Tuesday, January 3, 2012

Ubat






Assalamualaikum....

Ubat...semua tau apa itu ubat. Saya ni jenis kalau sakit memang susah nak makan ubat. Dari kecik sampai besar memang liat nak makan ubat. Al kisahnya masa saya kecik saya ni kalau demam sanggup saya kena pegang kaki tangan tapi kalau nak paksa saya makan ubat kena tahan sepak terajang saya lah. Saya tak boleh telan ubat. Sekali makan ubat sampai setengah botol. Masuk je dalam tekak terus muntah. Biasanya saya akan makan ubat di dapur supaya mudah nak muntah, bila muntah ayah akan suap lagi dan lagi...letih ooo makan ubat berkali-kali.



Itu kisah saya masa kecik-kecik. Sekarang dah besar makan kapsul mudah sikit, letak kat tekak dan telan ngan air. Tapi masih liat nak makan ubat. Saya akan makan ubat jika kena paksa, tak tahan orang bebel atau memang dah terpaksa atau bila dah janji nak makan ubat. Saya juga akan makan ubat bila ada kata ugutan, contohnya..kalau sayang diri makanlah ubat, tak makan ubat makanya tak sayang diri sendiri. Bila bonda atau insan tersayang dah bagi kata ugutan macam tu laju saya makan ubat. Kalau sayang makan ubat! cisss saya benci dengar ayat ugut itu..hahaha




Malam tadi saya dah terlena, boleh je hubby datang bawa ubat di katil. Dia tak larat tengok saya dah melepek kot? rela paksa saya perlu telan ubat juga nampaknya. Naper saya benci makan ubat ye? Saya ni boleh sembuh tanpa makan ubat tau? Percaya tak? dengan madu, kurma, royal jelly saya yakin bila semua barang tu saya makan dan mengambil air suam yang cukup saya akan sembuh. Saya benci makan ubat! sekian...

www.tips-fb.com

33 comments:

Syafiq Rosli said...Reply To This Comment

sis tak shat ke..kesian sis..smga cpt sembuh k..

Sue @ Nenie said...Reply To This Comment

Selamat Tahun Baru Buat Lydia...Moga kedatangan tahun baru ni bakal membawa sinar yang lebih cemerlang...

diana said...Reply To This Comment

sama macam kakak saya yang no dua,..cukup susah nak makan ubat..masa dalam pantang ubat tu sikit je makan..yang lain dia sorok tak bagi mak nampak..heheheh

diana said...Reply To This Comment

lm..blog lm tak de blog archive ke???
saja nak geledah entry2 lama>>;p

lieynanilaz said...Reply To This Comment

saya pun spesies tak suka makan ubat...tapi dah besar2 ni tak takut dah...:)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

rine pun xsuka ubat..tp senang makan ubat.. kalau blh selagi xsakit giler2..xmakan ubat.. terutama paracetamol..

Ujie said...Reply To This Comment

saya rela mkn ubat..janji hilang sakit.

tapi penah mkn ubat yg pahit..muntah terus..

*semoga LM cpt sihat ya!

saniah said...Reply To This Comment

Kesian adik akak sorg ni...sakit lg? Pd pendapat akak la kan...elok juga klau tk amal mkn ubat2 ni sgt....panjang hayat buah pinggang dan hati kita kan...pd akak la kan.. :)

MaYa MustWany said...Reply To This Comment

hihihi kak lm penakut ubat yeeee..hihii
mas leh la xde masalah..kalau pahit n besar memang muka kelat coz akan sakit tekak nak telan.paling teruk dalam fmly,akak mas,pndol mkn sbjik.esoknya mkn lg.hihi

Hanis Azla said...Reply To This Comment

begitu susah nak makan ubat yer LM.. akak senang makan ubat, tp selalu terlupa nak makan.. he..he..

semoga LM cepat sembuh dan sentiasa sihat agar tidak terpaksa makan ubat.. take care yer.. selamat tahun baru juga..

kakchik@ella said...Reply To This Comment

KC pun tak suka makan ubat, dik. Kita sama lerrr. Hihihi.

Rain said...Reply To This Comment

yang tak suka makan ubat ni rasa yang imuniti diorang tu sudah kuat dan bisa sembuh anpa ubat kan?

itu yang rain fikir bila sakit yang biasa2 dan tidak teruk.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Syafiq Rosliamin..tq syafiq.batuk sket je...hehe.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Sue @ Nenieamin..tq sue

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianawahhh saya ada geng rupanya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@dianadulu ada ..pastu saya buang, skrg dah psg semula.saya malu org belek entri lama..hahaha.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@lieynanilaztakpe..demi kesihatan buah pinggang..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Chekgu Azrinebetul la rine..bila tau keburukan ubat..mmg gerun nk telan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Ujieamin..tq ujie

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@saniahtq akak..ye lah adik takut ada malah buah pinggang.ramai org sekeliling adik kena sakit buah pinggang sbb telan ubat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@MaYa MustWanyakak ni jimat..setahun sebiji pun susah nak telan terutama panadol.jimat buah pinggang kot?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@Hanis Azlahihihi..malu lak saya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...Reply To This Comment

@kakchik@ellamoga kita tak sakit kerap kan sis..mls mkn ubat..haha

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akak smpi skang x boleh minum ubat cecair... Ubat biji ok je akak telan...


Mg lekas sembuh ye dear....

pena rozie said...Reply To This Comment

Moga cepat sembuh...

Lina said...Reply To This Comment

hehe kelakar pulak baca sesi makan ubat lydia dgn ayah tu... lps muntah kena suap lagi dan lagi hehe...habis sebotol lar kalau cam tu

Alin Marlini said...Reply To This Comment

Saya pun x suka makan ubat. Igt masa kat hospital..bila doktor bg makan ubat..depan dr makan..kuar bilik terus buang..hehehe

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

kita serupa LM..panadol pun kalau terpaksa sanagt baru ambil...tu pun kena belah 4..kihkih..

LadyBird said...Reply To This Comment

akak..kite same.. :D.. x suke makan ubat.. tp nk buat mcmn time kecik kene pakse mkn ubat sebab lady ni suke skt.. bile dh hbs belajar.. buang semua ubat dlm lubang tandas.. sampai skrg org dh xpaksa mkn ubat.. :P..

Cik Ina Do Do Cheng said...Reply To This Comment

lydia, anak-anak cik ina tak de masalah makan ubat, cuma cik ina tak galakkan makan ubat, kalau supplement tak pe. cik ina plak kalau sakit sanggup tahan , nama nak makan ubat jauh sekali, kalau dah terdesak sangat barulah ambik ubat tahan sakit.

Woofer Storm said...Reply To This Comment

mkn ubat mcm pine killer blh buat kidney rosak sis..

#kalau rasa mampu,sy pun malas nak telan ubat..

missSenget said...Reply To This Comment

x suka ubat cecair..


wek...

ubat pil xpe..

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

kadang2 time sakit ni la best..
tahu ade orang yang pedulikan kita.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...