Sunday, January 29, 2012

Tahan Selagi Boleh Tahan Nafas



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Saya sambung sikit lagi kisah perjalanan kami untuk mengerjakan umrah dari qatar ke mekah. Sebenarnya bila nak jalan jauh saya sangat rasa kecut perut. Saya kan menyusukan syafiq, maka saya perlu minum susu dengan kerap di samping minumm air kosong yang cukup. Tapi saya perlu kawal dua perkara ni dan larang anak juga untuk minum banyak sebab masalah mencari tandas untuk melepaskan hajat.


Saya tak taulah pendapat orang lain. Tapi majoriti semua maklum tandas awam di sepanjang perjalanan menuju ke sana sangatlah kotor dan buat tekak kembang nak masuk ke dalam nya. Dengan ruang mengambil widuk yang hitam, kotor, berdaki dan penuh dipers dan tisu. Memang tak pernah kita jumpa tanda sekotor itu di tanah air....siyes mual okey!

Tanda kadang-kadang memang 'hasil' tahun lepas pun ada kat situ, dengan takda tong sampah dan penuh tisu, tuala wanita ..eiii, 'gerun'okey. Sangat sukar mencari tandas yang boleh kamu melepaskan hajat dengan rela tanpa perlu tutup mata dan tahan nafas. 



Nak dijadikan cerita, masa suami berhenti isi minyak tu dah pukul 4 lebih, dia ajak kami makan. Kebetulan ada restoran pakistan di situ. Syukurlah nampak okey dan lauknya menepati citarasa kami. Kami juga boleh makan di situ kerana saya tak berselera nak makan di ruang keluarga yang ditetapkan, nampak kotor. Tak sanggup nak bersila di sana. Wanita biasanya tak dibenarkan makan di ruang terbuka, tapi syukurlah mereka bagai saya menyuap di sana....huhu.


Lepas makan saya rasa perlu saya ke tandas dulu sebab nak menyapaikan ke taif nanti pasti lama mungkin jam 9 baru sampai ke sana. Maka saya beranikan diri melangkah ke tandas sebab terlalu ramai menuju ke sana. Tanda agak besar dan ramai wanita gelak ketawa di sana. Hati sangat berharap tandasnya tak sebusuk selalu...


Maisarah masuk tandas punyalah lama...saya dah gelisah. Saya pun dah kepit-kepit lutut dah ni...hahaha. Tandas lain semua ada 'hasil'. Adat lah ye, masuk jangan cuba buka kacamata hitam kalian...lepas masuk terus saja bersihkan diri dan lari macam iklan MILO....hak hak hak.



Saya dah bebel-bebel suruh maisarah cepat keluar. Nak bercebok memang takda getah paip, ada macam satu jug air yg muncungnya panjang dan tajam. Cis, sangat tak praktikal untuk golongan wanita bercebok. Air dari bukaan atas akan tumpah dulu. Maka saya akan siapkan botol mineral kecil untuk kami tadah air dan bercebok, adoiii azabnyer rasa menadah air dalam botol tu...pheuwww!


Lepas saja saya keluar, saya dah tak tertahan. Dah 2 kali buat umrah dan banyak tandas saya masuk inilah yang palaing teruk. Saya terus termuntah di tempat wuduk. Bau bangkai pun tak busuk begitu..huhu.Keluar semua nasi yang saya dah telan tadi. Ish, kembang tekak di buatnya. Saya terus tarik qila berlari meninggalkan tandas 'wangi' tu. Wanita arab semua memerhati saya. Mereka hairan tengok saya muntah atau mereka pelik saya tak sesuai guna tandas kotor tu?tak taulah kan...apa yang mereka fikir.


Lepas sampai di luar saya muntah sekali lagi. Semua mata memandang ke arah saya. Kalau boleh nak saja saya buat-buat pengsan untuk suami angkat abwa masuk kereta. Malu..siyes malu diperhatikan. Gigil satu badan menahan diri dari terus muntah. Tau geli geleman? itulah ia...memang sampai tahap meremang bulu roma. Maisarah tak henti-henti gelakkan saya....okey, saya diam saja sambil mengelap air mata. Cium tudung saya yang saya rasa dah diserap bau tandas tadi..hahaha



Isu tandas awam di saudi ni memang semua tau. Rupanya mutawif yang bawa kami ke tempat perjanjian aqabah pun sama juga. Ustaz shah kata, masa dia mula-mula sampai negara ni dulu dia pun hairan macam mana orang sana boleh duduk dalam keadaan begitu. Tandas awam sangat kotor dan tak terjaga. Syukurlah masjidil haram tu bersih dan terjaga katanya. Hihi..dia tak bagi kami panggil dia ustaz, dah 3 tahun dia di sana, sempoi saja orang nya. 


