Saturday, January 14, 2012

Susah Atau Senang



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Dalam hidup ni bukan semua benda mudah bagi kita. Kadang kala susah itu perlu ada untuk mengajar kita erti bersyukur dan hargai apa yang ada. Kesusahan mengajar kita erti menghargai apa yang kita kecapi bila kita berjaya rangkul apa yang kita ingini.



Anak-anak sekarang hidup selesa, mewah dan mudah nak dapat semuanya. Nak makan apa semua terhidang. Nak mainan, nak buku, itu ini semua boleh beli. Semua mampu kita bagi, tak sama dan tak susah macam zaman kita dulu.  Saya risau anak jadi rosak kerana sering dituruti keinginan mereka. Saya jarang sekali beri dengan cepat apa yang mereka mahukan. Biasanya kalau hari ni minta karipap, lusa baru saya buat. Kalau hari ni minta nak permainan, perlu ada pencapaian baik dalam mengaji atau pelajaran baru saya beri. Semuanya bersayarat. Bukan kedekut tapi perlu ajar bukan mudah nak dapat semuanya. Tak mau anak rosak dikemudian hari.



Masing-masing punya cara. Cara saya mungkin berbeza dengan korang. Cara saya juga berbeza dengan suami. Anak mudah minta barang dengan ayahnya. Mungkin ayahnya amat susah zaman kecik dulu, sebab tu ingin  tunaikan impian dan kemahuan anak. Bab makan saya tak berkira, bab mainan tu kena sekat juga. Saya tak moden macam  mereka, tak pernah nak ambik tau macam mana nak main PSP, PS 2. Kalau nak main ayah yang pasang, nak on atau off ayah yang tau. Saya tak join pun...hehe. kejam kan ummi mereka?



Terkenang zaman dulu, kehidupan tak mewah. Zaman saya kecik-kecik. Ayah kerja sorang, bukan besar pun gaji. Mak nak keluar bekarja membantu dan tinggal kan kami denggan orang untuk dijaga sepanjang mak bekarja siang hari. Tapi ayah tak bagi. Ayah kata banyak sangat ke gaji tu dan berbaloi ke bagi anak orang jaga dan pasti ke anak terjaga rapi? Kecut perut mak dengar pertanyaan ayah. Kami tersenyum lebar dengar mak tak jadi kerja. 



Makan lauk sardin time hujung-hujung bulan tu biasa. Takda cukup duit lauk telur sambal pun kami rasa sedap. Tak boleh beli ayam seekor mak beli dada ayam saja cincang kecik-kecik buat sambal bagi kami makan. Sedapnyer makan rebut-rebut. Dah besar sekarang memilih pula, bahagian dada takmo makan, dulu iu yang sedap di lidah kami masa zaman susah..huhu. Lihatlah dunia, kesenangan kadang kala merubah lidah kita juga rupanya. Insaf sekejap.



Entah apa yang saya merepek panjang lebar ni, tapi saya dapay kunci dari apa yang berlaku. Kebahagiaan itu ilik kita semua. Susah senang kita hadapi bersama. jangan berpecah, jangan terpisah. Hadapi semua dengan rasa syukur. Semuanya akan mencukupi jika lahir rasa syukur dalam hati. Jangan hairan bagaimana orang gaji 3000 boleh cukup tanggung anak 5 orang yang besar dan sekolah. Dan jangan pelik bagaimana orang gaji 30 ribu tak cukup  berbelanja dengan anak 3 yang masih kecil dan isterinya juga turut bekerja. 



Susah senang biar berkumpul. Makan seperiuk, itu pegangan kami. Sebab tu walau makan lauk sardin pun kami memang takkan berpisah sekeluarga. Ada duit kita makan sardin cap ayam, takda duit makan sardin botan pun sedap. Sardin adabi takmo lah, tak kena pada tekak saya. Ada duit pakai butter, takda duit planta pun boleh...hehe. Nikmat hidup sekeluarga itu adalah kebahagiaan buat kami. Tak lama lagi impian dan kebahagiaan pasti akan lebih saya rasai bila saya tak perlu berjauhan dari bonda lagi. Alhamdulillah ....Allah makbulkan doa saya, doa kalian yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya sekeluarga. 






www.tips-fb.com

8 comments:

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

wan ingt blik zmaan kecik2 dulu. makan sambal ikan bilis dgn petai.itu sudah cukup

KizMySeLf said...Reply To This Comment

memang merasai minum air paya,lauk kangkung hari hari..masa ayah mula pindah Felda dulu..kesukaran mengajar kita bersyukur kini.

saniah said...Reply To This Comment

Alhamdulillah..cakap pasal susah senang bersama ni akak dah rasa..rasa nikmat bila kita kuat hati dan tetap bersama walaupun susah..emm..dah taknak mahu lagi susah tapi tetap ingat pengajaran yg kami perolehi..moga kehidupan kita semua terus diberkati Allah ya..

Suka dengar miza nak balik ke msia ke? Alhamdulillah...tentu ibu miza suka dengar berita ni..take care dear :)

Cik Sibuk said...Reply To This Comment

salam kenal,

memang pun, budak2 zaman sekrang tak reti susah. makan separuh pastu lebih terus masuk je tong sampah. tak pikir yang kita beli ni pakai duit.

dorang ni ingat kita cap duit agaknya. so sekrang saya gitau anak2, nak beli benda sila pakai duit sendiri. tiap hujung minggu bagi dorang allowance. tapi masalahnya ayah dorang ni tak join sekali. dorang tak dapat pau mak, dorang pegi pau bapak pulak..adehhh, geram kita!

Pia said...Reply To This Comment

"samalah ngan akak...kalau anak2 nak apa,akak tk terus belikan...kalau nak brg mainan ada syaratnya...kena tunjukkan perangai baik ker..kena dpt keputusan ujian bagus atau kena rajin solat/mengaji dll...tp bab nak makan tu mmg kena bagi jugak sbb tk sampai hatikan..w/pun dulu kita susah mmg tk patut kita bals pd anak2 kan...setuju ngan kamu juga jgn manjakn anak2 sgt, nak apa dapat..nanti susah kemudian hari.."

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Kesusahan kekadg membuatkan kita nak tunaikan apa je utk anak2.... Betul kata LM, pasal mkn akak x berkira, kalau pasal mainan, mmg akak x sesukanya bagi....


Alhamdulillah.... Gembira buat LM, selamat kembali.... :)

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

bile tahu kite nak dpt dlu susah bile adik mintak jd xsmpai ati plak..
tp kne berpada2 jgk..ade benda kite kne biar die usaha sndri..

eiela said...Reply To This Comment

Akak nak balik Malaysia ke? Mesti mak akak seronok. Hmm saya dulu pun sama, susah jugak nak dapat apa-apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...