Wednesday, February 15, 2012

Dia Bukan Milikku- Episod 5


"Ummi, mana abang,adik nak lawat abang. Esok juga adik nak nikah dengan abang. Adik tak kira apa pun yang jadi adik nak juga nikah esok" aku mula histeria bila ummi diam membisu. "Biarlah dulu, Adik rehat la. Nanti dah sihat baru lawat abang ye?" pujuk ummi."Duan mana? adik nak jenguk Duan." aku mula teringat Duan. Duan nampak lemah sangat tadi. Pasti kecederaan Duan seteruk abang. Ummi semakin kuat sendunya bila aku bertanyakan tentang Duan. Aku kebingungan....


Ummi pulang ke rumah sebentar. Aku masih tertanya-tanya keadaan abang dan Duan. Esok juga aku nak kami dinikahkan. Aku tak tau kenapa aku rasa semakin tak keruan.Nurse dah sampai nak bagi aku makan ubat. Aku rasa baik aku tanya je pada nurse tu.Paling tidak aku minta mereka bawa aku melawat abang dan Duan."Nurse, bagaimana keadaan mangsa kemalangan yang sama-sama dengan saya hari tu? Bawa saya lawat mereka boleh?" aku mula bertanya." "Hurm...cik nak lawat siapa? yang dalam wad ke atau yang meninggal?" nurse minta penjelasan aku. "Meninggal? siapa meninggal? Naz meninggal?" aku bertanya bertalu-talu. air mata semakin tak terbendung. "Maaf cik, kami kurang periksa siapa nama pesakit yang meninggal. Saya cuma jaga wad sini saja." Nurse tersebut dan mula serba salah bila aku dah hampir histeria. Ayah dan ummi dah sampai.Aku terjerit-jerit memanggil ummi.


"Adik, kenapa sampai macam ni? bawa mengucap. Tak baik jerit macam ni sayang"pujuk ayah."Adik nak jumpa sekarang. Nak tengok Duan juga." aku dah tak larat nak bendung perasaan aku ni. Air mata dah berjuraian laju. "Adik,ayah nak bagi tau satu perkara. Dalam kemalangan tu abang Naz alami kecederaan yang amat teruk sehingga beberapa organ dalaman abang ada yang rosak. Keadaan abang juga amat lemah semasa dibawa ke sini tadi." Ayah menerangkan dalam tenang dengan air mata yang bergenang."Abang okey tak?" aku tak sabar menanti ayah habis bercerita. "Qaseh nak tengok abang, nak tengok abang. Semua ni salah adik. Kalau adik larang abang drive semua ni tak akan berlaku. Semua salah adik, kalau adik tak ajak abang ambil kek , abang tak akan ditimpa bencana."aku hampir histeria. Tak boleh membayangkan apa yang berlaku pada abang.


Aku mula mencabut drip di tangan. Menyembur darah keluar. Aku tak kira, aku perlu lawat abang. "Argh, sakitnya"...aku mengaduh. Kaki aku berbalut. Kenapa kaki aku?patah agaknya. "Qaseh, kenapa macam ni,sabar dik. Abang selamat, doktor sedaya upaya menyelamatkan abang. Doktor buat pembedahan buang tisu yang rosak dan abang dapat penderma bagi menggantikan jantungnya."Ummi menjelaskan pada aku."Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kau mendengar doaku." Aku menadah tangan mengucap syukur.


"Tapi...penderma tu"ayah mula bersuara. "Kenapa dengan penderma tu ayah?" aku kehairanan. "Takpalah, ayah bawa adik lawat abang dan Duan dulu boleh? Bila adik sihat adik akan ziarahi keluarga penderma tu dan berikan sumbangan serta ucap terima kasih atas  jasa baik  dia mendermakan organ buat abang." jawab aku sambil menggenggam tangan ayah."Adik,ummi harap adik kuat ye. Sebenarnya penderma tu adalah Duan. Duan banyak kehilangan darah.Dia tak dapat bertahan dik. Sebulan lalu Duan ada mengisi borang untuk mendermakan organ dia di sini. Mungkin Duan dapat rasakan umurnya tak panjang. Duan pun tak jangka organnya akan diterima oleh abang.Semua ni dah diaturkan oleh Allah sayang.." Ummi memeluk aku erat-erat."Duan?"aku rebah. Akhirnya aku benar-benar kehilangan Duan.