Pada saya kualiti kebersihan masjid al haram pun masih perlu dipertingkatkan. Sepatutnya ia bersih, tidak berlendir dan tidak licin. Tapi syukurlah ia sangat bersih jika dibandingkan dengan pengalaman ngeri saya menerjah tandas-tandas awam sepanjang perjalanan menuju ke sana. 


Perjalanan ke madinah pun hadapi masalah tandas kotor juga, cuma perjalanan dari madinah untuk kembali ke Qatar tandas nya ada sedikit terjaga, bersih la sikit walau korang memang akan hadapi 'bangkai' kat dalam tu, tapi tak la sekotor tandas di laluan nak pergi ke sana.


Apa yang berlegar di fikiran saya adalah:
1.mereka tak kisah pun tandas kotor ek?boleh borak dan gelak2 pulak tu...huhu
2.adakah sebab wanita tak dibenarkan bekerja sebab tu takda siapa blh masuk bersihkan tandas wanita?
3.sampai bila baru mereka nak upgrade tandas yang menjadi tumpuan tu?
4.islam itu indah dan mementingkan kebersihan, tapi cara mereka yang suka meninggalkan 'hasil' untuk orang kemudian buat saya jadi tertanya-tanya. Kenapalah bagi orang tengaok hasil mereka...huhu.


Saya lupa nak cerita, tanda mereka takda tangki air kat situ ye, takda tempat korang nak tarik bagi lalu hasil buangan tu...huhu. Makanya, di situ adalah pokok bagi masalah tersebut. Macam mana lah hasil nak pergi kalau masing-masing masuk, melepas hajat, dan membersihkan diri je. Salah siapa? pengguna atau pentadbiran? pentadbiran tu siapa? pemerintah kan? nampak remeh tapi ia adalah pengalaman kurang enak untuk dikenang...huhu.




www.tips-fb.com

14 comments:

missSenget said...Reply To This Comment

betul2...

tandas kt RnR diorg mmg mcm sgt sedih..!!

mujur kt masjid2 diorang masih ok..


sis LM..kite kan, xpenah masuk tandas masjidil haram..

sedih x..?

Kalamhati said...Reply To This Comment

huhukk akak baca pun geli geleman tekak ni..dpt bygkan sebab dah rasa sendiri..huhu

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Uishhh... Truk tu... Mmg geli...huhuhu

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

nampak remeh tapi impaknya besar kalau diselesaikan

deno said...Reply To This Comment

geli deno membaca kisah nie... kak lydia lg la, dah masuk situ.. kesian akak sampai termuntah-muntah dibuatnya,,,

Lelord said...Reply To This Comment

huwaa mcm dpt merasai "kehebatannya" bau2an tu...aduhhh baca je pun dh rasa nak termuntah

niDa said...Reply To This Comment

alamak... kembang tekak.. sebab cerita pn dah macam detail.. saya siap buat bayang,adoi...

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

terkejut ngan situasi tandas awam kat sana yang lydia cite.entahlah kenapa dorang kat sana cam tu, pada cik ina tandas tu satu benda penting, kalau kotor rasa terbantut nak melepaskan hajat.

azian said...Reply To This Comment

akak, sy ingatkan kat sana semuanya perfect...ye lahh..Allah kan suka pada kebersihan....hehehhe

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

ya allah biar betul kotor mcm tu sekali....geli nya...kalau shida pun mau termuntah....

Marsha~ said...Reply To This Comment

entah bila saya berpeluang nak kesana... :(

Ain Dzaya said...Reply To This Comment

hope ML boleh sabar untuk stay kat sane =)
jaga diri baek2...

dengan gagahnya ain buat entry bergambar ain arini tentang ; kawan. jom sama2 tengok =)

http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/kawan.html

Peri PiA said...Reply To This Comment

erk,pia pon allergic dgn tandas mcm tu

penah citer fasal tandas,dah la pia ni kalau mnm air kosong asyik nak gi tandas

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

bace akk nye cite pon dah rase loya tekak dah..
hurmm..rela tahan je dr gune toilet kotor melampau2 nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...