Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sihat ke semua? Saja je nak suarakan luahan hati. Saya lihat ramai orang suka nak komen entri di blog yang mereka pergi blogwalking. Jika di blog saya sendiri ada yang komen sebagai sahabat, ada yang komen sebab nak saya balas ziarah ke blog mereka dan ada yang komen memang dia ni pembaca blog saya yang setia. Sekali datang sampai 5 entri dia komen. Tapi ada juga yang komen untuk menyakitkan hati pemilik blog.
Ada 2 ketegori orang yang menyakitkan hati pemilik blog.
1. Bila pemilik buat entri katakan pasal ikan keli, ni contoh ye. Dia akan komen, eii saya tak makan ikan keli. Rupa dia macam kepala ular. Saya geli. Nampak tak betapa kurang ajar dan biadabnya dia? dah la itu bukan entri dia dan takda pun penulis blog suruh dia makan ikan keli pun. Yang dia meroyan tu kenapa? Tu contoh....
Satu lagi contoh kalau dia komen entri tentang pemberitahuan sesuatu isu penipuan atau sebagainya. Berdasarkan maklumat yang sahih dari beberapa rakan dan penulis cuba sampaikan untuk peringatan buat pembaca lain tanpa menyebut nama sesiapa. Tiba-tiba dia tuduh penulis nak aibkan orang dan minta bukti. Bengong sungguh la...kau tak kena tipu kau sibuk nak tau siapa yang menipu untuk bukti. Untuk apa ek? itu contoh....
Banyak lagi contoh sebenarnya yang saya lihat ramai orang tak prihatin bila meletakkan komen. Sedap taip saja tanpa fikir perasaan pemilik blog. Selagi apa yang dia sampaikan tak bercanggah dengan agama dan mengguris hati orang lain suka hatilah dia nak taip apa. Dia yang bayar domain dia tiap tahun pun bukan minta duit kita pun kan? mengapa perlu meroyan tak tentu pasal kalau dia guna barang A dan tak guna jenama tempatan. Mengapa perlu kita tuduh dia tak menyokong jenama negara kita? Suka dia lah kan...duit dia.
2) Kategori satu lagi ni memang kurang asam. Dia tak komen entri tapi dia letak link biru di entri kita untuk suruh kita dan orang lain yang komen tu pergi baca entri dia. Dia taip, jemput baca...terus keluar link biru. Tumpang promosi entri di entri orang lain? hahaha..ampun maaf ye, jika tiada langsung korang komen entri saya dan tiba-tiba promot entri warna biru di situ, saya takkan approve komen korang tu, maaf!
Satu lagi...sama juga dengan cik anony atau encik anon. Jika kamu meninggalkan komen sila taip nama anda sekali. Contoh, bla bla bla...dari-syarienawaty. Kawan saya selalu komen begitu jika dia datang komen tanpa url. Maka saya tau itu dari dia. Saya takkan jawab komen dari cik anony atau encik anon jika tiada nama.

Adab Komen Entri Orang Lain
13 comments:
setuju dgn apa yg diutarakan
bila kita masuk rumah orang tu ikutlah adap tertibnya
jgn dok main redah je :)
hurmm..macam2 orang ade...
bagi saye biar saye tinggalkn komen tuk support tuan belog tu..
ppsssttt: lg bnyk kite bace pasal entry tuan belog makin bnyk kite tahu pasal die..
saya tercalon dalam yang kat atas tu ke kak??hehe
Apa yg adik luahkan di sini memang ada dan kakak pun nampak. Tak tahulah dik apa kakak nak kata. Tapi itulah dia asam-garam berblog kan.
Cuma kakak harap komen kakak tak mengguris mana-mana pihak sebab nak minta maaf bukan senang - tak dapat jumpa tau...
tak de ruang komen untuk link biru di blog saya..hehheh..
komen teguran dengan komen menyakitkan hati memang ada beza.saya boleh je terima komen teguran kalau entry tu berbeza pendapat dengan pembaca lain.tapi tolong la jangan buat komen menyakit kan hati..
selalunya kalau dapat komen menyakitkan hati saya balas balik dengan komen yang jugak menyakitkan hati..saya kan suka membalas..ekekek
mcm2 org dlm dunia... positifnya mungkin dia tak sedar dia dah terlangkah ke boundary of rude...:)
x tahu nak cakap ape
walau dlm laman macam nie kita still kena jaga adab .. nak2 bab2 komen
dah tulis baca dulu
adakah ok atau tidak
kadang2 mereka nie menulis komen ikut dan je .. dan sesetengahnye dari mereka nie x der blog dan bukan lah blogger macam kita nie .. ;)
LIKE!
betul la LM..
peringatan utk saya gak ni.
syok2 komen..sampai lupa diri.
kdg2 ade jugak terima komen2 sesat gitu sis..mmg le bkn blog dorang kan..tp kena lah ade tatasusila bertandang ke blog orang.
sy mmg tak approve komentar gitu.hehe
ramai je yg suka tinggal link tanpa komen tu kan. izan pun jarang singgah kalau camtu gayanya...
Betul..betul..betull... mama wat donno ajer pd link biru or anon.
no 2 tuh kdg2 srba slh la kak..dia komen..last tuh dia letak link biru gak..alahai..nk buang tkut dia sentap.mcm ne ye?
mcm2 org ada yg komen.. yg mengutuk pun ada.. tp bila kutuk die ltk anon je.. pengecut betul!
Post a Comment