Duan, lelaki yang aku amat cintai dulu.Bayang-banyang yang semakin menghilang dalam terangnya cahaya kebahagiaan aku. Insan yang mengorbankan hati dan perasaan demi kebahagiaan aku dan abang Naz dan kini memberikan organnya buat abang bernafas dan denyut jantung itu adalah jantungnya."Duan...huhuhu." aku merintih lemah. Aku benar-benar kehilangan Duan. Dia lenyap terus dari mata aku. "Semua ni salah Qaseh ummi, kalau Qaseh tak wujud tak perlu Duan mati, tak perlu Duan sengsara macam ni. Duan mati kerana Qaseh, Abang cedera kerana Qaseh. Semua kerana Qaseh" aku terjerit-jerit. Tak mampu aku menahan semua ni. Sakitnya, dalam aku cuba mengalih kasih dan perasaan aku buat bakal suami ku dan melupakan kisah cinta aku dan Duan aku tak sangka dia terus pergi selamanya."Qaseh, itu semua dah takdir anakku. Jangan menyalahkan diri"ummi menenangkan aku.



Tiada lagi senyuman Duan buat aku. Tiada lagi semuanya. Apa yang ada cuma rantai pemberian Duan yang aku pakai kini. Tertera ukiran 'Qaseh' sebagai loketnya. Benar kata Duan, dia akan pergi agar aku dapat melupakan memori aku dan dia. Kini dia pergi tak kembali. Namun satu yang tak akan berlaku ialah untuk aku melupakan dia seumur hidup. Amat mustahil melupakan Duan. Moga rohnya aman di sana. Akan ku kenang segala kebaikan dan pengorbanan yang teramat besar dia lakukan buat aku, insan yang amat disayanginya dan abang Naz, satu-satu sahabat yang amat dia sayangi.


"Adik nak lawat abang,dia dah sedar?" aku bertanya pada ummi. "Abang dah sedar, mari ummi bawakan adik"ummi membantu aku untuk ke bilik abang. Abang nampak murung, dia dah tahu siapa yang menyelamatkannya. Abang merasa amat bersalah kerana memandu laju dan mengakibatkan Duan 'pergi'. Lebih rasa bersalah bila abang bernyawa dengan jantung Duan dan akan memiliki 'bunga pujaan' Duan kata abang. "Abang, 'diri Duan' ada dalam diri abang sekarang ni.Qaseh adalah amanah Duan dari dia buat abang. Kita terimalah pemergian dia dengan hati yang redha. Relakan pemergiannya agar rohnya aman di sana abang." aku memujuk abang.

Aku tau bukan mudah abang lalui semua ini. Kehilangan sahabat yang amat disayanginya. Memiliki aku sebagai isteri sudah cukup memberi bebanan yang tak terhingga buat abang kerana dia merasa dia sebagai perampas cinta Duan. Sekarang pula abang menggunakan jantung Duan pula. Seolah-olah abang merampas kehidupan Duan. "Abang nampak tertekan,jangan fikir banyak ye, rehatlah. Qaseh rehat dulu".aku minta ummi bantu aku ke bilik. 

*****

Pernikahan kami tertunda sebulan lamanya. Alhamdulillah akhirnya kami selamat diijab kabulkan pada hari Jumaat yang mulia. Majlis  pernikahan yang sederhana. Abang ditemani oleh suami Sha sewaktu akad nikah tadi. Sha dan Dila menemani aku. Abang semakin sihat, semakin pulih. Aku masih 'berkaki batu'. Kaki aku patah akibat kemalangan tempoh hari. Masih belum pulih lagi. 


