suka nak balas ziarah dari kotak komen. Perghh saya ingat masalah tu saya je yang hadapi. Memang leceh tau nak balas ziarah pada kotak komen. Dah la sorang blogger tu punyai 2-3 blog, lelah nak klik satu-satu. Bila tak balas ziarah ada pula yang kata kita bajet retis atau bajet bagus kan...so kena usaha klik satu demi satu..huhu. Pasrah je lah kan?


Lebih malang bila nama korang takda link ke blog korang..jangan salahkan saya tak balas jejak korang tau. Selidik dulu blog korang loading laju ke mengensot, nak komen mudah ke susah, kalau nak komen kena loading lama, dah tu perlu singkap 2-3 page lain..mak aihh memang sehari sekali pun saya yang punya bayi kecil ni nak datang komen ke sana. Saya kurang sabar untuk komen blog yang susah nak dikomen...maafkan saya. Kesuntukan waktu dan kesibukan buat saya mengejar masa.





Sukar bagi  blogger tegar drop komen bukan masalah saya sorang rasanya. Dalam sehari berapa entri kita naikkan. Kalau satu hari saya up 3 entri, bermakna saya perlu balas ziarah kesemua yang hadir beri komen, yang hadir follow dan yang hadir jalan-jalan ziarah cuci mata tanpa komen juga. Saya juga perlu ziarah pembaca senyap saya...saya kena check tanya pakcik nuffnang. Saya perlu balas ziarah mereka juga. Belum kira mereka yang berada di bloglist saya juga...itu wajib saya ziarah. 



Bila korang komen tapi saya tak boleh jejak, memang saya rasa sedih. Korang datang dan tinggal jejak di kotak jerit, itu saya sangat suka...hehe. Tapi hari ni last korang nak jerit-jerit..esok tiada lagi kan? jerit puas-puas ye..lalalala. Terima kasih buat shoutmix kerana menghubungkan dan merapatkan ukhwah antara saya dan sahabat semua. 




www.tips-fb.com

10 comments:

ieda said...Reply To This Comment

tul tu dik
dik shoutmix dah kena bayar tau .. tukar ke fibox macam akak lah ;)

AMMAR YASIR said...Reply To This Comment

Takpe. Ammar datang komen dekat entri. Huhuhuhu.... SIS LM apa khbar? Lma x dgr cite

taliff said...Reply To This Comment

Ohhh??? Bleh tak bgtau apa yang berlaku...dah lama tak online blog saya..^^ plzz

duan said...Reply To This Comment

pakai fibox, laju pon laju..orang tak payah nak masuk link 2 3 kali..;)

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

yg lama akak dh ganti ngan kotak jerit baru.... :)

selamat tahun baru buat LM n famili ye.... mg tahun ni memberikan kita lebih keberkatan...Ameennn

eiela said...Reply To This Comment

Saya jarang singgah ke shoutbox selalu komen je.

~ yus ~ said...Reply To This Comment

kan ada kitak jerit baru tu lydia. apa ya? Oh fibox tu. Saya dari dulu mmg guna oggix...:)

Fakhruddin Aziz said...Reply To This Comment

fibox lebih cantik daripada shoutbox

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

selamat tahun baru sayangku..

kak tak tau pun pasal shoutbox..nampak sangat kak jenis, online, update blog dan terus tutup akaun..
hahhahaha...

moga tahun ini ada jodoh kita bersua...

Woofer Storm said...Reply To This Comment

sy dah lama tak guna benda ni..tak tau napa..ermmm

#tak mo sedih2 ummi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...