Monday, January 16, 2012

Ugut




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Zaman sekarang ni selalu je kita dengar orang kena ugut kan? Tak puas hati sikit nak ugut bunuh, nak ugut hacks blog, hacks facebook, nak ugut pukul. Amboi, bagusnya perangai kamu nak ugut orang kan?


Tak boleh ye selesaikan salah faham dengan cara elok-elok sikit. Ada juga yang terima email nak hacks blog sebab silap faham. Bahasa bukan main kasar macam samseng jalanan tak habis sekolah. Itulah orang kita orang melayu dan islam. Ugut tak ingat dunia. Kadang-kadang nak tunjuk lagak, tapi cara mereka menakutkan mangsa atau penerima ugutan tu.




Kenapa cara ini yang mereka pilih? Itu kena tanya mereka sendiri. Bagi mereka yang hanya anggap itu gurauan hati-hati. Bukan semua benda boleh dibuat gurauan, nak bom, bunuh, culik..kamu sebar di facebook itu boleh jadi bukti. Buat sesuatu kena pakai akal. 



Saya kalau kena ugut, saya simpan bukti tu. Itu bukti...memang tak boleh layan orang giler. Sikit-sikit nak ugut, macam samseng kan? Menyampah kan? Ada juga yang ugut nak lari rumah, biarlah dia lari, mak ayah dia marah sikit pun nak lari. Anak kawan saya 4 tahun ugut nak lari dari rumah, hahahaha.  Gelak besar saya dengar, bijaknya si cilik ni.





www.tips-fb.com

20 comments:

ieda said...Reply To This Comment

kadang2 tuu ugutan x masuk akal ..
menyampah tuu dikk
setuju ngan LM ;)

intan_blur said...Reply To This Comment

betul LM..setuju..
dorang bukan nak settle betul2 tau klu x puas hati,,
ni main ugut2 pulak..haiihhh..mcm xde keje

Cik Bambam said...Reply To This Comment

zaman skang semua perkara nak settle ngan cara ganas kan kak LM.. bincang elok2 dah tak leh pakai agaknya zaman nie??! =.='

najihah sahami said...Reply To This Comment

terpengaruh tv la kot budak tu. haha...

pape pun, ugut tu mungkin memberi sesuatu impak yang besar. sebab tu pengugut tu suka buat cara tu. kerja nak senang je. haihh..kan kak?

~ yus ~ said...Reply To This Comment

tulah orang sekarang ni, sikit2 nak ugut kan...

anak saya yang pompuan pun pernah ugut nak lari dari rumah juga masa dia kecik dulu. kalau ingat balik kelakar...hihi

aimaniman said...Reply To This Comment

betul tu,.. ni semua pengaruh media massa la kot, sbb masa anak2 banyak dihabiskan kat depan tv, dialog pelakon tu dijadikan ugutan pulak pada mak bapak...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

ugut2 jgn main2 kdg2 ada yg lepa buat tau...TAPI kalau sikecik yg ugut mau gelak besar juga no....

diana said...Reply To This Comment

jangan buat ugutan yang menjerat diri..heheh

azwa amani said...Reply To This Comment

ermmm, pengugut tu takt sebenarnya..sebab tu main ugut2..kalau berani buat terus laa..huhuh

THE LEKAT LEKIT STORY said...Reply To This Comment

amboi 4 tahun dh pandai ugut nak lari dr rumah.. terpengaruh la tu. kekekeke

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

kalau tak dtegah dr kecik nt melarat

Solihin Zubir said...Reply To This Comment

ugut PM di facebook pun kena tgkap walaupun hnya niat bergurau..

so, hati2 sapa nk ugut2 tu.. heheh..

Model Busana Muslim Murah said...Reply To This Comment

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Iza Teratak Usang said...Reply To This Comment

Assalam....
Ada yang tak puas hati tu, sebab tu timbulnya ugutan..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

alhamdulillah.. tak penah lagi kena ugut..harap2 takdela erk LM..scary kan??

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

ugutla banyak mane pon..
kalau die berani xkan die ugut..baik cakap depan2..hikhik

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

amboooooooooooooooooi kecik2 dah pandai ugut no...
sabar je la

YAYA AZURA said...Reply To This Comment

Revolusi tak bertempat...
Bebas bersuara sangat la kononnya tu..
Cakap tak bertapis..suka suka dia je nak ugut orang...

S..U..D..@..I..S said...Reply To This Comment

budak 4 tahun tu tengok tv la kot pas tu dia take action

Peri PiA said...Reply To This Comment

adoi ampat tahun la,ehehe

mmg mcm tu la sekarang,PM pon dpt msj kat wall FB ugutan nak bom helikopter masa lwtan nya di USM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...