Kenduri yang sederhana untuk majlis kami dihadiri cuma rakan dan saudara mara saja. "Qaseh, maafkan abang atas semua yang berlaku. Abang harap Qaseh terima diri abang buruk dan baik"abang memegang tanganku. Menatap wajahku dengan penuh kasih."Qaseh terima abang seadanya. Terima kasih kerana sudi menjaga Qaseh dan menerima Qaseh ye abang"aku mencium tangan abang. Bukan lagi 'abang,' dia kini suamiku.Muhammad Nazrul Bin Abdullah. Kini dialah lelaki yang akan bertakhta di hatiku. Lelaki yang menjadi pelindung dan pemancar kebahagiaan dan kegembiraan hati aku. Aku berazam untuk menjadi seorang isteri yang baik dan taat buat suamiku abang Naz. 


Ummi dan ayah amat gembira dengan pernikahan kami. Alhamdulillah kami telah memberi kebahagiaan buat mereka. Kami tinggal bersama mereka saja lepas ni. Tak sampai hati nak pindah ke rumah lain memandangkan hanya kami berdua anak ummi dan ayah. Keluarga Duan juga ada datang tadi. Ibu Duan memeluk aku erat-erat tadi. Ibu juga memeluk abang Naz erat. Dari dulu memang aku memanggil ibu  Duan dengan panggilan 'ibu'. Kata ibu Duan abang Naz kini anak ibu juga. Degupan jantung abang adalah milik Duan. Bila rindu Duan ibu akan menelefon abang biasanya.Kami menjemput ibu tinggal dengan kami, tapi ibu menolak baik kerana katanya dia tak sanggup tinggalkan ayam itik di rumah. Kami akan sering melawat ibu dan mengubati luka rindu ibu pada Duan. Moga kehidupan kami akan terus baik dan lebih baik selepas ini, Amin.


TAMAT



nota pengarang: cerpen ini adalah hasil nukilan saya dikala waktu lapang. Percubaan pertama saya dalam bidang penulisan, ampun dan maaf jika penulisan ini ada pengguris hati pembaca.Watak dan nama serta jalan cerita adalah rekaan semata-mata.



www.tips-fb.com

14 comments:

Gen2Merah said...Reply To This Comment

memang menarik... saya suka baca cerpen2 mcm ni(",)

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

unsangkarable ending kak tau dak? ai like kak. tak banyak cerita leh tarik emosi adik. but u just did it. :D

Adk jatuh cinta kat watak duan. :P

p/s : tak sabo tgu entry selanjutnya ni. cerita baru.

Citarasa Rinduan said...Reply To This Comment

fuhhhhhhhhhhhhhh
menitis air mata k.ayu..layan cerpen kamu buatkan kak leka, hampir lewat malam..dik...

kamu ada bakat.. teruskan menulis ya

amaniammar said...Reply To This Comment

salam..

kamu berjaya membuat titisan airmata
jatuh di awl pagi ini..

sebak lg ni...terusan nukilan ini...

xcited nak tahu cerita lain..or sambungannya pulak..

tahniah buat kamu

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

:'(
syukur cinta masih ade tuk Qaseh..

saniah said...Reply To This Comment

ishh...dah habis..akak baru baca je ni..:)
pandai menulis ek? banyk betul idea dia...teruskan menulis ya miza..sekarang cerpen..nanti mana tahu novel plak..:) InsyaAllah

Eyeme said...Reply To This Comment

teruskan minat akk buat cerpen eh..suka baca..x sarat dan x ringan..

suka bila watak tu jenis hati yg terbuka..tidak terlalu bersedih.. :D

diana said...Reply To This Comment

endingnya sedih la...:(

Halimatun Sa'adiah said...Reply To This Comment

ouh...sdih tp happy ending jgak...

Iffah Afeefah said...Reply To This Comment

bersungguh gali entry akk

tetibe tgk da ulsan

pelik gak

aiyoo mujur jmpe

mmg ending tak terlintas

gudjob kak

bergenang air mate ni

fRaMe+LenSeS said...Reply To This Comment

Eeeeuuuuu jiran kuat tacingg~~~

Shopping Online Barang dari Germany said...Reply To This Comment

jantung duan dlm diri abg..touching cerpen ni:)

FasiHaH SupiaN said...Reply To This Comment

unpredictable ending but happy ending.hehehe best2

kiera'sakura said...Reply To This Comment

akak... sedihnya... ok la tue baru fisrt cerpen tp sgt2 best... teruskan kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...